BAB 6

Romance Completed 25627

'AISY TEMUI CINTA BARU!' Tajuk artikel itu buatkan Luthfi mengomel sendirian dan dia baca sampai habis artikel itu.

"Senangnya jatuh cinta" Luthfi berbisik perlahan dan teruskan membaca bahagian sukan pula.

"This is mine!" Luqman merebut akhbar itu daripada Luthfi dan tersengih lebar. Luthfi buat muka bengang dan pandang tempat lain.

"Aisy la" Luqman bersuara sedikit ceria bila ternampak gambar Aisy.

"Dont say that you know her" Luthfi bersuara.

"Malangnya, I know her. The beauty of hers" Luqman bercakap dengan tenang dan mengangkatkan kening beberapa kali.

"Ha? Long, baik guna akal jangan guna mata untuk menilai. Muka macam tak melayu langsung" kutuk Luthfi dan membangkang keras kalau Luqman ada niat nak beristerikan seorang public figure.

"Mana ada. Long puji dia je. She is too young for me" Luqman tersengih dan duduk di sebelah Luthfi lagi sekali.

"Cinta baru lagi?" Soal Luqman sambil membaca artikel itu dengan khusyuk. Luthfi menjeling Luqman dan dia agak pelik bila hampir semua orang kenal dengan Aisy, kecuali dia. "Playgirl la tu long" tuduh Luthfi selamba habis dan Luqman mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Tapi, she is really beautiful" puji Luqman lagi sambil tersenyum panjang.

"Siapa yang cantik? Bakal menantu mummy ke?" Soal Datin Anis bila terdengar perbualan dua terunanya.

"Ni" Luqman hulurkan akhbar dan datin bacanya sambil tersenyum.

"Cantik. Memang dia cantik" pujian datin buatkan Luthfi rasa nak benam diri dalam kolam renang dalam kadar segera.

"Macam tepung gomak pun cantik?" Pelik sungguh Luthfi dengan pujian itu.

"Tepung gomak?" Tergelak Luqman bila adiknya memanggil Aisy sedemikian.

"Ya la, make up dah setebal kek sarawak. Kalau tak make up, nak imagine pun takut" kutuk Luthfi lagi dan mengundang tawa datin pula.

"Ya la, anak mummy nak yang natural beauty" sambung datin seakan menangkan Luthfi kali ini. Luqman buat muka tersengih dan letakkan akhbar di atas meja kopi semula.

Aisy tersenyum bila mendapat bunga daripada kekasih barunya. Dia membaca nota yang dititipkan, sangat romantik.

"Maafkan saya, saya hanya mampu berikan bunga ros ini, saya tak mampu nak cari bunga yang lebih cantik dari awak" Aisy baca bait ayat itu dan dia tersenyum lagi lalu letakkan jambangan bunga itu di atas meja.

"Lelaki ke 9." Aisy bersuara lagi dan mula bersiap untuk peragaan kali ini. Aisy sudah bersedia dan bila model2 lain mula naik pentas dia ikut sama naik. Seperti biasa, Aisy akan jadi queen of stage kerana kecantikannya tak dapat ditandingi model lain. Sebaik dia berjalan di atas pentas, semua mata seakan terpaku memandangnya.

Selesai buat peragaan, masa untuk membuat bidaan terhadap baju yang diperagakan. Tak kisah seburuk mana busana yang Aisy pakai, pasti mendapat bidaan yang paling tinggi. Dalam bidang sebegini pasti tetap ada hasad dengki dan iri hati. Itulah yang dirasai oleh Mila. Seorang model yang tinggi lampai dan kecantikannya juga tiada tandingan, tapi, dia masih kalah pada Aisy.

"100ribu satu! 100ribu dua! 100ribu tiga! Bidaan tamat! Baju ini dimiliki leh pembida, Dato Musa!" Semua orang bertepuk tangan. Aisy tersenyum dan berjalan di depan Dato Musa lalu hulurkan ucapan tahniah.

Semasa Aisy mengucapkan tahniah Dato Musa cuba untuk menyentuh Aisy tapi dengan pantas Aisy menjauhkan diri. Aisy dan model lain kembali ke belakang pentas untuk menukar pakaian kerana kerja mereka dah selesai.

Aisy masuk ke dalam bilik persalinan dan dia menyalin pakaiannya sama seperti orang lain. Aisy berdiri lama di dalam bilik persalinan kerana benci dengan dirinya sendiri. Busana yang dia pakai tadi agak menyerlahkan susuk tubuhnya dan warna baju yang seakan warna kulit buatkan ia nampak lebih seksi dan menjolok mata.

Aisy keluar dari bilik persalinan bila semua orang dah balik, bilik persalinan itu kembali sunyi. Aisy yang terasa dingin di bahagian belakang badannya pelik. Dia menoleh untuk memandang dari cermin. Betapa dia terkejut bila sebahagian belakang bajunya tak ada.

Sah! Itu adalah hasil sabotaj orang lain. Sebahagian besar belakang Aisy yang terdedah buatkan dia tak sanggup untuk keluar dari belakang pentas. Aisy masuk semula ke dalam bilik persalinan dan dia berfikir cara untuk balik ke rumah. Telefonnya di ambil tapi malangnya, bateri dah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience