BAB 12

Romance Completed 25627

Luthfi meletakkan songkok di atas katil dan berbaring disebelahnya.

"Kau kenapa weh? Macam ada fikirkan sesuatu je" ujar Rezman pelik dengan perangai Luthfi seminggu ni. Asyik termenung dan banyak sangat berfikir.

"Macam ni Man. Aku rasa kau patut tahu kut"

"Apa?" Soal Rezman setelah selesai mengganti baju melayu ke baju biasa.

"Kau tengok kasut ni" Luthfi hulurkan kasut Aisy kepada Rezman.

"Eh, Aisy punya ni kan?" Soal Rezman terkejut.

"Ya la. Malam tu masa kemas dewan aku jumpa kasut ni" Luthfi mereka cerita sedikit.

"Ya ke? Kenapa dengan kasut ni?" Soal Rezman lagi.

"Kau tengok ni, double glue" ujar Luthfi dan tunjukkan lapisan gam itu.

"Apa yang pelik?" Rezman bingung habis dengan maksud Luthfi.

"Gam asal kasut ni sengaja ditanggalkan dan ditampal dengan gam baru. Gam yang tak kuat dan memang mudah tercabut. Sebab tu Aisy jatuh" terang Luthfi dan Rezman ternganga bila dia faham sesuatu.

"Sabotaj?!" Tanya Rezman dengan suara kuat dan Luthfi angguk yakin. Gaya dah ala2 penyiasat terkenal.

"Astaghfirullah, siapa yang jahat sangat nak pedajal Aisy?" Soal Rezman tak menyangka yang ada orang berhati busuk.

"Tu la yang aku duk fikir" jawab Luthfi lalu tersengih senang. Rezman buat gaya orang berfikir jauh dari pelbagai sudut. Poyo je lebih sebenarnya padahal dalam otak kosong je.

"Kenapa kau nak fikir sangat?" Soal Rezman lagi sekali. Hairan dengan kesungguhan Luthfi ni.

"Aku memang suka selesaikan misteri ni. Kau ni macam tak tahu pulak"

"Haah. Lupa! Kau ni kan Detective Conan" jawab Rezman sambil tersengih.

"Tapi la Fie, aku rasa orang yang paling desperate nak menang la sanggup buat semua ni" Rezman utarakan pendapatnya dan Luthfi menangkap sesuatu. Ada kemungkinan jugak.

"Ya la kan? Aku rasa orang ni mesti seorang yang yakin dia akan menang kalau Aisy tak ada" ujar Luthfi pula.

"Yes! Dan orang itu tak lain tak bukan, Mila! Mila sorang je yang aku rasa ada can nak menang selain Aisy" Rezman berkata yakin dan Luthfi bersetuju dengan menganggukkan kepalanya dua kali.

"Tapi, mungkin jugak tak" Rezman berkata lagi.

"Ya la. Suspek la ni. Kau rasa siapa lagi?" Soal Luthfi pula.

"Entah. Dalam bidang ni banyak hasad dengki"

"Betul jugak. Pening!" Luthfi rasa otaknya kembali kosong dan fikiran dia mula buntu balik.

"Tapi, kalau mula dengan syak Mila. It is a good start" Rezman berkata seolah yakin dengan siasatan kes ini. Luthfi tersenyum dan dia setuju betul dengan apa yang Rezman cakap.

'Bijak jugak mamat ni' puji Luthfi dalam hatinya dan dia terfikir untuk mengajak Rezman join dia dan Jai.

"Man! Aku nak masuk dalam lagi kes ni. Kau nak join?" Soal Luthfi offer kepada Rezman.

"Ok jugak! Dah lama tak rasa jadi polis balik" jawab Rezman gembira.

"Wait, what? Polis balik?" Soal Luthfi agak terkejut.

"Yup! Dulu aku kerja polis, tapi aku terpaksa berhenti bila mata aku termasuk kaca."

"Ha? Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Luthfi berminat.

"Aku nak selamatkan mangsa dari tembakan tapi aku terambil cermin sebagai penghadang, bila cermin pecah, masuk dalam mata aku" cerita Rezman ringkas sambil tersenyum.

"Man, aku tak tahu pun" perlahan je suara Luthfi. Telinganya mula merah setiap kali dia rasa sesuatu.

"Ala, cerita dua tahun lepas kut. Aku bersyukur sangat Allah bagi aku mata kedua ni. Dapatlah aku kerja balik. Tak adalah menyusahkan mak bapak aku lagi" Luthfi tak pernah menyangka yang nasib Rezman sebegitu sekali. Luthfi terdiam dan otaknya kosong untuk mengarang ayat.

"Kau ni apesal pulak? Aku bukan buat slot Bersamamu la. Ish" Rezman menunjal kepala Luthfi dan baring di atas katilnya.

"Maafkan aku weh" pinta Luthfi bersimpati.

"Baru je hilang mata, belum hilang nyawa lagi" jawab Rezman tenang.

"Fie, aku rasa Luthfi no lie tak sesuai la dengan kau" Rezman bersuara bila keadaan kembali sunyi.

"Means?" Soal Luthfi pelik.

"Aku tahu kau yang tolong Aisy malam tu, kau mamat bertopeng tu dan kau sengaja ambil kasut tu" Rezman dengan tenang membuka mulut. Luthfi ketap bibir bila dia dah tertangkap secara terang terangan.

"Aku jugak tahu kau ni, Amar Luthfi Bin Dato Amin. Anak pemilik hotel ni" Luthfi terus jatuh dari katil bila dengar apa yang keluar dari mulut Rezman. Rupanya dah lama dia kantoi.

"Kenapa kau tak cakap Man? Kau ni!" Geram pulak Luthfi rasa sekarang ni.

"Kau tu banyak sangat menipu"

"Bukan menipu. Self defence. Tapi! Macam mana kau tahu semua ni?" Soal Luthfi hairan.

"Sekali tengok dah tahu. Tapi, kenapa kau beria sangat nak tolong Aisy?" Soal Rezman balik.

"Bukan aku nak tolong dia. Aku cuma pelik dan nak tahu je siapa punya kerja ni. Dah dua kali Aisy kena" jawab Luthfi dan bersila di atas lantai.

"Maksud kau bukan sekali?" Soal Rezman.

"Malam yang peragaan tu, aku keluar paling lewat. Aku dengar ada orang mintak tolong. Aku tengok la. Aisy ada dalam bilik persalinan dan bajunya ada orang gunting sampai dia tak berani nak keluar" cerita Luthfi kepada Rezman.

"Tapi, malam tu Mila tak ada." Rezman berkata perlahan dan Luthfi turut mengangguk. Apa yang Rezman cakap tu memang betul.

"Mungkin musuh yang berbeza" ujar Luthfi memberi pandangan.

"Boleh jadi, kalau pasal baju tu, tak lain tak bukan untuk aibkan Aisy."

"Mungkin. Tapi motif Mila kuat kalau pasal kasut tu. Dia nak menang" Luthfi utarakan pendapatnya lagi.

"Tapi, kalau untuk jatuhkan dan aibkan Aisy pun boleh. Tak mustahil" Rezman bersuara pula dan sekali lagi Luthfi rasa dia buntu habis dan sekali lagi otak dia jumpa jalan mati. Luthfi mengeluh kuat dan dia baring atas lantai yang sejuk itu. Rezman ketawa kecil dengan sikap Luthfi yang kebudak budakan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience