BAB 20

Romance Completed 25627

Suasana cafe gamat bila ada jeritan di belakang cafe. Semua orang menuju ke sana dan terkejut bila Aisy sedang menahan kesakitan.

"Luthfi! Bawak Aisy pergi klinik, dia kena sengat kala jengking" tak perlu tunggu seminit untuk otak Luthfi cerna maksud Farah. Badan Aisy diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta. Dia dan Rezman menuju ke klinik berhampiran untuk dapatkan bantuan segera.

Untung sahaja racun itu tak melarat dan hanya menyebabkan tangan Aisy kebas dan bengkak. Setelah membuat bayaran dan mendapatkan ubat mereka bertiga balik semula ke hotel.

"Macam mana tangan?"soal Luthfi pada Aisy yang tenang je sebelahnya.

"Kebas, rasa macam lumpuh je" jawab Aisy perlahan. Luthfi pandang tangan Aisy yang bengkak dan kemerahan itu beberapa kali.

"Macam mana boleh kena ni?"soal Luthfi lagi.

"Entah, I nak ambil fon dalam beg, tiba2 je sakit. I keluarkan tangan dan semua barang dalam beg keluar, benda tu pun keluar sama" cerita Aisy ringkas. Rezman memandang Luthfi yang sedang memandangnya. Memang ada sesuatu yang tak kena sekarang ni.

"Aisy, baju kau yang koyak malam tu, kau simpan lagi?" Soal Luthfi.

"Ya. Kenapa?"

"Aku nak"

"Nak buat apa? Mandrem I?" Soal Aisy bergurau.

"Tak ada la, aku nak siasat je"

"Siasat? CSI ke?" Soal Aisy dengan tawanya.

"Sebenarnya Aisy, pihak security yang perlu siasat. Dah ada kes macam Aisy kena tu. Jadi, untuk pastikan kejadian tak berulang lagi, kena siasat dan tangkap penjahat tu. Untuk nama baik hotel jugak" Rezman berkata dengan lancar dan Luthfi lega sikit dengan jawapan superb Rezman tu.

"Sejak bila korang jadi pihak security ni?" Soal Aisy lagi.

"Jangan banyak tanya boleh tak? Bagi je la" Luthfi dah mula nak naik angin dan Aisy ketawa kecil.

"Ya la! Garang tak ingat. You tu muda dari I tau, so, respect sikit kakak you ni" Luthfi buat pekak je dan mencebikkan bibir. Tak peduli langsung dengan apa yang Aisy cakapkan.

"Bila kau dah sihat, bawak baju tu kerja"

"Ya! Berhenti la mengarah I. Geram betul!" Marah Aisy pula dan kini giliran Luthfi ketawa kecil. Bila dengan Aisy je cepat betul dia nak naik angin. Hahaha.

Dah seminggu selepas Aisy kena sengat kala jengking dan kes itu masih lagi tergantung. Luthfi, Rezman dan Jai sama2 buntu dengan siasatan mereka sendiri.

"Tak ada info ke Jai dari baju ni?" Soal Luthfi seakan sudah hampir mengalah.

"Nope! Apa yang jelas memang sabotaj. Tu je" jawab Jai dan bersandar pada kerusi. Rezman juga ikut sama bersandar. Buntu! Jalan mati! Itu perkataan terbaik untuk kes mereka ini.

"Wait!" Jai terus bangun dari duduk dan memerhati baju Aisy yang digunting itu.

"Baju ni! Ini bukan sembarangan. Seseorang yang expert bab fesyen je boleh buat guntingan ni."

"Maksud kau?" Soal Luthfi berminat.

"Bila kau nampak baju ni, Aisy dah pakai ke belum?" Soal Jai lagi.

"Dah!" Jawab Luthfi yakin.

"Thats it! kalau Aisy tahu yang baju ni dah digunting, mustahil dia pakai kan? Kalau tengok betul2 baju ni, memang tak nampak sekali pandang. This person is a designer that know everything about this" Jai kelihatan berpuas hati dengan hasil analisanya.

"Jadi, Reza!" Rezman bersuara kuat dan Luthfi terkedu seketika.

"Mustahil! Aku tak percaya" jawab Luthfi menolak kemungkinan itu.

"Reza? Reza Azman?" Soal Jai pada Luthfi dan Rezman.

"Yes" jawab Luthfi mendatar.

"Kasut dan beg dia lawa gila kut. Last year dapat award" cerita Jai ringkas dan yang lain tayang muka tak berminat.

"Wait a minute, last year, Aisy sepatutnya jadi model utama dia tapi Aisy tak show up, then, pertunjukkan fesyen dia jatuh seketika. Lepas tu dia naik balik bila come back dengan pattern scorpion. Reza The Scorpion" Jai cerita lagi dan kali ini memang jelas sangat. Luthfi terus berjalan keluar dari butik Jai dan ke keretanya. Rezman menyusul begitu juga dengan Jai. Mereka terus ke cafe untuk mencari Aisy dan ceritakan hal sebenar. Bila mereka tiba di cafe Aisy tiada di situ. "Zura, mana Aisy?" Soal Luthfi resah bila Aisy tak kelihatan di mana2.

"Dia half day je hari ni. Dari pukul dua tak nampak" jawab Zura dan itu bukan jawapan yang baik untuk mereka bertiga.

"Tutup cafe! Cari Aisy!" Arah Luthfi tegas dan yang lain macam pelik tapi tetap ikut arahan Luthfi.

Luthfi melilau di kawasan sekitar hotel tapi tak jumpa.

"Luthfi!" Ada satu suara memanggil Luthfi menyebabkannya berkalih.

"Aku sibuk, lain kali" Luthfi mahu beredar tapi dihalang pula.

"Luthfi, aku nak cakap sikit"

"Apa Lina? Kalau pasal Mira aku malas nak dengar"

"Memang pasal Mira" jawab Lina lagi dan harap Luthfi sudi mendengar.

"Pasal Mira dan Aisy" sambung Lina lagi dan Luthfi kembali memberi fokus kepada Lina.

"Apa kau nak cakap ni?" Soal Luthfi serius.

"Kala jengking tu, Mira yang letakkan dalam beg Aisy, aku nampak semuanya." Cerita Lina cemas. Luthfi seakan hilang kata2 bila Lina cerita semua tu.

"Betul ke ni?" Soal Luthfi lagi.

"Ya! Walaupun aku kawan baik dia, aku tak kan sepakat kenakan orang. Mira buat semua tu sebab dapat arahan dari seorang lelaki. Aku tak kenal lelaki tu tapi aku dengar dorang cakap nak kenakan Aisy cukup2."

"Mana Mira?" Soal Luthfi bila dia tak dapat nak biarkan otak dia berfikir. Dia perlu dengar semuanya dari mulut Mira sendiri.

"Lobi hotel" jawab Lina dan tanpa tunggu lama Luthfi berlari ke arah lobi hotel. Memang Mira ada di situ kerana bekerja sebagai penyambut tetamu.

Tangan Mira direntap kasar sehingga Mira terkeluar dari kaunter. Luthfi menarik kasar lengan itu supaya menjauhi sedikit kawasan lobi. Yang lain mula berkumpul di situ pula.

"Mana Aisy?!" Soal Luthfi bengang.

"Mana saya tahu. Apa awak tanya ni?" Soal Mira dengan muka tak berdosa.

"Kenapa kau letak kala jengking dalam beg dia?" Soal Luthfi keras dan semua yang mendengarnya terkejut.

"Apa awak mengarut ni?" Soal Mira gugup.

"Jangan buat aku paksa kau buka mulut dengan kasar! Mana Aisy?!" Soal Luthfi dengan suara setinggi tingginya.

"Dengan Reza!" Jawab Mira kasar.

"Kat mana?!" Soal Luthfi lagi.

"Entah, mana2 je. Reza akan buat Aisy cedera parah dengan rosakkan motorbike Aisy. Mungkin boleh mati jugak" jawab Mira dengan senyuman sinis. Semua orang seakan tak percaya Mira sanggup berpakat dengan Reza.

"Kenapa kau buat semua ni?!" Memetir lagi suara Luthfi.

"Sebab saya cintakan awak!"jerit Mira bila Luthfi dan berjalan meninggalkannya.

"Pergi cari sepanjang pantai!" Arah Luthfi dan semua orang kembali mencari Aisy.

Luthfi ke kandang kudanya dan membawa keluar kudanya.

"Bro! Jom ke pantai" Luthfi menunggang kudanya tanpa pelana atau sebarang alat keselamatan seperti biasa. Hanya Aisy di difikirannya sekarang ini. Bila dia berjalan sekeliling pantai ada bunyi motorbike yang kuat. Luthfi segera menuju ke sana dan dia dapat lihat Aisy sedang seronok ketawa bersama Reza.

Luthfi mendekati tempat itu dengan segera dan sebaik dia sampai motorbike yang dinaiki Aisy seakan meletup dan Aisy tercampak, tanpa banyak fikir Luthfi lompat dari kuda dan menyambut badan Aisy lalu mereka berdua jatuh ke atas pasir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience