BAB 24

Romance Completed 25627

Suasana memang freeze gila dan semua orang macam kekok je. Luthfi dan Aisy pandang Dato Mazlan yang turut juga kekok dengan kehadiran anak perempuannya ini.

"Luthfi dan Aisy ni ada apa2 ke?" Soal dato bila dah lama sangat main passing pandang ni.

"Kawan" jawab Aisy ringkas dan suasana kembali senyap.

"Adik cakap isteri papa sakit" Aisy buka mulut selamba. Dato Mazlan seakan terkejut bila Aisy bertanyakan soal isterinya. Buat kali pertama!

"Ya. Ya. Ada kat atas, rehat" kekok pulak dato nak menjawab. Aisy bangun dengan tegas dan perkara itu merunsingkan dato, fikirnya Aisy akan menyerang Haliza lagi.

"I miss you papa" sangkaan Dato Mazlan salah sama sekali bila Aisy meluru memeluknya kejap dan menangis sambil melafazkan rindu. Suasana mula dengan linangan air mata dan dato membalas pelukan erat tu.

"I miss you more sayang. Hanya kakak yang boleh ubatkan rindu papa pada mama"

"Yes. Im sorry. Kakak degil sangat. Im sorry" pinta Aisy kesal. Dato memandang Aisy dan mengesat air mata itu.

"Papa yang salah"

"No, kakak yang salah. Papa tak salah apa pun. You deserve the happiness. If you are happy, so do I. Mama selalu minta Kakak bahagiakan papa selalu. Kalau papa happy with aunty Liza then, I will happy too"

"Thanks sweetheart. I love you"

"Me too" mereka berpelukan lagi dan Luthfi tersenyum sambil memerhatikan babak yang kalah dalam drama ni.

"I want to see her" Aisy bersuara serak kerana menangis banyak sangat. Dato menganggukkan kepala dan membawa Aisy ke biliknya.

"Luthfi duduk kejap ya" nasib baik ada orang sedar kewujudan Luthfi kat situ. Aisy bukan main susah lagi nak ajak Luthfi teman dia, sekarang diabaikan pulak.

Aisy dan dato masuk ke dalam bilik itu dan mulut Aisy ternganga bila tengok Haliza yang sedang baring di katil. Dia perhatikan sekeliling dan dia seakan taksub dengan semuanya. Haliza kelu menerima tetamu yang tak diduga itu dan dia cuba ukirkan senyuman manis. Bila dia cuba untuk turun dari katil Aisy berlari mendapatkannya.

"No, you should lay on the bed" Aisy tersenyum dan pandang sekeliling dengan senyuman. Haliza dan dato saling berpandangan dan anggukan dato membuatkan Haliza rasa bersyukur sangat.

"Twin?" Soal Aisy teruja bila tengok dua bayi sedang lena di atas katil. Dengan senyuman Haliza membalas.

"Comelnya dia, bam bam nya. Bangunlah, kakak datang ni. Hei, bangun" Aisy begitu ralit dan terpukau dengan dua baby tu dan dia mencuit cuit pipi gebu itu. Dia dah cium banyak kali sangat sampai baby pun rimas kut. Hihihi.

"Bangunlah, kakak datang ni" Aisy usik lagi twin yang tengah nyenyak tu.

"Aunty, thanks" ucap Aisy ikhlas dan memeluk Haliza erat.

"Maafkan aunty" pinta Haliza sebak.

"Aunty tak salah, kakak yang salah." Mulalah lagi satu babak sedih dalam rumah ni dan dato Mazlan tersenyum bahagia. Keluarganya bersatu jua.

"Aunty, kakak nak bawak keluar babies. Nak tunjuk kat Raja" ceria Aisy meminta dan Haliza mengangguk.

"Come! Kenal dengan abang raja. Papa, bawa baby boy" ujar Aisy dan dato mengangguk.

Aisy keluar dengan senyuman meleret sebab tak sabar nak tunjuk pada Luthfi.

"Raja, see this" Aisy memanggil Luthfi dan Luthfi ikut sama seronok nak mendukung baby itu.

"Comelnya! Nak dukung" pinta Luthfi pada Aisy tapi haram Aisy tak layan.

"Kedekut" kutuk Luthfi pula.

"Jangan gaduh,ni ambil yang ni Luthfi"

"What? Twin? Congrats uncle!" Teruja pulak si Luthfi ni. Aisy sendiri tak pernah tengok Luthfi macam ni. Luthfi mendukung bayi lelaki dan dia tersenyum puas. Dato kembali semula ke dalam biliknya dengan senyuman melebar.

Sakan sangat dua orang ni main dengan twin tu sampai lupa masa dah berjam berlalu. Dah nak maghrib pun.

"Tidur sini la ya" pinta dato dan Aisy segera setuju.

"Luthfi?"

"Tak boleh uncle. Luthfi nak balik rumah daddy"

"Ya la. Tapi makan malam kat sini dulu la"

"Ya" Luthfi bersetuju je. Aisy memang brtul2 dah gugurkan nama Luthfi sebagai orang penting hari ini. Twin ni lagi menjadi tumpuannya. Luthfi senang melihat Aisy bahagia.

"Fie dan Aisy ada apa2 ke?" Soal Datin Anis bila bersama Luthfi di laman belakang. Luthfi gelengkan kepala dan mengambil karipap lalu disuap ke dalam mulutnya.

"Fie suka Aisy?" Soal Datin lagi dan Luthfi tersedak. Dia rasa karipap terlekat di kerongkong dia. Luqman mengurut belakang adiknya dan ukir senyum. Merah telinga Luthfi sebab tersedak.

"Kawan je mummy" jawab Luthfi setelah dia rasa lebih baik sedikit. Pedih kerongkongnya.

"Baguslah! Boleh la long pinang dia" jawab Luqman ceria dan rahang Luthfi terjatuh. Matanya membesar sebab terkejut sangat dengan apa yang disampaikan Luqman.

"Boleh je kan?" Soal Luqman pada Luthfi yang masih lagi terngadah.

"Kalau Aisy ok, why not" Luthfi jawab selamba dan Luqman senyum bermakna.

"Eloklah! Malam nanti kita pergi rumah dia. Dia jemput datang rumah" datin bersuara dan Luthfi angguk je. datin berlalu ke dalam rumah dan bila Luqman ikut sama bangun dia pegang tangan Luqman.

"Long, cakap dia muda sangat untuk long" Luthfi cuba tanya untuk kepastian.

"Cinta tak mengenal usia" jawab Luqman ceria dan masuk ke dalam rumah. Luthfi hanya mampu terkebil kebil melihat Luqman pergi sambil menyanyi kecil. Dia lepaskan keluhan berat dan buang pandang ke kolam renang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience