BAB 27

Romance Completed 25627

Luthfi berjalan sekitar mall sebab nak cari barang sikit tapi matanya tertacap pada pasangan yang sangat mesra. Rasa marahnya mula menguasai diri. Dia terus menonong pergi dengan perasaan marah dan menakutkan.

"Long! Siapa ni?" Soal Luthfi kasar bila Luqman bersama dengan seorang perempuan cantik.

"Salina, Ina" Luqman perkenalkan Ina tanpa rasa bersalah serta senyuman yang melebar.

"Long! Fie tak fikir panjang kalau Long curang dengan Aisy. Jangan ingat Long abang Fie, Fie tak sanggup nak tumbuk long!" Bentak Luthfi geram dan buku limanya dikepal.

"Tunang?" Soal Ina seakan terkejut dengan apa yang dikatakan Lutfi. Pastinya dia tak tahu soal majlis pertunangan kekasihnya.

"Ina, ingat tak majlis tunang adik angkat I tu?." Soal Luqman pada Ina.

"Ya. Tapi, tu majlis tunang adik you dengan Aisy. Right?" Soal Ina balik dan Luthfi ternganga sikit.

"Long?" Soal Luthfi minta kepastian.

"She is your fiancee, not mine" Luqman terangkan seringkas yang mungkin, maksudnya senang je nak faham tapi isi dalaman tu yang buatkan orang confuse.

"But, mom and dad said, they want to propose her for you"

"Just a lie. Kami berpakat" jawab Luqman dengan gelak kecil. Luthfi tayang wajah serius dan berjalan pergi dengan laju.

Dia perlu dapatkan jawapan daripada parent dia sendiri. Otak dah keliru tahap naik roller coaster dah ni. Bila Luthfi balik ke rumah jawapan sama jugak yang dia dapat. Sah! Memang dia kena tipu dengan family dia sendiri. Sekarang dia mula risaukan Aisy. Dapat ke Aisy terima kebenaran itu? Luthfi tak fikir panjang terus mencari Aisy pula. Dia tak nak Aisy benci dia atas semua ni.

Aisy yang sedang minum air di terpa tanpa salam oleh Luthfi. Untung tak terbalik je kerusi Aisy dibuatnya.

"Aisy! Kau tahu tak siapa tunang kau?" Soal Luthfi terus dan Aisy menahan gelak. Rasa kelakar dengan soalan tak sekolah itu.

"Mestilah!" Jawab Aisy yakin.

"Aisy, tunang kau tu, aku! Kau tahu ke?" Soal Luthfi resah dan Aisy terdiam. Dia terdiam lama dan memandang Luthfi tak percaya. Cincin dijarinya ditenung lama dan matanya mula berkaca. Sedarlah Luthfi yang Aisy tak dapat terima berita ni.

"You tunang I?" Soal Aisy perlahan dan dia bangun dari kerusi. Perlahan lahan dia menjauhi Luthfi. Semua mata dalam cafe sedang memandang mereka tika ini dan pastinya majoriti terkejut.

"Aisy, listen. Aku tak tahu apa2 pun pasal ni." Tegas Luthfi tapi Aisy seakan tak nak mendengar penjelasan Luthfi.

"We will fix it. If you love my brother, i will make you marry him!" Luthfi rasa sakit menyampaikan kata2 itu tapi dia lebih rela sakit sekarang daripada menjadi suami pada orang yang tak sudi.

"Nak fix apanya? Seminggu je lagi" lirih suara Aisy dan dia sudah berdiri di depan pintu sedia untuk pergi. Suasana di cafe juga hening seakan menonton drama live.

"I will. Trust me" Luthfi memberi keyakinan.

"Sampai hati you...sampai hati you tak tahu pun yang I ni tunang you!" Jerit Aisy agak lantang dan satu gelak besar diberikan. Dia melarikan diri meninggalkan Luthfi yang kelihatan bengong semacam je. Luthfi pandang Rezman pelik. Pelik bila Aisy cakap macam tu dan ketawa sakan.

"Dia dah lama tahu" ujar Rezman selamba dan Luthfi rasa dirinya sangat bodoh dan telah diperbodoh.

"Aisy!!!!" Suara Luthfi menggegarkan cafe ini sekaligus membuatkan orang ramai ketawa riuh. Kelakar betul dengan hubungan mereka berdua ini. Selama ini Luthfi cemburukan tunang Aisy yang ternyata dirinya sendiri.

"Aku terima nikahnya Aishah Mariam Bt. Mazlan..." selesai akad itu doa dipanjat dan semua orang sudah rasa senang. Aisy tidak dapat menahan senyum bukan kerana gembira tapi kelucuan bila teringat pergaduhan mereka di awal pagi.

Boleh dikatakan tak tidur sebab bergaduh dengan Luthfi. Tapi, seri pengantin tetap ada. Luthfi sebal kena prank tapi dia gembira juga pada masa yang sama. Tetamu memberi ruang kepada Luthfi untuk menyarungkan cincin pada Aisy. Saat kulit mereka bersentuhan Aisy tersenyum dan dia mencium lama tangan suaminya yang dianggap adik2 dulu.

"Cantik kau bertudung" bisik Luthfi di telinga Aisy dan Aisy tersipu. Kali pertama rasanya dia tersipu bila dipuji Luthfi. Pernah ke Luthfi puji dia selama ni? Macam tak je.

"I will wear it forever" ujar Aisy balik dan Luthfi tersenyum puas. Aisy kini hak miliknya! Cewah! Memang hak mutlak la ni, tak boleh di miliki oleh yang lain lagi dah.

"Good" balas Luthfi pula dan mereka berbalas senyum.

"You kena respect I lebih. Because Im older" bisik Aisy balik dan pipi Luthfi dicium sekilas. Luthfi rasakan pipinya membahang tiba2 dan dia cepat2 larikan wajahnya. Dia berlalu dari situ dan bersalaman dengan berberapa orang tetamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience