BAB 32

Romance Completed 25627

Luthfi yang baru sahaja selesai bermain bola tampar pantai membaca mesej yang Aisy hantarkan. Dia ukir senyum dan mengesat peluhnya yang mengalir.

"nak kena kemas rumah la ni" gumam Luthfi tapi dia tetap dengan senyuman manisnya.

"dude! Blah dulu" Luthfi terus tinggalkan court dan berjalan kaki aje ke rumah baru mereka. Alang2 dah kotor apa salahnya kalau dia sambung mengemas rumah. Senang. Tak kena bersihkan diri acap kali.

Luthfi letakkan tuala kecilnya dan masuk ke dalam rumah. Dia mencari Aisy tapi tak jumpa. Dia melangkah ke bilik dan pintu bilik dibuka dengan luas. Mata Luthfi terbuka seluas langit bila melihat Aisy yang berdandan khas hanya untuknya. Sangat cantik gaun labuh yang tersarung di badannya. Aisy ikut sama terkejut tapi dia malah berkerut bila melihat penampilan Luthfi. Serabai!

"Aisy..." panggil Luthfi perlahan seakan nama itu keluar sendiri dari mulutnya. Kaki Luthfi mula melangkah mendekati Aisy tapi Aisy melarikan dirinya dengan melompat ke atas katil.

"hey, why?" Soal Luthfi pelik bila Aisy pandang Luthfi semacam dan melarikan diri darinya.

"dont even a step!" Halang Aisy lagi bila Luthfi buka satu lagi langkah. Badan Luthfi kaku dan dia pandang Aisy yang gerun sangat melihat dia.

"you look hot but, no way! You cannot close to me with sweats!" Halang Aisy keras dan Luthfi pandang dirinya. Dia garu belakang kepala dan gigit bibir bawahnya. Ish! hasratnya nak memeluk Aisy terus dibatalkan.

"Aku balik mandi, tukar baju dulu. Ok?" Pinta Luthfi gelabah. Dia dah rosakkan suasana romantik malam ini. Aisy mengeluh dan bersila atas katil,angan yang dia akan terus peluk Luthfi berkecai macam tu je. Luthfi rasa bersalah bila dia dah spoil mood malam ini.

"Aku balik mandi ya?" Ujar Luthfi lagi dan Aisy hanya gelengkan kepala. Aisy turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air. Dia menukar bajunya semula dan rambut yang dilepaskan tadi disanggul kemas dan dia pakai kembali tudung.

"kenapa tukar?" Soal Luthfi gelisah sebaik Aisy keluar dari bilik air dengan pakaian kasual.

"Well, I dah prepare dinner. I tak rasa fit nak dinner dengan you kalau pakai over macam tu. Macam ni dah elok la kut" ujar Aisy dengan suara mendatar dan duduk di meja bulat yang ada didalam biliknya.

"Aisy...aku..."

"jom makan! Dinner is ready" Aisy pelawa Luthfi terus dan Luthfi berjalan ke arah meja itu. Luthfi duduk dan meraih tangan Aisy lembut.

"Im sorry." Pinta Luthfi dengan rasa bersalah menggunung. Aisy ukir senyum dan anggukkan kepala.

"sokay. Kita makan dulu" ujar Aisy lembut dan mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Luthfi dah hilang rasa lapar bila keadaan jadi kekok macam ni.

"kau sepatunya cakap..."

"sokay la. Main apa peluh2 ni?" Soal Aisy segera alih topik. Luthfi menunduk dan pandang pinggannya.

"volley" jawab Luthfi perlahan. Aisy lap peluh yang masih bersisa di dahi Luthfi.

"I appreciate you terus datang bila I mesej"

"I have ruined your plan"

"fine. I tak marah pun. But, you should take your bath. Busuk" usik Aisy dan Luthfi senyum segaris.

"I really want to be here with a nice outfit." Ujar Luthfi lagi dengan wajah menyesal dan Aisy ukir senyum lagi.

"its fine. Lets enjoy our dinner ok?"

"yes" Luthfi setuju dan mereka terus makan sambil bercerita. Aisy kemaskan meja yang mereka gunakan dan entah bila Luthfi decide untuk bersihkan diri.

Jai la penyelamat dia malam ini, untung Jai ada berdekatan dan membawa suit yang sesuai untuk Luthfi secara rahsia. Cewah! Macam ada dalam misi pulak. Luthfi bersiap dan dia tersenyum memandang dirinya di dalam cermin.

"Raja, jom ba..." Aisy hilang kata2 bila melihat Luthfi di depannya dengan wajah baru. Super hensem! Aisy dengan mata yang terbuka luas hanya mampu terpaku di depan pintu. Luthfi mendekatinya dan memeluknya erat.

"aku tak boleh simpan lagi. Aku cintakan kau" ucap Luthfi ikhlas dan Aisy masih lagi terkejut dan tak dapat nak respon apa2.

"Aisy, I love you so much. Kenapa kau tak respon ni?" Soal Luthfi dan memandang Aisy yang kelihatan bingung je. Luthfi rapatkan bibirnya dan Aisy tersedar dalam mimpi indahnya. Aisy membalas pelukan Luthfi lebih erat.

"I love you more" balas Aisy dan senyum bahagia.

"hensem!" Puji Aisy bila Luthfi tatap matanya dalam. Luthfi senyum dan mencium dahi Aisy pula.

"Should I change?" Soal Aisy bermaksud menukar pakaiannya semula.

"dont have to. You always look beautiful, no matter you wear, i always love you"

"Raja, I tak kenal diri Amar Luthfi yang sweet macam ni" Aisy pun janggal betul dengan perangai Luthfi yang baru je dia nampak ni.

"This is part of me that you have to find out."

"i like it. I like you"

"great! Queen. Im yours and you are mine. Ok? "

"my last and eleventh man. Yes, im yours and you are mine" balas Aisy balik dan dia tersenyum bahagia.
"Queen! Wake up!" Jerit Luthfi dari bilik air bila Aisy masih lagi lena di atas katil.

"Raja, lets sleep more." Ajak Aisy pula dan Luthfi ketawa.

"tak boleh la love. Come my queen, kita na solat subuh ni." Ajak Luthfi lagi dan Aisy buka matanya dan turun dari katil. Dia menonong ke bilik air untuk mandi. Setelah dia mandi dia keluar dan solat berjemaah bersama Luthfi.

Luthfi membuka almari untuk mendapatkan baju yang sesuai untuk resepsi perkahwinan Jai malam ini.

Tangan dia berhenti memilih kemeja bila ada satu kot yang sangat familiar dengan dia dahulu. Aisy pelik bila Luthfi hanya berdiri dan diam di depan almari. Aisy mendekati Luthfi dan memandang apa yang disentuh Luthfi.

"ah, ni kot lelaki yang tolong Aisy. Masa tu hujan, dia bagi kot ni sebab dia dah buat Aisy basah dengan lopak air" Aisy ukir senyum lucu bila teringat peristiwa itu. Lelaki yang dia tak sempat pun nak pandang wajahnya.

"kenapa Queen berhujan?" Soal Luthfi pula.

"that day, Aisy dapat tahu yang papa kahwin lagi" jawab Aisy perlahan.

"kenapa terus pergi macam tu je. At least, Queen kena ucap terima kasih kat dia" ujar Luthfi tenang.

"yes, I should. But, I just..."

"wait! Mana Raja tahu yang Aisy pergi macam tu je?" Soal Aisy kaget.

"This is mine" dengan tenang Luthfi keluarkan kot itu dan menyarungnya di badannya. Mata Aisy meluas dan dia kehilangan akal waras seketika.

"Raja?!" Soal Aisy terkejut.

"yep! Ingat tak masa abang tanya, kita pernah jumpa ke tak. That time la abang ingat kita pernah jumpa"

"oh! Kenapa tak cakap?"soa Aisy geram.

"entah. Sebab kita selau gaduh kut" jawab Luthfi tenang dan Aisy senyum.

" Aisy suka betul dengan bauan di kot ni. Bila Aisy sejuk or alone, Aisy akan pakai kot ni. Aisy rasa tenang sangat" cerita Aisy ringkas dan Luthfi senyum.

"Since kita kawin, tak pernah pun Abang tengok Queen pakai"

"Because, i love the smell on you. Aisy tak fikir pulak yang bauan ni dari orang yang sama" ceria betul suara Aisy bila kebenaran terungkap.

"Kalau abang tahu Queen love me this bad, dah lama Abang lamar Queen"

"Yep. Kalau Raja dari awal cakap pasal ni, dah lama Aisy confess. Tak perlu nak jadi lelaki ke-11 pun"

"Sokay, now. Im your eleventh and last man. Right?"

"yep!" Jawab Aisy teruja dan melompat untuk memeluk Luthfi. Mereka berpelukan lama sehingga majlis resepsi Jai yang sudah bermula tak dihiraukan lagi dah. Hahaha. Kejam betul jadi kawan dua orang ni.

"Queen, we should attend Jai's wedding" bisik Luthfi di telinga Aisy bila mereka dah terlalu lama berpelukan. Aisy rasa mukanya membahang dan dia rungkaikan pelukan.

"Ya. You are right" Aisy betulkan pakaiannya dan senyum memandang Luthfi.

"We will continue it later. After we finish with Jai" ujar Luthfi tenang dan Aisy dalam segan anggukkan kepala bersetuju.

"Shall we? My queen, my sayang?" Pelawa Luthfi lembut. Aisy capai tangan Luthfi dan senyum.

"Yes, My King" jawapan itu membuatkan Luthfi senang dan mereka berjalan keluar dari rumah mereka dengan bahagia.

Cepat atau lambat jodoh pasti bertemu, suatu hari nanti akan ada seseorang yang tepat hadir dalam diri anda untuk dipanggil ‘sayang’.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-02 01:00:26 

Next please tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience