BAB 31

Romance Completed 25627

semua mata dah pandang Luthfi yang nampak macam hot la kut. Aisy pulak jadi tak senang sebab mata yang pandang Luthfi semuanya perempuan. Luthfi nampak hot tapi Aisy pulak dah jadi pakai jubah sebab pakai baju merah Luthfi yang agak labuh. Aisy sempat jeling beberapa orang perempuan yang memandang Luthfi taksub. Aisy merengus kasar dan menjauhi Luthfi dengan melompat naik ke atas belakang Adam.

"Adik, bring me home" ujar Aisy merengek manja dan Adam ukir senyum.

"Abang macam mana?" Soal Adam pula.

"Biarkan dia rasa jadi tontonan umum. Bangga la sangat"

"Tapi, kakak pun nampak hot. Tengok tu, mat saleh usha kakak" ujar Adam sambil tergelak kecil. Aisy ikut sama gelak dan melambaikan tangan kepada mat saleh itu. Tiba2 Aisy rasa tubuh dia melayang dan kini dia berada dalam rangkulan Luthfi.

"Raja!"

"Jom balik tukar baju" Luthfi terus mendukung Aisy tanpa hiraukan orang tamai yang melihat mereka. Adam berpeluk tubuh dan ukir senyum bahagia. Nakal sungguh pasangan ini.

Aisy jeling Luthfi yang sedang membantunya menanggalkan cat yang masih bersisa di tangan. Luthfi khusyukkan diri walaupun dia rasa segan dengan renungan dalam dan lama Aisy.

"so, all this time, you busy siapkan rumah tu la ya?"soal Aisy pecahkan rasa sunyi itu. Luthfi pandang Aisy dan membalasnya dengan anggukan je.

"sorry, salah faham" pinta Aisy dan Luthfi senyum.

"I akan tolong you hiaskan rumah tu. Kita akan sama2 buat. Ya?"

"ya. Surprise aku pun dah tak jadi. Kau dah rosakkan semuanya"

"I tak ada niat pun. Penasaran je. You tu macam jadi suami curang je"

"I what?!" Soal Luthfi tak berpuas hati dengan panggilan itu. Aisy ukir sengih dan buat tak layan je apa yang Luthfi tanyakan itu. Dia pasti yang Luthfi dengar yang dia panggil Luthfi 'suami curang'. Hahaha.

"kau ni memang sengaja nak cari pasal kan?" Soal Luthfi buat2 merajuk dan Aisy gelak besar pula. Dia tak pernah nak tengok Luthfi sampai tahap nak merajuk macam ni. Aisy dekatkan dirinya dan mencium hujung hidung Luthfi sehingga Luthfi terngadah.

"i like your nose" ujar Aisy sambil tersenyum simpul. Luthfi dekatkan dirinya dan hujung bibir Aisy dicium sekilas.

"i like your lips" balas Luthfi balik, sengaja nak berikan natural blusher.

"i like it" gumam Aisy perlahan dan Luthfi membesarkan matanya.

"i can give you more..." pelawa Luthfi bergurau dan Aisy tergelak sambil gelengkan kepala.

"tak nak dah?" Soal Luthfi sakan.

"lain kali" jawab Aisy dan gigit bibir bawahnya. Luthfi malah senang dengan jawapan sedemikian.

Seronok betul hiaskan rumah sama2 sampaikan orang lain dah tak jadi tumpuan mereka berdua. Aisy dan Luthfi seakan berada dalam hidup mereka sendiri. Orang lain yang banyak menolong seakan tak dihargai. Hihihi.

"aku lebih suka dua orang ni gaduh daripada rasa diabaikan macam ni" rungut Jai bila Aisy dan Luthfi tak pedulikan mereka langsung. Luthfi menyekeh kepala Jai yang mengada. Aisy senyum je sebab tahu yang Jai tak maksudkannya.

"aku tak mintak pun korang tolong. Korang tu yang rajin sangat" balas Luthfi tanpa rasa berdosa langsung dan kawannya menumbuk bahunya keras.

"kalau marah pun, janganlah dera suami I" Aisy mengusap belakang Luthfi lembut menyebabkan yang lain tayang muka menyampah. Luthfi pegang lembut jemari Aisy dan tersenyum bahagia.

"mula dah!!!" Jerit Adam, Rezman, Jai serentak dan mereka terus keluar dari rumah itu. Aisy ketawa besar dengan respon mereka bertiga. Dasar lelaki2 pelik.

Aisy tak pasti kenapa dia sangat bersemangat untuk siapkan bilik tidur mereka terlebih dahulu. Walaupun rumah barunya dan Luthfi sudah siap sepenuhnya. Hanya tinggal untuk belikan perabot je. Aisy dah advance belikan katil dan almari di dalam bilik tidur mereka.

Dinding kaca yang setentang dengan laut menenangkan Aisy. Luthfi memang pandai memilih tanah dan bentuk rumah. Aisy tampalkan gambar kahwin mereka di sekitar kaca sebagai frame. Rare sikit!

katil dihias dengan cantik dan semuanya lengkap. Hanya bilik tidur yang siap dengan sempurna dan menjadikannya seakan rumah itu sudah siap untuk terima tuannya.

Aisy menghantar SMS kepada Luthfi supaya datang ke rumah mereka. Aisy letakkan telefon dan dia menukar kepada gaun yang dia baru sahaja dia beli. Khas! Untuk suaminya. Heh! Agak seksi tapi, why not, berdua dengan dia je kut nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience