17.0

Romance Series 20523

"Oh okay" balasnya ringkas. Arash masih lagi melihat telefonnya. Geram pula aku. Masa orang cakap bukannya nak fokus. Terus aku menarik telefon dari genggaman tangannya.

"Lia........ " akhirnya baru lah dia memandang kearahku. Nampaknya telefon pintar ni memang menguasai minda orang.

"Bila saya bagitahu, boleh awak dengar? Nanti kang awak cakap saya tak balik rumah tanpa izin awak pulak. Lepas tu... "

"Tak balik? Kenapa tak balik pulak? Abang buat apa dengan Lia? Apa salah abang? Kalau ye pun jangan lah sampai tak balik" bertubi-tubi pula soalannya. Ha tulah, main lagi telefon tu.

Tapi ni....... sedap jugak nak berlakon ni. Dah alang-alang ada anugerah pelakon terbaik dalam adik-beradik kau ni kan Talia hehe.

"Kalau saya duduk dalam rumah ni pun...... hm tak tahu lah. Asyik kena buli je. Tak balik seminggu pun takpe kot? Ingatkan kalau kemas baju time awak main phone tu...... tak perasan lah rupanya perasan...... " sengaja aku berkata begitu dengan nada yang acah-acah kecewa. Aku kembali duduk mengemas beg pakaianku.

Eh jap, aku cakap apa eh tadi? Ish mereng lah kau ni Talia! Kejap cakap macam tu, kejap cakap macam ni.

"Lia...... " Arash mencapai tanganku dengan lembut seraya dia duduk bersila di sisiku.

"Abang mintak maaf okay sebab selalu buli Lia? Abang bukannya apa buli-buli tu..... buli pun sebab....... em sebab..... "

"Sebab apa?" laju aku potong.

"Sebab abang sayang Lia la!" padu jawapannya. Laju juga dia menjawab secara spontan HAHAHAHAHA. Terus dia ambil baju yang aku lipat menutupi wajahnya. Eh, macam ni ke lelaki malu?

Ah aduh kenapa suami aku malu dia macam ni? Sumpah lawak HAHAHAHAHAHA. Sejujurnya aku agak terkejut bila dia memotong aku laju lepas aku potong dia tapi tak sangka pulak yang itu jawapannya.

"Ish meh sini baju tu. Orang dah lipat dia ambil pulak. Habis kena lipat balik" omel aku sendiri. Ok Talia takmo gelak lagi. Kita tengok malu dia macam mana. Sedaya upaya aku menarik baju di wajahnya tetapi dia enggan lepas pula.

"Hei, tu bantal atas katil tu banyak. Abang pilih je mana satu abang nak buat tutup muka. Yang ni, Lia punya. Let go lah eh? Bukan boleh buat peluk pun" cadang aku pula. Tapi takpe lah, kita bagi masa kat dia dulu.

"Kenapa nak peluk pulak?" soalnya. Aku berhenti melipat baju lagi.

"Mana lah tahu abang rindu Lia ke kan?" terus aku gelak mengejek. Nak ke dia rindu kita? Perasan je lah kau ye Talia.

"Ala sorry la sayang........ Lia nak pergi mana sebenarnya ni? Sampai tak balik pulak tu. Ala Lia jangan lah tinggalkan abang....." terus dia campaknya baju kita tu. Ewah ewah laki ni kan, haish nasib baik suami aku. Kalau Naufal ke angah ni memang dah kena dah setempek dengan aku.

"Ha tulah. Lain kali kalau kita cakap tu jangan dok main phone je. Merajuk nanti baru tahu" omel aku lagi. Tiba-tiba badanku ditarik dalan pelukannya dari tepi. Dah lah main tarik aje kita ni lepas tu dia bawak berguling atas lantai ni pulak aduhh.

"Eeee apa awak ni..... saya nangis nanti kang baru tahu" rungut aku. Mengekek Arash ketawakan aku yang dibuli. Macam ni ke kata sayang? Tapi dibuli. Adakah satu kekejaman merupakan tanda kasih sayang seseorang?

"Cakap cepat, Lia nak pergi mana sebenarnya?" soal Arash. Aku masih lagi berada dalam dakapannya terbaring di atas lantai dan langsung tak boleh nak bergerak. Beberapa kali aku cuba menarik tangannya tetapi tahu aje lah tenaga lelaki ni macam mana kan? Aduh dia ingat kita ni nak bergusti ke?

"Okay okay. Lepas dulu"

Akhirnya dia lepaskan aku dan aku terus duduk bersila.

"Saya join fakulti bahasa punya program. Diorang buat Language Camp kat sekolah. So saya akan tidur kat sana. Berapa hari tu tak tahu lah tapi standard kem dua tiga hari macam tu je. So sekarang, saya nak kemas baju. Jangan kacau okay?" Aku kembali mengemas. Jap kenapa banyak sangat barang aku bawak? Bukannya seminggu pergi sana. Ah pergi tidur kat sekolah je kot Talia.

"Kalau...... " Arash bersuara lagi. Aku diam aje menunggu kata-katanya. Akhirnya siap semua barang aku.

"Kalau..... "

Aku pandang Arash. Kalau apa lagi ya Allah suami aku ni.

"Kalau apa?" soalku.

"Kalau abang rindu Lia macam mana?" soalnya laju. Alahai kenapa sweet sangat suami aku hari ni? Terus aku tersenyum mendengar persoalannya. Tak sangka jugak dia terfikir pasal rindu eh?

"Bukan apa, nanti abang nak buli siapa lagi kalau Lia takde?" soalnya pula. Dia kembali tenang. Eleh control macho pulak hehehe.

"Pergi lah buli Naufal tu" cebik aku sekali. Aku bangun meletakkan beg di tepi pintu. Tiba-tiba tanganku dicapainya.

"Lia, I'm serious. But not about bullying you" terus nada suaranya bertukar tegas. Ok nampaknya bukan main-main ye Talia.

"Abang, apa gunanya telefon canggih abang tu? Abang still boleh call Lia, whatsapp. Tapi berkemungkinan jugak Lia tak jawab or reply lambat nanti sebab busy"

Macam nak pergi jauh aje kita ni hihi. Bangga pulak aku nak tinggalkan rumah.

"Ha see?" soalnya pula.

"See what? I can see that you will miss me right?" soalku pula dengan nada mengusik. Terus Arash mengeluh.

*****

"Besar jugak sekolah ni kan?" soal Zuliana kepadaku. Aku mengangguk laju. Kebanyakan pelajar yang mengikuti perkemahan ini mengambil major Linguistik dan Tesl. Cuma ada beberapa orang sahaja yang datang dari major selain yang melibatkan bahasa.

"Kalau tak silap, sekolah ni sekolah sukan" tambah Eilya pula. Aku dan Zuliana terus aje meng'ohhhhh' panjang.
Nampak macam sekolah biasa aje tapi berasrama. Maka aku dan mereka yang lain akan menginap di asrama sekolah ini.

Setelah semua pelajar berkumpul di dalam bilik prep, maka aku dan facilitator yang lain berkumpul di belakang para pelajar. Teringat pula zaman aku tinggal di asrama sekolah dulu hihi.

"Talia! Turn kau intro diri kau pulak lah!" bisik Syahidah yang berdiri tidak jauh dariku. Terus kelam kabut aku dibuatnya.

"Em....... aaa..... nama saya...." semua mata memandang ke arahku. Aku berdehem sekali sebelum aku mula berbicara lagi.

"Nama saya Talia Irdina, umur........ 22 tahun.. ha tu je kot?" aku pula yang menyoal mereka. Tiba-tiba mereka ketawakan aku. Apa yang lawak?

"Akak ambil course apa?" soal seorang pelajar lelaki. Pelajar yang lain juga memandangku menantikan jawapan. Terus aku tersenyum.

"Major eh? Major saya...... em adalah. Masa penutup kem ni nanti datang cari saya, masa tu baru saya cakap okay?"

"Alaaaaaaaaa........ "

Seronok pula bila jadi macam ni hahahahaha.

"Akak single ke tak?" soal seorang pelajar perempuan pula. Jap, kenapa bila sampai kat aku macam-macam pulak diorang tanya aku?

"Eh, kenapa dengan faci yang lain korang tak tanya pun single ke tak? Kat akak korang tanya pulak" sengaja aku berkata begitu. Lawa sangat kot hakak ni hehe.

"Alah jawab je la kak Talia oi" bisik Zuliana pula sambil ditolaknya lengan aku menggunakan sikunya.

"Hm....... ada lah" terus mereka meng-'ala' lagi sekali.

"Ha okay okay, sekarang semua orang ambil satu kertas yang akak Julia kita ni bagi untuk bentuk kumpulan korang"

.....

Setelah selesai makan malam, semua pelajar ke surau untuk menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak sekaligus manakala aku yang cuti ni hanya menunggu di dewan makan aje bersama mereka yang cuti.

"Aku tengok budak-budak ni semua.... buat aku teringat zaman sekolah aku yang nakal dulu" kata Eilya sambil dia tergelak sendiri. Yelah, semua orang akan merasa zaman sekolah tu. Aku dulu...... tak aktif pun masa sekolah. Yang paling bestnya bila dapat keputusan SPM, tak ada siapa jangka yang aku akan naik pentas. Yang tu paling best!

"Guys aku balik dulu, nanti bagitau yang lain aku balik" pamit Zack. Semua kelihatan terkejut melihat Zack yang membawa semua begnya sekali.

"Kau nak pergi mana ni Zack?" soal Eilya. Aku dan Eilya saling berpandangan.

"Aku ada emergency ni. Aku balik dulu tau. Sorry sangat-sangat" bergegas Zack pergi meninggalkan aku dan Eilya di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience