BAB 15

Romance Completed 25627

Manager, Farah. Memandang Aisy pelik kerana Aisy memohon kerja di situ.

"Percayalah! Saya akan kerja sungguh2 dan tak akan buat hal!" Seyakin boleh Aisy bersuara.

"Tapi, Aisy ni model terkenal" serba salah Farah dibuatnya. Aisy memegang tangan Farah dan memujuk lagi.

"Lepas je saya jatuh hari tu, semua orang dah tak nak ambil saya kerja. Saya tak nak menganggur" Aisy bersuara sedih dan Farah bertambah rasa serba salah.

"Gaji 900 je Aisy. Kami tak mampu nak bayar banyak"

"Saya tak kisah! Asalkan dapat tempat tinggal cukuplah" rayu Aisy lagi.

"Kalau macam tu ok. Tapi, sekarang rumah pekerja penuh. Aisy serumah dengan Kak Farah je la" ujar Farah dan Aisy terus memeluknya erat.

"Yes! Bila saya boleh kerja? Bila saya boleh pindah masuk?" Soal Aisy lagi.

"Hujung minggu ni. Akak tunggu depan cafe"

"Ok! Thanks!" Jawab Aisy teruja dan berlari keluar dari pejabat itu. Dia tersenyum senang dan berjalan ke arah Luthfi yang sedang membersihkan meja.

"See you next week. King!" Aisy kenyitkan matanya dan tinggalkan Luthfi yang penuh tanda tanya tu.

Berita mengenai Aisy mengamuk distudio kerana kerjanya dirampas sama sekali salah. Aisy tak mengamuk, just do what she have to je. Press ni memang suka kan buat kerja macam ni.

"Betul ke kenyataan yang mengatakan Aisy mengamuk di studio?" Soal seorang press bila terserempak dengan Aisy. Aisy ketawa kecil dan dia menarik nafas sebelum membuka mulut.

"I tak mengamuk. I koyak kontrak tu sebab nak batalkan kontrak dengan segera. I tak nak syarikat tu lingkup sebab dah langgar kontrak. I just nak selesaikan masalah ni in peace. Dia dapat teruskan business dan I tak rugi apa2" jawab Aisy tenang.

"Mana Aisy hilang selepas kejadian malam tu?"

"I rest cukup2. Buku lali I retak sikit so, I perlukan rehat"

"Apa perasaan Aisy bila kalah dalam pertandingan itu?"

"I tak rasa apa2. First time jugak I join pertandingan tu sebenarnya. I nak rebut peluang pergi oversea. Tapi nasib I tak baik dan pertandingan tu dapat winner yang selayaknya" jawab Aisy lagi.

"Aisy tak kecewa?"

"Of course not. Its normal"

"Tapi, Aisy tak pernah kalah selama ini"

"Thats why people said that life is like a wheel."

"Apa perancangan Aisy seterusnya?"

"Doktor cakap I perlu elakkan pakai heels at least two month, so, i will rest for two month or more" jawab Aisy tenang.

"Aisy yakin?"

"Yes!"

"Malam tu, ada hero yang selamatkan Aisy, siapa dia?"

"I pun tak tahu. Siapa yang tahu boleh cakap kat I"

"Hubungan Aisy dan Reza?" Soal press itu lagi.

"Dia tak contact I sepanjang I sakit. So, I guess, we are done" jawab Aisy masih lagi tenang.

"Macam tu je?" Soal press itu agak terkejut.

"Senang nak bersama tapi, lagi senang nak berpisah. I dont need him" jawab Aisy yakin dan terus berjalan pergi tinggalkan tempat itu dengan segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience