BAB 16

Romance Completed 25627

Aisy dengan bangga melangkah ke dalam cafe dengan uniform kerjanya. Semua orang terlongo bila Aisy masuk terutama sekali Luthfi la.

'Dia ni betul2 ke' Luthfi sendiri hilang kata2 bila Aisy dengan ceria berikan dia senyuman manis.

"Ok! Gather kejap" Farah buat pengumuman dan semua orang berkumpul di tengah cafe.

"Ni Aisy, mulai hari ini dia akan kerja bersama kita jadi, saya harap semua orang boleh beri kerjasama" lagi sekali pekerja dapat berita mengejut.

"Saya Aisy, sila beri tunjuk ajar" dengan ramah dan senyuman manis Aisy memperkenalkan diri sendiri. Semua mata memandangnya pelik.

"Ok, semua boleh sambung kerja" ujar Farah dan semua kembali bekerja sebelum cafe dibuka.

Luthfi tanpa sengaja menarik tangan Aisy supaya ke luar cafe.

"Ish, apa ni tarik2 orang?" Soal Aisy geram. Luthfi memandang tangannya dilengan Aisy dan menjauhkannya.

"Sorry, kau ni kenapa kerja sini jugak?" Soal Luthfi geram.

"I pun nak kena hidup jugak. Lagipun, doktor tak bagi saya pakai heels, macam mana nak cat walk?" Soal Aisy pada Luthfi pula.

"Ya la! Kalau penat ke apa jangan nak merungut"

"Ya Raja. I takkan merungut. Jom kerja!" Ajak Aisy ceria dan berjalan masuk ke cafe dengan bersemangat.

"Man! Dua orang tu kenal ke?" Soal Zura pada Rezman.

"Entah" jawab Rezman sepatah.

"Tapi, Aisy tu memang super cantik kan? Pakai baju sama macam kita pun cantik" Zura berkata pada Nina yang berdiri disebelahnya.

"Haah!" Jawab Nina lalu tersenyum.

"Pergi sambung kerja" arah Rezman sebab malas nak dengar gosip kawan sekerjanya.

"Kau kerja sini je. Kerja sama dengan aku" ujar Luthfi dingin dan Aisy tayang sengih.

'Garang tak ingat' gumam Aisy dalam hati dan pandang Rezman.

"Hai, Aisy" Aisy perkenalkan diri pada Rezman dan Rezman ukirkan senyuman manis.

"Semua orang kenal cik Aisy. Saya Rezman, panggil Man je"

"Tak payah la bercik, panggil Aisy je" dengan senyuman Aisy bersuara.

"Ok." Jawab Rezman ceria. Luthfi datang dan menyiku perut Rezman.

"Jangan nak over sangat" Luthfi beri amaran keras pada Rezman dan Rezman ukir senyum. Rasa kelakar pulak dengan Luthfi ni.

"Berapa ratus gelas yang kau nak pecahkan hari ni?" Soal Luthfi garang bila Aisy dah pecahkan gelas kedua hari pertama dia kerja. Aisy tayang muka sedih tapi langsung Luthfi tak endahkan.

"Raja, baru je dua" jawab Aisy perlahan dan Luthfi pandang tepat ke dalam mata Aisy.

"Menjawab!" Marah Luthfi lagi dan Aisy ukirkan senyumannya.

"I ganti" Aisy keluarkan not lima puluh dan masukkan ke dalam kaunter. Luthfi pandang perbuatan Aisy itu kemudian dia tersenyum sedikit. Rezman yang perhatikan lagak dua orang itu ikut sama ukirkan senyuman.

"Pergi sambung kerja" ujar Luthfi tenang dan Aisy terus sambung kerja.

" memang dia selalu marah2 ke?" Soal Aisy pada Rezman.

"Tak ada la, maybe sebab Aisy budak baru kut" jawab Rezman dan Aisy anggukkan kepala.

"Lagipun, I yang salah" Aisy mengaku kesalahannya dan sambung kerja balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience