BAB 7

Romance Completed 25625

Dua jam berdiri dan berfikir akhirnya Aisy mengalah dan dia duduk sambil memeluk lutut di dalam bilik persalinan. Dia hanya mampu mengharap yang ada orang dapat tolong dia nanti. Rasa takut mula menghantui dirinya dan perasaan dia mula bercelaru. Saat lampu terpadam Aisy terus menjerit.

Luthfi yang kaget pula bila dengar jeritan bila dia matikan suis utama dewan yang digunakan untuk peragaan tadi. Luthfi cuba berfikir logik dan dia mencari bunyi jeritan itu dengan berhati hati.

"Biar je la Luthfi, balik je la" Luthfi cuba tenangkan hatinya yang dah cuak habis.

"Tolong!!!" Jeritan itu bergema di ruang sunyi itu lagi. Luthfi telan liur dan dia berlari ke arah pintu utama dan menutupnya rapat. Bila lima langkah dia buka dia berhenti.

"Kalau orang macam mana?" Soalnya pada diri sendiri.

"Kalau orang, kalau bukan?" Fikir Luthfi lagi dan bulu romanya kembali berdiri tegak.

"Kalau bukan orang, baca je la ayat kursi, paling tak pun pengsan ke terus" Luthfi kumpulkan keberanian dan kembali ke dewan. Dengan doa yang panjang dia buka pintu dewan dan mula melangkah kecil.

"Hello!" Jerit Luthfi berani dan dia harap sangat ada sahutan.

"Tolong!" Sekali lagi suara meminta tolong kedengaran. Luthfi membuka semua lampu dan kali ini dia betul2 yakin yang itu adalah suara perempuan dan orang. Luthfi mencuba untuk memanggil lagi.

"Ada orang ke?!" Soal Luthfi kuat.

"Tolong!" Luthfi garu telinga bila perkataan sama je yang dia dengar sejak tadi. Luthfi mencari arah suara itu dan dia menuju ke belakang pentas. Dia masuk perlahan lahan dan melihat bilik itu kosong sepenuhnya.

"Tolong!" Luthfi hampir terjatuh bila dia dengar suara itu kuat dan jelas. Luthfi telan liur dan berjalan ke kawasan tengah.

"Hello?" Luthfi bersuara gugup. Salah satu pintu bilik persalinan terbuka dan Luthfi terjerit kuat bila seorang peremuan berambut panjang muncul di depannya.

"Ahhhh!!!!!!" Jeritan semakin kuat dan bersambung malah bergabung menjadi satu. Bila dua2 dah kembali waras mereka sama2 menutup mulut.

"Kau!"

"Raja laut!" Masing2 terjerit pendek.

"Kau buat apa kat sini? Buat drama seram ke apa?" Soal Luthfi hangin satu badan. Dia melepaskan keluhan lega dan memandang Aisy dengan kerutan yang super hebat.

"Kenapa tak balik lagi?dah pukul 1 pagi ni!" Marah Luthfi lagi dan Aisy bangun dari duduknya perlahan lahan.

"I malu" Aisy bersuara perlahan dan Luthfi bengang tiba2.

"Nak malu apanya?! Kalau kita dua kena tangkap basah lagi malu! Cepat keluar!" Arah Luthfi keras dan Aisy gelengkan kepala. Mustahil dia nak keluar dalam keadaan macam tu.

"Fine! Aku balik dulu!" Luthfi berkata kasar dan mengatur langkah untuk pergi.

"Raja! Jangan pergi" panggil Aisy kuat.

"Dah tu! Keluar la!" Marah Luthfi lagi.

Aisy menutup bahagian belakang badannya dan berpaling pada Luthfi. Luthfi seakan terkejut bila melihat keadaan baju Aisy. Walaupun dia tak tengok dari jarak dekat dia pasti itu kerja manusia.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Luthfi pula.

"Entah. Mungkin I dah letak sembarangan" jawab Aisy dan masih lagi menyembunyikan belakang badannya. Luthfi pandang badannya sendiri dan tanggalkan jaket miliknya lalu baling kepada Aisy.

"Pakai ni!" Arah Luthfi dan keluar dari bilik persalinan itu.

Aisy cepat2 menyarung jaket itu dan dia keluar dengan tergesa gesa. Luthfi sudah menunggu di depan pintu dewan. Berlari Aisy untuk ke pintu kerana bimbang dikunci oleh Luthfi.

"Thanks" ujar Aisy ikhlas.

"Erm" jawab Luthfi ringkas dan berjalan pergi meninggalkan Aisy di belakang. Aisy merungut dan dalam hatinya mengutuk sikap Luthfi yang menyakitkan hati itu.

Pertemuan demi pertemuan menemukan Luthfi dan Aisy tapi mereka masih lagi belum mampu untuk membentuk satu jenis perhubungan kecuali, strangers and strangers. Not even friends.

Aisy sudah bersedia di belakang pentas. Kali ini dia dah bertekad akan cuba merebut peluang keemasan ini untuk menjadi seorang model di peringkat antarabangsa. Judge kali ini juga dijemput khas dari negara luar termasuk new york.

Selama ini Aisy menolak untuk menyertai pertandingan seperti ini kerana tak ingin tinggalkan Malaysia di mana kenangannya bersama mamanya tersemat di sini, tapi, sejak papanya berkahwin lain yang ada dalam diri Aisy hanyalah benci.

"Kau rasa kau layak ke?" Satu suara halus dan sinis menyapa cuping telinga Aisy sekarang ini. Aisy tahu, ramai yang tak berkenan dengan perangainya yang bajet diva tu. Dia tak nak hipokrit dan sembunyikan belangnya yang sebenar. Dia tak perlu berlakon baik untuk tunjukkan kepada sesiapa sekalipun.

"Aku percaya dengan kemampuan aku" Aisy membalas sinis juga.

"Lets see, siapa yang akan menangis hari ni" dengan gelak jahat Mila berlalu dari situ. Aisy tersengih sinis dan tak pedulikan kata2 Mila itu.

"Ahli sihir" kutuk Aisy dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience