2.0

Romance Series 20523

"Ha!!"

"Eh meletop kau! Ish Naufal! Tak lawak lah!" teriakku sendiri. Kurang asam betul Naufal ni. Dibuatnya kalau aku ni ada sakit jantung, dah tak berdenyut dah jantung aku ni agaknya. Satu jelingan maut aku bagi sebelum aku berpaling ke arah tv semula.

"Asal ni Lia? Termenung ke tengok tv? Ke tv tu yang tengok Lia?" tiba-tiba Naufal tergelak sendiri. Entah apa benda yang lawak aku tak tahu lah. Ah pedihnya hati ni bila teringat apa yang terjadi siang tadi.

"Pergi main jauh-jauh lah. Takde mood nak berlawak" omelku. Masam aje muka ni. Mungkin terlebih makan jeruk tadi kot? Naufal ambil tempat di sebelahku. Aku buat tak endah aje dengan kehadirannya.

"Lia~ Orang ada beli pizza kat dapur tu. Nak tak? Baru ingat nak ajak share, tapi kalau tak nak takpe lah" kata Naufal dengan nada mengumpan. Memang saje nak umpan aku tau! Ish taguna Naufal nih. Pizza, favorite aku tuh! Ah rugi ni kalau tolak rezeki!

"Betul ke tipu?" soalku. Aku kecilkan kedua-dua mataku memandangnya. Naufal tergelak pula memandangku.

"Betul... jom lah" tangan aku ditariknya hingga ke dapur. Ah ada kotak pizza. Nasib baik betul. Ingatkan kena tipu tadi. Aku buka kotak pizza itu dan...... KOSONG?!

"Naufal!!!!!!!!!! " Naufal sudah melarikan diri sambil mengekek gelakkan aku. Eeeee tak sukanya macam ni! Kenapa malang sangat aku ni? Sebab ni lah aku tak suka rapat dengan lelaki tahu? Aku tak suka perangai kolot lelaki ni. Nasib baik juga lah Naufal ni adik aku. Kalau nak cari suami, tak mahu aku cari lelaki perangai macam Naufal ni. Asyik aku je kena tipu. Kenapa entah lembap sangat pergi percaya cakap dia?

Aku mahukan seorang lelaki yang ada ciri-ciri macam arwah baba. Macam arwah baba.

"Ya Allah apa bising-bising ni? Tahu tak dah pukul berapa sekarang? Naufal! Umur tu dah berapa nak main lari-lari lagi?" mama hanya menggeleng kepala aje memandang Naufal. Dia pula dok tersengih-sengih macam kerang busuk. Kemon lah, tu bukannya pujian kot?

"Talia, tahu tak tadi anak customer mama yang beli cupcake tu datang? Dia kata cupcake yang mak dia order tak sampai lagi. Lia pergi mana siang tadi? Mama terpaksa bagi cupcake yang baru. Dua-dua tak boleh harap" terus mama naik ke atas. Aku pandang Naufal dengan pandangan yang tajam. Eeeeee geramnya aku! Kalau aku boleh cekik dia, dah lama dah aku cekik!

*****

"Nak cari kerja? Buat apa? Tolong mama je kat sini kan senang?" soal mama bertalu-talu. Kepala yang tak gatal aku garu. Macam mana nak cakap eh?

"Lia ni kan menyusahkan mama je? Tak boleh diharap, biar lah Lia cari kerja kat luar. Lagipun kalau duduk kedai je bosan lah ma. Lia ingat sebelum sambung belajar lagi Lia nak jalan-jalan cari pengalaman dulu ke.... "

"Hm pergi lah Lia. Mama pun tak suka tengok anak mama ni termenung je hari-hari. Nasib baik lah Naufal tu boleh diharap sikit" eh eh, Naufal boleh diharap ke? Eee panas pulak telinga aku ni dengar. Naufal boleh diharap? Dan aku tak boleh diharap? Menyusahkan? Haish

Akku tunggang vespa merah milikku ke Kuala Lumpur. Aku harap ada banyak kerja kosong lah.

.....

Ah merata dah aku pergi. Tak ada rezeki. Takpe lah Talia, nak buat macam mana? Kerja aje lah dekat kafe mama tu. Aku pergi ke The Coffee Bean. Setelah membeli air Tropical Passion Iced Tea kegemaran aku, aku duduk di sebuah meja yang agak tersorok. Bukannya apa, aku cuma tak suka perasaan diperhatikan orang lain.

Oppo R1S yang aku beli beberapa bulan lepas aku keluarkan. Skrin telefon ni dah retak teruk. Nak beli baru pun, sayang lah pulak. Ni semua Naufal punya pasal! Suka sangat terkejutkan aku sampai aku campak phone aku ke dinding. Nak suruh dia ganti pun, kesian lah pulak. Ah stressnya! Duit pun tak banyak kalau nak beli baru.

"Selamat Datang!"

Uish semangat betul penyambut tetamunya. Aku lihat di pintu masuk, seorang lelaki baru sahaja masuk ke dalam kedai ini. Berkemeja putih, smart juga lah. Eh ee apa aku mengarut ni? Ah jangan terpedaya Talia!

Jap lelaki ni....

Ni lelaki yang semalam tu! Cermin mata yang digunakan hanya ketika baca buku kupakai. Konon lah cover sedangkan bukannya beza mana pun muka bila pakai spec dengan tak pakai. Aku hanya tunduk sambil menyedut air yang dibeli tadi hingga lah aku dapat lihat melalui ekor mataku ada tubuh lelaki yang berdiri di tepi mejaku. Ah habis lah kau Talia!

"Cik.. "

"Aaa sorry sorry sorry sorry encik saya memang tak sengaja campak kek tu kat muka encik semalam" aku hanya tertunduk. Tanpa aku sedari suasana kedai yang tadinya riuh menjadi sunyi sepi. Aku angkat wajahku. Ternyata pelanggan lain semuanya melihatku dan paling malang sekali..... ni bukan lelaki semalam tu!

Dengan malu yang menggunung, aku keluar dari kedai. Aku takkan datang sini lagi! Ah malunya!

"Awak!"

Langkahku terhenti apabila mendengar panggilan itu. Untuk siapa? Dan siapa pemanggilnya? Aku tak berani berpaling malah aku terus lajukan langkah kehadapan hingga lah ada satu tangan yang memegang pergelangan tanganku ini.

"Saya panggil awak lah"

Aku pandang dia dengan mata yang membuntang luas lalu dia lepaskan tanganku dari pegangannya.

"Encik dah dengar tadi kan? Saya cakap sorry tadi. So, sorry. Suka hati je pegang pegang tangan orang" omelku sendir dengan nada tak puas hati. Yelah, suka suka hati dia aje nak pegang tangan kita ni. Tak nampak ke kita ni bertudung?

"Kalau saya tak terima sorry awak tu?" soalnya pula.

"Habis encik nak duit? Maaf lah encik saya nak belanja makan kat luar pun berkira-kira apa lagi kalau nak beli baju" jap apa benda aku pergi cerita kat dia ni? Lelaki ini terdiam sejenak dengan wajah yang bingung.

"Eh, apa-apa jelah tapi saya tak ada duit. Farewell"

"Saya tak cakap pun saya nak duit"

Haish mengada-ngada pulak dia ni. Aku dah tunjuk muka menyampah pun tak faham-faham lagi ke?

"Macam ni lah, meh sini phone encik" sedap aje aku minta telefonnya. Tanpa membantah atau menyoal, lelaki ini memberikan telefonnya kepadaku.

Ush tak ada password. IPhone7 pulak tu. Aku yang guna phone retak ni je pun guna password berderet nombor. Aku masukkan nombor telefonku di dalam senarai panggilan telefonnya.

"Tu nombor saya, kalau encik tak puas hati sangat dengan sorry saya tu encik whatsapp saya. Nanti saya bagi alamat kafe mak saya, lepas tu saya belanja encik cupcake free untuk dimakan ye encik. Farewell" aku mulakan langkah untuk meninggalkan lelaki ini di sini.

"Eh tapi.. "

"Ha, tak ada tapi-tapi. Kalau encik buat perangai annoying, saya tempek kek saiz XXXL pulak kat muka encik okay? Ha farewell lagi sekali"

Wow Talia, beraninya tindakan kamu ya hohoho.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience