BAB 10

Romance Completed 25627

Pada malam yang sama masa Aisy jatuh, Luthfi kembali semula ke pentas itu dan mengambil kasut Aisy. Dia perhatikan kasut itu lama dan dia yakin ada sesuatu yang tak kena.

Luthfi menyarung jaket dan menunggang motorsikalnya ke satu tempat. Sebaik sampai Luthfi turun dan masuk ke dalam butik itu.

"Jai! Tolong aku sikit" Luthfi menyentuh bahu kawannya itu.

"My fren! Lama tak muncul." Jai tersengih bila jumpa kawan baiknya itu.

"Busy sikit. Bro, tolong tengok kasut ni" Luthfi hulurkan kasut itu pada Jai.

"Sejak bila kau minat benda macam ni? Kau jangan Fie. Muka kau memang cute and young forever, tapi jangan nak songsang weh!" Tak pasal2 pulak Luthfi dapat nasihat mengarut dari Jai. Luthfi meluku bahu kawannya itu kuat tapi dia terfikir sesuatu la pulak. Teringin dia nak kenakan kawannya ini.

"Kau tak suka aku ke Jai? Tak cantik ke aku ni?" Soal Luthfi lembut dan Jai buat muka jaki. Meledak tawa Luthfi dan menepuk kuat bahu Jai.

"Gila kau ni. Bukan aku punya la weh. Mahu pengsan Mak Su kau aku jadi macam tu" Luthfi ketawa lagi dan Jai rasa lapang sikit.

"Mana nak tahu"

"Dah la mengarut. Tolong tengokkan jap. Apa tak kena dengan tumit kasut ni" ujar Luthfi kembali ke tujuan asalnya. Kalau layan akal tak waras Jai memang tak ke mana siasatan dia ni.

"Ni dah double glue ni" jawab Jai dengan sekali pandang je.

"Apa benda tu?" Soal Luthfi tak faham.

"Kasut ni, yang ni gam asal, kuat. Layer lagi satu ni gam baru. Tak kuat sangat" terang Jai ringkas dan Luthfi dah ada satu hint.

"Kalau tengok keadaan glue asal ni, tak macam tercabut dengan kasar pun. Kalau perhatikan, layer ni macam sengaja dicabut. Nampak tak bahagian terpotong ni, rata sangat. Macam guna pisau" Jai buat kesimpulan dan memang kes sabotaj la ni. Luthfi dah mula tayang muka bengangnya.

"Kau ni pehal? Kasut awek mana ni?" Soal Jai penasaran. Setahunya Luthfi ni tak minat sangat dengan girl and woman stuff.

"Sibuklah kau" jawab Luthfi dan fikirkan apa2 kemungkinan.

"Wait! Macam pernah nampak je kasut ni" Jai segera mencari sesuatu dan dia kembali semula pada Luthfi yang sedang berfikir.

"Dah agak! Kasut Aisy ni!" Jai ketawa pula bila dia dapat tahu hal itu.

"Wait! Fie! Jangan kau cakap yang kau la hero bertopeng malam tu!" Teruja betul Jai dengan sangkaannya. Luthfi pandang Jai malas dan buat muka bosan dengan keterujaan sepupu merangkap kawannya itu.

"Gila! Hebat kau weh" puji Jai masih lagi dengan hormon teruja dia tu.

"Semua tu tak penting la Jai" Luthfi bersuara malas.

"Haah kan. Tapi berbalik pada kes kasut ni, maksudnya, ada orang sengaja nak pedajal dia ke apa?!" Soal Jai kali ini hormon terkejut melampau pulak yang dia rembes.

"Tu yang aku duk fikir." Luthfi dengan rasa hairannya berfikir lama.

"Weh! Aku nak in dalam siasatan kau ni" tak habis lagi teruja si Jai ni.

"Ok! Senang sikit kerja aku ada kuli ni" jawab Luthfi selamba sambil tersengih. Jai sepak kaki Luthfi sebab geram sangat dengan perangai Luthfi ni.

"Tapi Jai, kau tak boleh nak expect kita dapat pingat kebesaran la buat semua ni. Aku je rasa excited nak siasat"

"Aku dah dapat banyak award. Tak payah risau. Tapi, kalau Aisy sudi jadi aku punya model dan bawa imej kasut yang aku design ok jugak"

"Tu yang aku maksudkan. Ni sulit weh. Antara kau dan aku je"

"Settle bro! Bila nak start?" Soal Jai bersemangat.

"Dah mula pun."

"Ok! Bila nak cari weapon?" Soal Jai lagi dan Luhtfi rasa nak je dia tendang si Jai ni.

"Tak payah nak jadi 007 sangat. Aku blah dulu. Nak kerja" Luthfi tinggalkan kawannya yang dah masuk berangan tak ingat dunia.

"Jai Bond, sepupu kepada sepupu kepada sepupu James Bond. Pergh! Jai Bond, James Bond. Cun!"

"Luthfi Bond? Tak best. Luthfi no lie better kot" Jai mengarut lagi. Dah la cakap seorang diri. Mereng!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience