15.0

Romance Series 20523

"Kau lah, time cuti tak ada nak contact kitorang langsung. Hilang macam tu je. Lepas tu setelah sekian lamanya tiba-tiba kau upload gambar kat instagram ada kat overseas. Souvenir pun tak ada pulak tu" cebik Alia. Aku ketawa biasa aje mendengarnya.

"Lepas tu bila kita cari kat kedai mak dia, dia asyik takde je kan? Ha kau pergi mana masa tu? Mak kau kata awal cuti je kau kerja lepas tu dah berhenti. Adik kau dengan sepupu kau tu je yang selalu datang" tambah Nana pula. Alah ni masalah peribadi kot? Yang mama ni pun patutnya cover lah aku. Ni mama cakap aku berhenti je pulak adoi.

"Aku....... em aku ada lah hal aku. Ala yang souvenir tu........ masa tu aku tak sempat nak tukar duit so aku tak dapat nak beli apa-apa. Ala sorry lah eh korang? Nanti kalau aku pergi lagi sekali aku belikan okay?" soalku cuba nak ambil hati.

Masing-masing geram dengan aku hoho. Tapi apa aje aku boleh buat? Aku belum bersedia nak bagitahu mereka yang aku ni dah bersuami. Dah lah nikah tak jemput pulak kan?

"Yang tu ok lagi. Ni yang pasal hilang tanpa khabar ni. Kau buat apa Lia hilang dekat sebulan? Phone bukannya takde"

"Hari tu phone aku rosak. Lepas aku tukar phone, aku baru teringat yang contact aku simpan dalam phone bukannya dalam sim. Ala korang ni..... sorry lah...... " muka seposen aku tunjuk. Nak menagih simpati lah kononnya hihi.

"Yelah kau. Nasib baik kitorang ni sayang kau tau" tambah Amy lagi. Aku sengih aje lah. Tapi bila sebut pasal sayang......... uish dah pukul 1 dah. Patut ke eh aku call Arash? Ah tapi malu lah pulak bila teringat dia cakap I love you kat aku tadi hihi. Indahnya perasaan ni.......... eh jap, indah? Ah gilanya aku ni!

"Talia! Woi sejak bila kau pandai berangan ni?" soal Amy. Aku sengih lagi. Aish kau ni kan Talia asyik nak berangan aje.

"Kitorang nak pergi makan kat kafe tu, jomlah pergi sekali" pelawa Amy. Aku berfikir sejenak. Tapi Arash dah makan ke belum eh masa ni? First day kerja mesti busy jugak kan? Em takpe lah, kita whatsapp je.

"Em korang pergi lah dulu, nanti aku datang"

"Ha kau jangan lama-lama sangat pulak tau" pesan Nana. Aku angguk beberapa kali dan senyum.

Jap, nak call ke tak eh? Call ...... Tak.... Call.... Tak.... Tiba-tiba telefonku berbunyi.

"Abe is calling"

Uish terus dia call aku. Ni kuasa telepati ke macam mana ni?

"Hello assalamualaikum sayang"

Belum sempat aku nak kata apa-apa dia dah bersuara dulu.

"Waalaikumussalam. Ha kenapa call?" soalku spontan.

"Kenapa? Sampainya hati Lia tanya macam tu dengan abang"

Alalala hahahaha

"Ok ok. Ye abang kenapa call kita eh?" soalku lagi sekali. Suara acah comel gitu.

"Lia mesti rindu abang kaaaan?" soal Arash dalam nada yang nakal. Eh eeee perasannya. Aku cuma teringatkan dia aje bukannya rindu. Kot lah.

"Cakap lagi macam tu saya end call nanti" ugut aku sekali. Dalam hati ni sudah mengekek ketawa kehkeh.

"Eleh, mengaku je lah yang Lia teringat kat abang. Takpe lah abang faham Lia malu......"

"Eh mana ada!" potong aku laju. Terkuat pula suara. Orang yang lalu-lalang di sekitarku memandangku pelik aje.

"Entah-entah dia yang rindu kita. Awak rindu saya ehhhhh? Sebab tu call sekarang ni kan?" soalku sengaja nak cover yang tadi punya. Aku dapat dengar tiba-tiba aje Arash jadi kalut. Alalala rindu si isteri ye encik suami ni.

"Em.... ni..... Lia dah makan ke belum?" soalnya. Takpe lah Talia, dia malu tu.

"Belum lagi, kawan saya baru je ajak saya makan. Abang macam mana? Dah makan?" soalku pula. Tiba-tiba aje panggilan dimatikan. Aku lihat skrin telefon. Bateri banyak lagi. Line pun penuh. Nak kata takde kredit......... dia yang call aku tadi. So apa masalahnya?

"Ehem ehem"

Seseorang berdehem dari belakangku. Aku pusing tanpa memikirkan apa-apa dan........ Arash? Gosh kalau kengkawan aku nampak ni habis lah aku!

"Abang, abang buat apa kat sini?" soalku hampir berbisik. Arash masih tersenyum lebar memandangku. Pakaiannya masih kemas seperti pagi tadi cuma lengan kemejanya dilipat hingga ke siku. Sejujurnya aku memang agak mencair di sini bila melihat Arash melipat lengan bajunya hingga ke siku. Caiyaq gitu

"Jom, pergi makan" ajaknya pula. Terbeliak mata den. Pergi makan? Masa ni?

"Takkan saya nak keluar macam tu je? Sekarang tengah rehat sampai pukul 2.30 ............ " kata-kataku terhenti seketika. Yelah, lama jugak tu sampai 2.30

"Ha kan lama rehat, so boleh lah kita keluar kan?" soal Arash. Terus dia berjalan mahu pergi. Boleh tu memang lah boleh tapi........ ah diorang yang lain mesti tengah tunggu aku.

"Talia, lama betul kau hilang. Pergi mana? Kitorang pun dah habis makan dah" kata Amy yang entah dari mana datang. Alia dan Nana juga ada bersama.

"Ha tulah. Ni aku ada belikan nasi ayam untuk kau" kata Nana pula sambil dia tunjukkan sebungkus nasi ayam kepadaku. Alamak....... macam mana ni?

"Lia...... em jap, korang ni kawan Talia ke?" soal Arash yang juga muncul dari mana aku tak tahu. Aku pandang Arash, kemudian aku pandang mereka bertiga pula. Aku telan liur aje. Omg apa aku nak buat ni............

"Ye. Awak ni siapa?" soal Amy dengan beraninya. Aku ketap bibir pula. Ah Amy ni bahaya sikit. Disebabkan mereka semua tahu aku agak takut bila berhampiran dengan lelaki, maka mereka lah penyelamat aku bila ada lelaki nak kacau aku.

"Saya nak pinjam kawan awak ni sekejap so....... before 2.30 saya pulangkan dia balik okay? Nasi ayam tu korang makan lah." terus Arash menarik tanganku dan pergi dari situ. Aku pula tak membantah. Macam mana nak bantah kalau dia ni suami aku? Ha nak jadi isteri derhaka ke?

Masalahnya kawan baik aku pun tak tahu yang aku ni dah kahwin. Aduh masalah, masalah.

Sambil aku berjalan menuju ke kereta, satu pesanan aku hantar dalam group whatsapp kumpulan kami.

"Aku mintak maaf sangat-sangat sebab pergi macam tu je. Super sorry guys ??" send.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience