BAB 4

Romance Completed 25627

Aisy termenung di cafe setelah dia makan tadi. Pandangannya ditalakan pada pantai yang kelihatan bersinar dipancar matahari tinggi. Waktu mula berganjak kepada petang dan dia masih juga belum pulang. Sudah hampir dua jam dia berada di cafe itu.

"Man, kau tak pelik ke kenapa badut tu takde manager" Luthfi membuka mulut setelah puas dia memerhatikan Aisy yang hanya fokus kepada termenung.

"Kenapa?" Soal Man balik.

"Selalunya kalau public figure ni akan bersama dengan manager dorang kan. Dia tu macam forever alone je"

"Entah, mungkin sebab dia frust dengan boyfren dia, then dia lari bawa diri" jawab Rezman sekadar meneka dan Luthfi mengangguk faham. Dia pandang lagi Aisy yang kelihatan termenung jauh.

"Yang kau nak tahu sangat pasal dia tu kenapa?" Soal Rezman pelik. Luthfi tersengih sedikit dan dia menggelengkan kepalanya.

'Apa agaknya dia fikir tu?' Soalan itu terlintas di dalam benak Luthfi.

Aisy yang sudah kebosanan mengatur langkah ke bar cashier dan duduk di situ pula. Dia masih ingat pada pelayan lelaki yang pandang dia atas bawah tu. Aisy berikan senyuman tak ikhlas dan duduk di depan lelaki itu selamba.

"Cik Aisy bercuti ke?" Aisy palingkan wajah bila ada seorang lagi lelaki menegurnya.

"Tak, larikan diri dari masalah" jawab Aisy selamba badak dan dia meneguk jus buah epal dengan tenang.

"Masalah ni macam bayang kita, sejauh mana kita lari sekalipun tak akan mampu selesaikan masalah tu" jawab Luthfi dengan selamba tanpa memandang Aisy. Rezman buang pandang kepada Luthfi yang langsung tak melayan pelanggan mereka dengan mesra.

"Selagi kita berada dalam gelap, selagi itu takkan ada bayang2" jawab Aisy juga turut tidak memandang Luthfi.

"Sampai bila kita nak jadi penakut macam tu? Sampai bila nak biarkan diri dihimpit masalah" Luthfi membuka mulut lagi.

"Selagi ada tempat gelap di dunia ni" jawab Aisy tenang dan tinggalkan not lima puluh lalu beredar dari situ. Rezman memang pelik dengan perdebatan kawannya dan model itu mengenai bayang sahaja. Nasib baik tiada pergaduhan yang berlaku hanya perbalahan pendapat sahaja. Rezman sendiri jadi keliru bila dia dengar pendapat dua orang itu. Berbeza dan sepertinya boleh dilabel betul.

"Macam mana you tahu I ada kat sini?!" Soal Aisya kasar dan menjauhkan diri daripada Rayyan, ex boyfrennya yang jadi playboy! Memang pantang betul Aisy dengan lelaki yang bergelar playboy.

"I boleh tahu mana je you pergi. I nak you maafkan I!" Bentak Rayyan lagi dan Aisy tergelak sinis. Kalau ikutkan angin dia nak je dia lempang Rayyan kat situ jugak.

"Stop it! Baik you pergi cari awek2 you yang tak cukup jari nak kira tu. I dah muak, bosan, jelik jugak nak tengok you!" Jerit Aisy kuat dan berjalan pergi. Tapi, tangan Rayyan menarik kuat lengan Aisy sehingga Aisy tak dapat bergerak.

Aisy merentap tangannanya kuat.

"You siapa nak pegang I?!" Marah Aisy dan masih cuba meleraikan pegangan kemas itu.

"Kau ingat kau laki aku ke? Lepaslah!" Jerit Aisy lagi dan dia masih mencuba sedaya upayanya untuk lepaskan diri.

"Selama ni you tak bagi I pegang you sebab apa? Sebab I bukan suami you?" Sinis sekali Rayyan bersuara.

"Yes! And you are nothing to me! Let me go!"

"I dont want to. So what?"

"Lepaskan aku la gila!" Marah Aisy lagi.

"Bro! Kalau nak gaduh laki bini pun bukan kat sini tempatnya" Luthfi yang dari tadi perhatikan perbalahan pasangan itu rasa terpanggil untuk menolong bila melihat si perempuan yang cuba sedaya upayanya melepaskan pegangan si lelaki.

"Kau siapa?" Soal Rayyan bengang. Luthfi buat tak endah dengan soalan itu dan menarik Aisy sehingga menjauhi Rayyan. Aisy kini selamat berada di belakangnya.

"Kurang ajar! Kau tahu tak aku siapa?" Soal Rayyan bengang.

"Who cares?" Soal Luthfi dan tayang muka muak.

"Aku ni Afiq Rayyan Dato Zukri tahu tak. Pelakon terkenal!" Jawab Rayyan angkuh dan Luthfi on spot jugak ketawa.

"Peduli apa aku, aku ni anak raja laut, gangster terkenal dalam laut tu, ada hal?" Soal Luthfi sinis dan berlalu pergi bersama Aisy. Aisy berjalan di belakang Luthfi dan kemudian dia ketawa pula.

"Apa yang kelakar?" Soal Luthfi tanpa menoleh pada Aisy.

"Anak raja laut. Tuanku, terima kasih sudi menolong patik" Aisy berlakon seperti seorang rakyat jelata bercakap dengan rajanya. Luthfi pandang Aisy dan dia tergelak sedikit.

"Beta terima" jawab Luthfi dengan nada bergurau dan Aisy tergelak senang.

"Patik Aisy, tuanku nama apa?" Soal Aisy lagi.

"Semua orang kenal kau, aku Luthfi" "tak semua la, I bukannya artis, just a normal model that have quiet long legs" jawab Aisy sambil tersengih.

"I think so. Aku tak kenal pun kau dulu" Luthfi menunjukkan minat untuk berbual lebih lanjut. Aisy senyum sedikit dan dia selesa bila Luthfi layannya sedemikian. Tak seperti lelaki lain yang nampak baik depan mata tapi belakang, nauzubillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience