12.0

Romance Series 20523

"Minggu depan? Lia tak pernah cakap dekat abang pun yang Lia tengah cuti sem" kata Arash. Berkerut wajahnya memandangku.

"Dah awak tak pernah tanya, saya tak cakap lah" jawabku selamber.

Baru semalam aku pulang ke tanah air. Along kata mungkin dia akan balik raya tahun ni. Aku hanya duduk sehari aje di rumah ummi dan abi selepas Arash cuba memujukku kelmarin.

"Eh eh Lia ni. Abang tak tanya lah sebab abang ingat Lia dah habis degree cuma tengah menganggur je" Arash kembali menonton kaca tv. Aku pandang dia sekali. Ewah dia kata kita ni menganggur pulak.

"Eh saya kerja dengan mama okay sebelum ni. Mana ada saya menganggur" cebikku sekali. Arash pula gelak. Cis. Terus aku bangun mahu naik ke bilik.

"Ha nak menyorok dalam almari lah tu" kata Arash lagi. Aku toleh kearahnya. Dia gelak lagi. Eeeee! Rasa dipermainkan pula tahu?

"Lia, ambilkan epal kat dalam peti ais tu boleh? Ada dalam kotak"

Eh eh dia dah buli kita lepas tu dia suruh kita tolong dia pulak. Tak malunya. Ish Talia! Kau nak jadi isteri derhaka ke? Haaa tak nak kan? So ikut aje lah ye Talia.
"Eh ni iPhone siapa dalam peti ais ni?" soal angah. Langkahku terhenti seketika.

"Siapa je yang nak letak iPhone dalam peti ais?" soalku sendiri. Tiba-tiba Arash berlari ke arah peti sejuk. Sekotak iPhone di tangan angah dirampasnya.

......

"Iyeeeeeeee serious abang beli untuk Lia. Kononnya nak buat iPhone tu jadi apple dalam peti ais and Lia yang jumpa tapi angah pulak yang jumpa dulu" kata Arash. Senyuman masih tak lekang dari bibirku walaupun aku tak percaya Arash membelinya untukku.

"Haish sepatutnya angah ambil bawak naik bilik terus je tadi tau iPhone tu. Melepas. Nanti boleh lah beli satu untuk angah eh Arash?" celah angah selamber. Arash senyum kelat aje memandang angah. Aku pandang angah sekilas.

"Eeeeeee tak malu angah ni. Laki kita belikan untuk kita tapi dia pulak yang sibuk mintak" cebik aku sekali. Arash tergelak pula. Angah buat muka menyampah aje memandangku tapi ada aku kisah?

"Takpe ke awak beli ni untuk saya?" soalku. Yelah, iPhone 7+ ni. Malah kot. Dah lah besar. Walaupun jari dan tanganku agak besar untuk seorang perempuan, tapi aku tak mahu juga pakai telefon yang besar sangat ni. Harga pun lagi berganda dari gaji yang aku dapat dari mama tau.

"Don't worry lah eh Lia? Lagipun phone Lia tu sebenarnya dah lama rosak kan? Bukan nak cakap dengan abang phone rosak. Lepas tu bila abang call abang asyik ingat Lia off phone je tau"

Ha kena balik kau Talia.

"Lia tak suka lah beli something yang bukan dari duit Lia sendiri. Melainkan kalau dah desperate sangat baru Lia mintak."

Tapi aku beli tisu kat toilet pun mintak duit kat along haritu.

"Lah.... abang baru ingat nak bagi hadiah yang abang cakap masa kita kat Uzbek haritu. Tapi kalau Lia tak nak.... takpe la" kata Arash agak pasrah. Eh eeee mengadanya nak merajuk merajuk pulak. Arash terus bangun menuju ke atas.

"Lia, pergi la tengok dia tu. Lelaki kalau merajuk ni bahaya tau. Boleh tejun bangunan" kata angah.

Terjun bangunan? Mana mungkin orang sewaras Arash nak terjun bangunan? Aku pandang angah. Tiba-tiba angah angguk beberapa kali dengan muka confident. Terus aku berlari naik ke bilik.

Arash sedang berdiri di balkoni.

"Eh awak! Kalau ye pun jangan lah terjun!" jeritku spontan. Termengah-mengah aku dibuatnya. Yelah, berlari naik tangga kot.

"Kenapa abang nak tejun pulak?" soal Arash musykil.

"Sebab saya tak terima hadiah awak?" soalku pula. Arash tergelak sekali. Kenapa?

Tanganku ditariknya dan duduk di penjuru katil.

"Lia, abang masih waras lagi lah kalau abang nak terjun ke bawah tu. Lagipun rumah ni dua tingkat je. Orang biasanya terjun bangunan yang mencakar langit, bukannya dua tingkat tau. Ha lepas tu, kalau abang terjun tak dapat lah abang jumpa sayang abang ni lagi kan?"

Dia senyum manis memandangku. Ah kenapa wajahnya begitu menawan sekali? Bagaimana aku mahu melawan rasa tergoda dengan suamiku sendiri ni?

Arash bangun pergi ke almari baju. Satu kotak bewarna coklat diambilnya. Kenapa aku tak pernah perasan pun kotak tu ada dalam almari aku sebelum ni?

"Ni, special untuk Lia"

Dia hulurkan kotak itu kepadaku. Ah rasa bersalah pula.

"Tadi kan dah bagi phone, kenapa nak bagi barang lain lagi?" soalku. Arash buat muka terkejut aje memandangku.

"Tak nak ke? Tak nak takpe..... "

"Eh nak nak!"

Eee sengaja dia buat aku macam ni tau. Arash tergelak aje bila aku mengambil kotak itu. Ish tak sukanya.

Aku buka kotak itu dengan cermat. Kertas-kertas di dalamnya aku keluarkan hingga lah aku ternampak......

Beg kulit!

Inilah beg yang aku nak beli masa kat market hari tu! Tapi tak terbeli pula sebab aku ditinggalkan dia dan hari ini aku dapat juga.

"Abang tak tahu Lia suka yang mana satu.... kalau ikutkan abang nak beli aje semua collection kat kedai tu tapi pak cik tu tak bagi abang beli semua. Dia kata orang lain pun nak beli jugak"

Satu kedai?! Banyak sangat ke duit dia sampai boleh beli satu kedai?

"Eh takpe takpe. Yang ni pun cantik sangat tau. Memang saya ingat nak pinjam duit awak pun masa tu sebab...... "

Terus aku mengetap bibir. Aduh! Terlepas cakap pulak! Arash sudah tersenyum nakal. Aish tulah kau Talia ringan sangat mulut tu pergi cerita buat apa?

"Bukan Lia kata Lia ada duit? Boleh beli sendiri? Ada banyak duit?" Arash makin menghampiriku. Dengan takutnya aku kebelakang sedikit demi sedikit.

"Sebab apa Lia nak pinjam duit abang?" soalnya lagi semakin hampir denganku.

"Se... sebab nak beli beg tu lah!" jawabku semakin takut. Hampir aku nak terbaring.
"Lia kan mampu beli sendiri?"

Aduh memang lah aku kata aku mampu tapi masa tu tengah tak mampu!

"Kan masa tu saya tak ada cash Uzbek so....... "

Terus aku pejamkan mata rapat! Badanku betul-betul sedang terbaring di atas katil. Aku takut mahu melihat.

"So?" soalnya lembut. Aku buka mata perlahan-lahan. Wajahnya betul-betul berada di hadapan wajahku. Hanya ada sedikit jarak aje. Aku jadi pegun.

"So.... so saya tak boleh nak beli lah apa lagi"

Akhirnya dia bangun. Aku kembali duduk. Takutnya tadi tu.

"Takpe lah Lia, sekarang beg tu dah jadi milik Lia dah cuma..... "

Arash memandangku bersahaja. Seolah-olah ada suatu syarat yang mahu dikenakan kepadaku.

"Cuma Lia jangan jual atau bagi beg ni kat orang lain okay? Abang nak Lia jaga beg ni elok-elok" pesan dia. Fuh aku ingat dia nak suruh aku buat apa lah tadi. Tak ke naya aku dibuatnya kalau jadi macam tadi lagi?

"And sebagai balasan, abang nak Lia..... "

Dia memandangku tajam. Nak aku? Nak apa?!

"Abang nak Lia panggil abang as 'abang' okay? And that panggilan for me as your husband, not as your brother" eh eh memang bersyarat betul dia kasi aku hadiah rupanya. Sekarang kau dapat pengajarannya Talia, setiap pemberian mesti ada balasannya, and mesti ada bayarannya. Haish.

"Kalau macam tu...... " aku bersuara. Arash sudah tersenyum bangga. Bangga sangat ke kalau aku panggil dia abang? Gegeli sebenarnya.

"Kalau macam tu, awak ambil lah balik phone dengan beg ni. Lagipun saya boleh je guna phone tekan-tekan mama tu and beg saya pun semuanya okay lagi. So, thank you but I'm not interested with your bargain" terus aku bangun mahu meninggalkan dia di sini. Ah tapi rugi juga kalau tak ambil!

"Lia, sampainya hati Lia buat abang macam ni. Abang terjun balkoni tu nanti" katanya dengan nada yang pasrah lagi. Aduh Arash ni bab berlakon memang agak bagus juga lah. Berani ke dia nak terjun situ?

"Macam berani" jawabku selamber. Takpe takpe, kita tengok apa dia nak buat.

"Ingatkan Lia dah boleh terima abang. Rupanya belum lagi...... "

Aku tersentak seketika. Ah.... siapa kata aku belum boleh terima dia? Hampir dua minggu aku bernikah, setakat ini semuanya aku boleh terima dan aku cukup bersyukur dapat dia sebagai suamiku walaupun perangainya yang serba serbi nakal dan manja tapi......... kau ni sempurna sangat ke Talia?

Aku lihat Arash. Nampaknya dia betul-betul berjalan ke balkoni semula. Kakinya diangkat dan...... dia betul-betul naik ke atas tu?!

"Eh awak ni dah gila ke?!" jerit aku. Terus aku berlari kearahnya. Pantas aku menarik lengannya.

"Awak... "

Tiba-tiba dia jatuh. Aku pun terus terduduk.

"Awak! Arash! Bangun lah....... jangan lah main-main. Tak lawak kot." Lengannya kugoncang-goncang beberapa kali.

Belum terjun ke bawah lagi dia dah pengsan, apa aku buat tadi?!

"Awak, bangun lah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience