6.0

Romance Series 20523

Aku buntu. Mindaku kosong. Tiada apa yang boleh kufikirkan ketika ini. Aku telah bernikah. Aku telah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang telah aku berlaku kasar beberapa kali.

Aku boleh dikatakan lari dari rumah untuk beberapa hari sejak aku ke Melaka minggu lepas. Ya, minggu lepas. Itu lah kau Talia, acah nak duduk lama lagi kat negeri orang tapi sekali bila balik negeri sendiri tak pasal-pasal aje dah kena kahwin. Ah patutnya aku lari aje sampai ke Afrika sana pun takpe.

"Lia! Ya Allah dah berapa lama dah kau termenung kat situ? Semua orang tunggu kau kat depan. Mak ayah mertua kau nak bertolak dah tu" kata Sofea. Aku pandang dia sejenak, lalu aku mengeluh sendiri. Ah, mak ayah mertua........

Pergi di hadapan aje, semuanya sedang bersembang mesra sebelum mak dan ayah mertuaku bertolak ke Uzbekistan. Kata mama, mereka akan menetap di sana. Untuk berapa lama, aku tak tahu lah tetapi lelaki ni akan tinggal di rumah ini bersamaku sehingga....... bila agaknya?

"Talia, salam ummi dengan abi" kata mama serius. Aku terus aje mengucup tangan kanan ibu dan ayah mertuaku tanpa aku menyoal banyak.

"Talia, ummi harap Talia boleh terima anak ummi dengan seadanya ya? Korang berdua kenal-kenal lah nanti" pesan ummi. Aku senyum tawar lagi palsu. Semuanya terasa nyaring aje di gegendang telingaku tapi tak pula aku menangis.

Selepas kereta yang dinaiki ummi dan abi hilang dari pandangan, aku terus berlalu ke arah Vespa merah milikku. Enjin dihidupkan dan aku cuba tunggang keluar dari kawasan rumah.

"Lia, nak pergi mana?" soal Naufal. Entah kenapa aku terasa seperti mahu memarahi semua orang aje hari ini. Lihat muka Naufal pula membuatkan hati aku makin terasa mahu memberontak. Entah mengapa aku sendiri tidak pasti.

"Nak keluar. Nanti Lia balik lah" jawabku sinis. Naufal mula mengecilkan kedua-dua matanya memandang ke arahku.

"Lia sepatutnya cakap dengan Arash nak keluar. Lia tahu tu kan?" soal Naufal pula. Ah makin panas pula hati ini. Naufal cuba menghalang jalanku dengan mendepakan tangannya pula. Ingat tengah main galah panjang ke? Kalau ikutkan hati, mahu aje aku langgar dia terus tetapi disebabkan punya rasa sayang terhadapnya maka aku kuburkan aje lah niatku tadi.

Aku memandangnya sejenak, akhirnya aku matikan enjin. Aku naik ke bilik. Kali ini betul-betul aku terasa mahu menangis. Seperti biasa, port menangis aku di dalam almari bajuku sendiri. Dek kerana ruang yang agak besar di bahagian bawah baju yang tergantung, aku duduk di bawahnya. Akhirnya air mata perempuanku mengalir ke pipi. Laju. Kutekup mulutku sendiri agar tiada bunyi yang terhasil dek tangisan ini.

Perit. Mengapa aku yang perlu bernikah dan bukannya Naufal atau angah? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku yang satu-satunya perempuan ini yang bernikah dahulu? Tak sempat aku menghabiskan zaman "single" aku.

Tiba-tiba aku terdengar pintu bilikku dikuak, mungkin ada orang. Aku cuba melihat disebalik celah yang ada di pintu almari ini. Wajahnya tak kulihat, hanya kaki yang aku nampak. Ah lelaki ni. Lelaki yang bergelar suami kepadaku. Menyampah pula aku melihatnya.

Dia seperti mencari sesuatu di dalam bilik ini tetapi entah apa benda agaknya? Kemudian dia buka pintu bilik air dan menjenguk ke dalamnya. Tak lama kemudian dia keluar dari bilik air itu. Semua sudut bilik diperhatinya tetapi pandangannya dihentikan di almari yang kududuk ini. Dia berjalan menuju ke arah almari ini. Ah tengah cari aku rupanya.

"Mungkin Talia belum boleh terima semua ni tapi abang faham. Duduk lah dalam tu lagi ya? Abang nak turun bawah." terus dia berlalu keluar dari bilikku. Abang? Siapa nak jadi adik dia? Gegeli aje aku mendengarnya tapi tak sangka pula itu aje tindakannya selepas menyedari kehadiran aku di dalam almari ini. Aku sangkakan dia mahu memujukku atau apa. Jap, kenapa dia nak pujuk aku pula? Ah mengarut lah kau Talia!

Akhirnya aku menangis kembali........ hingga lah pandanganku gelap.

*****

Aku terasa selesa ketika ini tapi kenapa ya? Mungkin aku berada di atas katil ketika ini. Eh jap, bukan ke aku menyorok dalam almari baju tadi? Akhirnya aku sedar, ada seseorang di sebelahku dan tanganku seolah-olah sedang memeluk sesuatu. Perlahan-lahan aku toleh ke arah sebelah kananku. Ke aku peluk hantu?

Ah! Terus aku bangun duduk! Macam mana aku boleh tidur celah ketiak lelaki ni? Boleh pula aku peluk tubuhnya? Gila lah kau Talia! Dia bergerak sedikit ke kanan selepas aku bangun. Ah apa aku buat ni?! Kata tak suka tapi boleh peluk-peluk dia pulak?! Aku lihat pakaianku pula. Bukan ke semalam aku tak tukar baju? Bukan ke aku pakai baju kurung masa aku menyorok semalam? Ah tidak! Aku dah tak suci!

Aku turun dari katil, terus aku melarikan diri ke dalam almari baju semula.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi beberapa kali. Aku tidak dapat melihat dari sini kerana keadaan bilik yang gelap dan hanya disinari lampu bilik air. Akhirnya bunyi itu mati dan aku pasti dia menutupnya. Kemudian bilik ini kembali senyap. Tiba-tiba juga pintu almari ini dibuka. Aku mendongak ke atas memandangnya. Dia juga memandangku kemudian dia bercangkung di hadapanku.

"Talia, buat apa dalam ni? Tak takut ke kalau ada hantu ke .... ada jelmaan apa-apa ke .... tak takut?" soalnya pula. Terus aku melompat keluar dari almari tetapi tersasar pula. Aku melompat ke arahnya menyebabkan aku terjatuh betul-betul di atas tubuhnya. Ah malu malu malu malu! Terus aku bangun dan tidur di atas katil. Aku tarik selimut menutupi hingga ke wajahku sendiri. Aku dapat dengar suaranya yang tergelak kecil. Ah nak gelak-gelak pulak.

Kemudian aku dengar pintu bilik air dikuak. Ah malu dan takut menerpa diri sekaligus! Tidak lama kemudian dia keluar dari bilik air. Aku dapat rasa suatu pergerakan di hujung kakiku ini. Terus aku pejamkan mata.

"Bangun lah sayang oi, kita solat subuh sekali" katanya. Aku masih pegun di bawah selimut ini. Malu dan takut!

"Nak bangun ke nak abang angkat sampai ke toilet? Abang boleh je nak angkat Talia sampai ke toilet tu. Bukannya jauh pun. Ke nak abang kiss kiss dulu?" soalnya pula dalam tawa kecil. Aku tarik selimut yang menutupi wajah. Ish geramnya! Terus aku bangun ke bilik air.

Usai solat subuh, aku mecium tangannya. Alah bukannya aku nak pun, dah dia hulur tangan aku salam aje lah. Kalau melawan kang jadi isteri derhaka pula. Baru aje semalam kita bernikah hm.

Aku terus mahu bangun meninggalkan dia di atas sejadah, kemudian tanganku ditariknya. Aku memandangnya tak puas hati, kemudian dia beri isyarat mata menyuruh aku duduk semula. Tanpa membantah aku duduk juga walaupun hati tak rela.

"Mungkin Lia tak setuju dengan semua ni, sama jugak macam abang. Abang pun tak tahu sebenarnya siapa yang akan jadi isteri abang tau.... "

"Yelah tu tak tahu. Mama cakap mama ada jumpa dengan awak lepas tu awak cakap awak tak kisah pun nak kena kahwin dengan saya" kataku sinis. Laju aje aku potong. Konon lah tak tahu padahal dia memang dah rancang nak kahwin dengan aku.

"Ya abang mengaku masa tu abang memang tak kisah tapi mana lah abang tahu Lia lah anak kawan ummi yang abang kena kahwin tu. Lagipun mak su cakap dengan abang nama dia Irdina. Lepas abang dengar nama tu and bukannya nama Lia, abang terus takut nak kahwin tahu tak?" soalnya pula. Tanganku dipegangnya makin kuat. Terkebil-kebil pula mataku memandangnya.

"Sebab tu abang gigih jugak cari Lia. Bila dah jumpa, Lia pulak tumpahkan air teh panas tu kat kaki abang. Masa Naufal letak ais kat kaki abang tu, tiba-tiba abang dengar Lia kena marah dengan mama. Lepas tu mama suruh Lia balik. Ha lagi lah abang tak tenang tau"

Aku masih diam dan pegun mendengar ceritanya. Malas nak dengar sebenarnya tapi entah kenapa aku terasa berminat mahu mendengar?

"Tiba-tiba Naufal cerita kat abang pasal Lia kata nak pergi Melaka bila dapat cuti. Petang tu jugak abang pergi Melaka tau sebab nak cari Lia. Mula-mula abang ingat macam dah tak ada harapan dah nak jumpa Lia sebab Melaka tu besar tapi tak sangka pula abang terjumpa Lia kat tepi pantai tau"

Eleh ingat sweet lah tu terjumpa kat pantai pulak eceh. Klise pulak aku dengar cerita dia ni.

"Tapi lepas Lia cakap kat abang hari tu..... abang memang terasa. Tak sangka Lia akan cakap macam tu dengan abang. Lepas tu abang terus balik rumah. Kecewa hati ni. Masa tu memang ready je nak kena kahwin dengan someone yang bernama Irdina ni. Semalam pun abang langsung tak pandang Lia sebelum kena sarungkan cincin. Bila abang pandang Lia lepas tu..... abang bersyukur sebab abang bernikah dengan Lia" dia tersenyum manis pula memandangku. Aku jadi malu. Terus aku pandang ke bawah.

"Awak tahu ke tak nama saya apa sebenarnya?" soalku.

"Takk, abang tahu nama Lia, Lia je. Itu pun sebab abang dengar mama sebut. Tapi abang tak nak lah sedapkan hati sendiri cakap Lia ni Talia. Haish gigih betul abang cari Lia masa tu" dia menguak rambut hadapannya ke belakang pula. Eee poyonya mamat ni. Terus aku tergelak memandangnya. Ketika ini seolah-olah aku telah lama mengenalinya pula.

"So awak memang nak saya kahwin dengan awak lah selama ni?" soalku lagi.

"It's first sight love sayang" dia senyum manis lagi memandangku. Terus bola mataku ini menilau-nilau ke arah lain. Tak tahu nak lari mana pandangan mata ni. Jap perasaan apa ni?

Dan...... kalau dia lah anak kawan mama tu, so.......

"So awak lah yang suka surfing tu?" soalku laju. Dia memandang pelik kearahku. Kemudian wajahnya seolah-olah tersedar sesuatu. Tiba-tiba dia pandang ke bawah pula. Dah kenapa? Aku perhati aje gelagatnya. Malu ke apa? Dia diam lagi, lama. Telinganya pula menjadi kemerah-merahan. Kenapa perlu malu?

"Kenapa nak malu?" soalku jujur. Tak perlu kot aku menapis-napis ayatku sendiri?

"Ma... mana ada saya malu" jawabnya pula. Eh tadi bangganya dia gelar diri dia abang dengan aku, ni terus jadi saya pulak?

"Eleh dah malu tu cakap jelah. Betul lah kan awak yang suka surfing tu? Kenapa tak ada gaya surfer pun eh?" soalku jujur lagi. Memang tak ada gaya seorang surfer. Kulitnya putih bersih aje. Hanya ada sedikit bahagian di lengannya yang mempunyai warna tidak sekata. Bidang badannya juga agak lebar tetapi....... kenapa lelaki rumpai laut tu lagi nampak macam seorang surfer eh?

"Itu sebab saya pakai produk...." terus dia mengetap bibir. Hahahahahahaha lelaki pakai produk kecantikan juga ya?

"Ala tak payah malu lah awak. Lama-lama nanti saya akan tahu jugak benda yang awak tak nak saya tahu so baik bagitahu awal-awal je" aku bangun mencapai tuala mandi dan pakaianku lalu masuk ke bilik air.

Aku.... kenapa aku bercakap dengan dia seolah-olah aku dah lama mengenalinya? Kenapa aku seolah-olah..... tak takut dengan lelaki lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience