BAB 1

Romance Completed 25625

Kalau kau tanya siapa manusia paling gagal dalam bercinta. Ada satu manusia yang tergolong dalamnya. Aisy. Aisy berjalan sambil menahan senyum sakit hatinya, cinta kali ke 8 gagal lagi dan kali ini memang teruk cara cinta mereka berakhir. Aisy benci betul dia asyik gagal dalam bercinta. Kegagalannya itu yang membuat dia mencambah kebencian kaum lelaki.

Aisy terus ke sebuah cafe yg berada di hotel yg dia menginap pada masa kini. Aisy letakkan high heels yang dia bimbit sejak berjalan di tepi pantai tadi di atas meja. Bila seorang pelayan melihatnya pelik Aisy letakkan heelsnya di atas kerusi sebelahnya pula.

"Cik nak minum apa?" Soal pelayan itu ramah dan murah dengan senyuman.

"Drink yang fun" jawab Aisy sambil tersengih hambar. Pelayan itu pandang Aisy dari atas sampai ke bawah. Memang nampak macam luar kawalan sikit dan kurang menunjukkan ciri melayu.

'Minah ni melayu ke?' Gumam hati pelayan itu sendiri. Dengan skirt paras lutut Aisy serta rambut blonde, langsung tak menunjukkan ciri melayu . Islam apatah lagi, menyimpang jauh sangat dah ni.

"Kat sini semua minuman halal je di sediakan" jawab pelayan itu tenang dan Aisy terus tergelak.

"I tak mintak minuman haram pun."

"Jadi, cik nak minum apa?" Soal pelayan itu lagi.

"Coke" jawab Aisy lalu lemparkan senyuman sinis pada pelayan yang memandangnya macam perempuan tak ada haluan. Pelayan itu segera sediakan apa yang Aisy mintak. Pelayan itu perhatikan lagi wajah Aisy yang ditebali dengan make up. Pelayan itu berkerut dan cuba mengingat balik bila dia pernah ternampak Aisy.

'Macam pernah tengok je' fikir pelayan itu lagi dan dia teruskan mengelap gelas sambil berfikir.

Luthfi yang tergesa gesa untuk menghadiri satu mesyuarat penting memandu selaju cahaya agaknya sebab dia dah hampir terlewat untuk sampai tepat pada waktunya. Lancer yang dipandunya terus membelah hujan di jalan raya yang semakin melebat, tanpa dia sengaja satu lopak telah dilaluinya sehingga memercik kepada seseorang yang sedang berjalan di kaki lima.

Walaupun Luthfi tahu yang dia akan terlewat jika dia berhenti, dia tetap menghentikan kereta dan keluar bersama sekaki payung. Perempuan yang sudah basah kuyup berjalan dalam hujan lebat tambah pula kena lecak air membuatkan perempuan itu kelihatan kotor dengan lumpur.

'Apa kau buat ni Luthfi!' Luthfi memarahi dirinya sendiri dan segera dia dekatkan diri dan payungkan perempuan yang langsung tak bereaksi itu. Wajah perempuan itu pucat lesi macam puntianak dalam filem Twillight je.

"Maafkan saya cik, cik ok?" Soal Luthfi kalut dan perempuan itu tetap membisu dan memandang ke depan tanpa pandang Luthfi langsung. Luthfi tanggalkan kotnya dan sarungkan pada badan kecil itu.

"Cik tunggu kejap, saya ambilkan air mineral" Luthfi masuk semula ke dalam keretanya untuk mengambil air mineral dan bila dia kembali semula perempuan tadi dah tak ada, yang ada hanyalah payung yang ditinggalkan. Luthfi ambil semula payung itu dan cuba mencari perempuan itu di kawasan sekitar tapi tak kelihatan di mana2.

"Takkan hantu kot, awal pagi macam ni" Luthfi sendiri rasa pelik dan dia mula rasa seram sejuk.

Dia masuk semula ke dalam kereta cepat2 dan memecut pergi selaju mungkin. Kini dia kembalikan fokus pada meeting yang dia perlu attend dengan segera. Bila dia sampai di pejabat semua orang pandang dia dengan muka terkejut, mahu tak terkejut, basah kuyup dan tak terurus langsung terus masuk ke dalam bilik meeting.

"Luthfi, apa dah jadi ni?" Soal Dato Amin atau lebih mesra digelar daddy oleh Luthfi. Luthfi tayang sengih tak berdosa pada ahli lembaga pengarah yang sedang bermesyuarat. Semua mata memandangnya kini.

"Ada masalah sikit tadi daddy. Sorry ok?" Pinta Luthfi selamba habis. Dato Amin memang suka betul naik angin dengan anak lelaki bongsu dia ni. Selalu bagi masalah tanpa fikirkan orang lain.

"Luthfi, I think you should get yourself ready"

"I'm fully ready daddy"

"Get out! Dry yourself!" Tegas betul arahan Dato Amin pada anak lelakinya.

"No sun la daddy, macam mana nak dry?" Luthfi buat lawak selamba yg dah bangkitkan angin harimau dalam badan Dato Amin.

"Out now!" Luthfi tersenyum nakal dan segera tinggalkan bilik mesyuarat dengan senang hati. Memang dia tak suka untuk sertai meeting bersama orang tua, itu apa yang Luthfi selalu cakap pasal ahli lembaga pengarah.

"En. Luthfi, berapa kali nak kena halau ni?" Soal setiausaha daddynya yg dah lali sangat dengan keadaan sekarang. Luthfi tayang sengih tak berdosa dia lagi dan duduk di sofa. Jenuh Adira menghalang tapi langsung tak diendahkan Luthfi.

"Luthfi, in my office now!" Dato Amin bertegas dan Luthfi terus mengikut langkah laju daddynya. Luthfi masuk ke dalam ofis daddynya siap bagi tabik hormat lagi, memang sengaja menguji heartbeat Dato Amin.

"Mulai hari ini, daddy akan turunkan pangkat Luthfi, daripada pemangku CEO kepada pelayan." Tegas betul arahan itu dan pastinya Luthfi terkejut.

"Daddy ni serius ke?"

"Ya!"

"Bukan turunkan tu daddy, tapi campak dari tingkat 100"

"Bila kamu nak matang ni Luthfi?" Soal Dato Amin serabut dan resah dengan perangai terunanya. Luthfi tergelak kecil dan menggelengkan kepala beberapa kali.

"Daddy, I'm your son and this is me, Forever me."

"Out! Mulai dari sekarang, Luthfi hanya pelayan cafe di hotel ni" arahan tegas itu Luthfi ambil dengan tabik hormat lagi. Dato Amin dah nak pitam dengan perangai anak lelakinya.

Share this novel

Rosline Inyam
2019-10-11 14:21:16 

omggg bet giler.pls smbg crta ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience