BAB 29

Romance Completed 25627

"kyaaaa!!!!" Jerit empat orang yang dari tadi jadi pengendap tak berlesen. Mereka pulak yang terlebih teruja tengok adegan tadi siap terlompat lompat bagai.

Aisy masih teringatkan peristiwa pagi tadi, sejak itu dia menghilangkan diri di banglo besar ni dan mengelak daripada bertemu mata dengan Luthfi. Dia akui yang dia malu teramat.

Aisy menghitung rumput di belakang rumah sebab itu adalah tempat yang terbaik untuk dia bersembunyi. Lagipun, ada pokok yang agak rendang di situ jadi dia dapat berteduh dengan selesa.

"Sampai bila aku nak bertapa kat sini?" Soal Aisy sendiri dan dia menyentuh bibirnya.

"Ah...Amar Luthfi! Apa kau dah buat ni?" Soal Aisy geram dan menggigit gigit bibirnya sendiri. Dia menggelengkan kepala bila dia kembali ingat moment tak patut itu.

Luthfi asyik memerhatikan Aisy yang sedang ralit mencabut rumput di bawah pokok rendang itu. Dia tersenyun senang bila melihat wajah malu Aisy tadi.

"well, i brave enough" dia memuji dirinya sendiri bila dia berani untuk buat benda tu tadi.

"dia yang salah, buat muka innocent sangat" Luthfi tak rasa bersalah malah dia salahkan Aisy yang membuatnya tertarik.

"dia marah ke?" Soal Luthfi balik tapi dia senyum je dan masuk ke dalam bilik. Untuk menunggu Aisy masuk.

Aisy membuka pintu bilik, dia fikir apa sekalipun dia tetap akan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia takkan gentar dengan Luthfi dan rasa malunya juga sudah mula menghilang. Tak ada apa yang perlu Aisy risaukan sekarang.

Aisy menarik nafas dan menutup pintu bilik setelah melangkah masuk. Sebaik dia berpaling dia terkejut yang Luthfi sedang berdiri memandangnya. Luthfi berjalan ke arahnya sehingga dia bersandar pada pintu. Tangannya mencapai tombol tapi tangan Luthfi memegang tangannya.

"Kau pergi mana?" Soalnya selamba dan Aisy telan liur.

"rest" jawab Aisy cuba untuk bertenang.

"mana tu tempat" dah tahu lagi nak tanya si Luthfi ni.

"laman belakang" jawab Aisy lagi dan Luthfi berpuas hati.

Luthfi terus mendekati Aisy dan Aisy rasa kali ini dia perlu protect diri sendiri. Aisy tanpa sengaja mengangkat kaki kanannya dan mata Luthfi membesar. Luthfi terduduk menahan sakit bila tempat pribadinya terkena lutut Aisy. Aisy terkebil kebil sebelum buka pintu dan melarikan diri lagi sekali. Penjenayah melarikan diri! Aisy berlari masuk ke bilik kembar itu dan melihat Haliza ada di sana. Haliza pun terkejut bila Aisy terpa masuk macam tu je.

"Terkejut aunty. Lari dari apa ni?" Soal Haliza dan Aisy sengih sikit. Aisy cuit pipi gebu twin tu dan duduk dengan lelah masih bersisa.

"Luthfi?" Soal Haliza seakan mengerti.

"Yep. He is, scary" luah Aisy dan Haliza tergelak kecil. Suami sendiri dilabel scary. Tak tahu la macam mana tu.

"Nak tidur sini la" Aisy pejam mata dan mula lelap sekejap je. Haliza tersenyum melihat anak tirinya itu dan dia letakkan kembar ke dalam buai.

Aisy buka mata bila dia mimpikan Luthfi. Sampai jatuh katil lagi. Aisy menyeringai kesakitan dan dia berdiri sambil menggosok pinggulnya yang senak. Dia mencapai telefon dan meniarap di atas katil.

"Google sikit. Apa effect kena tendang macam tu" Aisy mula risau dan dia menaip sesuatu.

"boleh menyebabkan kesakitan yang lama."

"Habislah, kalau masuk hospital lepas tu didakwa mendera. Jadi kes dera suami ni!" Aisy menggumam takut dan dia membaca sebab lain.

"mandul?" Nak pengsan Aisy bila sebut perkataan horror itu.

"habislah, aku kena kawin lain sebab tak dapat anak dengan dia" Aisy mengarut lagi dan dia membaca akibat terakhir.

"Mati?!" Aisy terbangun dari katil dan dia campakkan telefon serta berlari ke biliknya . Laju betul kaki dia melangkah dan sebaik dia berada di dalam bilik Luthfi tiada di situ.

"Raja..." panggil Aisy perlahan tapi tiada sahutan. Aisy ke bilik air dan membukanya sebab tak berkunci. Dia masuk lebih dalam dan terhenti bila melihat sekujur tubuh sedang lena di dalam tab mandi.

"Raja..." panggil Aisy lagi dan tetap tak ada sahutan. Aisy kalut sendiri dan berlari ke arah tab mandi, akibat tak memakai selipar dan lantai licin Aisy tergelincir dan selamat masuk ke dalam tab mandi itu. Aisy dah basah kuyup dan berada betul2 atas badan Luthfi.

Luthfi tersedar dari lena bila dia termimpi ada batu besar yang jatuh atas badannya. Sumpah! Mimipi paling ngeri bulan ini. Luthfi membuka matanya dan dia memandang Aisy yang berada di atasnya. Aisy memegang kedua pipinya dan bernafas lega saat mata mereka bertemu.

"You are fine" luah Aisy lega.

"Aku ok. Tak mati la kena tendang sikit macam tu"

"Tapi, google cakap boleh bawa mati"

"heh. Kalau nak buat research pun kena la pandai cari info."

"ceit. Sorry. Tak sengaja" pinta Aisy.

"sokay. Serius, memang tak sakit pun"

"ya ke? You look bad je tadi"

"sebab aku malu. Serius, tak kena dan tak sakit pun"

"baguslah. Risau I. Kalau you mandul, I kena kawin lain nak dapt zuriat" Aisy melalut lagi dan Luthfi ketawa besar. Kartunnya otak si Aisy ni.

"Drama!" Luah Luthfi dan Aisy gelak lagi. Aisy diam seketika bila dia baru je sedar yang dia dah basah kuyup. Dia pandang dirinya dan dia pandang Luthfi yang tak berbaju. Dalam tab mandi pulak tu!

"wait! Are you naked?" Soal Aisy segan dan mukanya memerah serta merta. Luthfi dengan selamba badak angguk dan tersenyum miang.

"Raja!!! Let me go!!!" Tempik Aisy dan cuba bangun dari duduknya yang selesa tapi tangan sasa Luthfi menghalang.

"jadah apanya? Aku pakai shorts la" ujar Luthfi dengan sengihan panjang dan Aisy lega sangat.

"but, half naked" Luthfi menyambung dan muka Aisy terus membahang. Ikutkan hati dia nak je ketuk kepala Luthfi. Geram!

"I...I nak...keluar" ujar Aisy dan cuba untuk bangun. Luthfi membantu Aisy untuk keluar dan berdiri di tepi tab mandi.

"nak pergi mana?" Soal Luthfi bila Aisy menonong mahu pergi.

"Masuk"

"kau basah. Biar aku yang masuk ambilkan tuala" Luthfi keluar dari tab mandi dan jelaslah dia memakai seluar pendek. Luthfi selamba badaknya mengambil shower dan mandi seketika. Di depan Aisy secara live. Tak malu sungguh! Aisy rasa macam nak lari rempuh dinding je sekarang ni.

"Dah?" Soal Aisy geram bila Luthfi mengambil tuala dan menyalin pakaian basahnya.

Sekali lagi Aisy rasa semput bila tanpa segan Luthfi buat aksi tak senonoh depan Aisy. Luthfi tersengih dan mengambilkan tuala kering untuk Aisy. Aisy menyambut tuala itu dan menyalin pakaian basah serta mandi seketika. Bila dia dah kering dia berkerut.

"Baju salin?" Soal Aisy pada dirinya sendiri dan dia telan liur. Zohor dah lewat sangat, takkan tak nak solat. Aisy tebalkan muka dan masuk ke dalam bilik terus menuju ke almari. Pakaian diambil dan dia berlari ke bilik air semula. Luthfi nampak atau tak dia dah tak peduli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience