24.0

Romance Series 20523

"Sayang next time jangan buat macam ni please, boleh tak?" soal Arash. Aku diam aje mampu. Aku bukan apa, aku tak mahu Arash risaukan aku. Aku tahu banyak lagi perkara penting yang dia perlu buat.

"Lia mintak maaf..." Tak mampu nak cakap lebih lagi sebab penat batok dan rasa bersalah dengannya. Hmm kesian Arash dapat isteri yang manyusahkan.

"It's okay sayang. Abang tak marah pun tapi abang tak nak Lia sorok apa-apa lagi dari abang lepas ni okay? Kalau sakit, tak sihat, bagitau. Kalau rasa almost tak sihat pun bagitau okay?" kata Arash dalam nada yang lembut. Tanganku digenggam kuat. Berkerut wajahnya memandangku. Jelas kelihatan wajahnya yang gusar.

"Okay... Tapi Lia tak nak abang risau je, hmm" balasku perlahan. Tapi betul lah. Aku tak mahu dia risau. Tak mahu dia tak senang nak buat kerja sebab fikiran aku.

"Sayang, abang lagi risau kalau abang tak tahu apa-apa. So lepas ni apa-apa sayang bagitau je okay? Jangan sorok apa-apa. Sayang sorang abang buah hati abang, abang tak nak buah hati lain"

Tanganku dikucupnya lembut. Sayunya hati aku bila Arash cakap macam ni. Terus mengalir air mataku sambil aku senyum. Sedih tapi dalam masa yang sama gembira bila nampak betapa ikhlasnya dia sayangkan aku.

"Sayang... Dah jangan sedih-sedih. Kita tunggu doktor datang, tengok doktor cakap apa okay? Kalau takde apa-apa boleh kita terus balik rumah" kata Arash lagi. Aku senyum semula. Arash mengesat air mata yang mengalir tadi.

Tak lama kemudian seorang doktor perempuan datang ke hujung katilku. Aku rasa dia doktor lah sebab pakai jubah doktor tu.

"Puan Talia macam mana? Ada rasa sesak dada lagi?" soal Doktor ini. Aku cuba menarik nafas panjang tapi aku terbatok. Maksudnya ada sesuatu yang tak kena.

"Takpe, puan baring je ya? Sebenarnya macam ni, berdasarkan apa yang suami puan bagitau kat saya tadi, puan ada demam-demam, batuk, berpeluh masa tidur, tambah lagi hari ni batok berdarah. Saya tak boleh nak bagi puan balik dulu sebab kena buat pemeriksaan lanjut. Kalau ikut symptom ada ke arah tuberculosis atau batok kering tapi saya tak boleh nak sahkan lagi. So puan kena warded dulu dua ke tiga hari, saya proceed dengan x-ray dan test lain so baru kita boleh detect masalah yang sebenar."

Berkerut wajah Arash mendengar penjelasan doktor ni. Faham ke tidak tu aku tak tahu lah.

"Doktor, em.... Bahaya ke tiberkolosis tu?" soal Arash dengan wajah innocent dia haihh la Arash ni, tergelak aku lihat reaksi muka dengan soalannya. Arash terus alihkan pandangan kearahku dengan wajah bingung. Kelakar lah dia ni.

"Kalau tak rawat... Memang bahaya lah. Tapi takpe, saya akan sedaya upaya lah buat apa yang saya boleh buat ya encik? Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ya? Nanti apa-apa encik panggil je nurse tak pun tekan je button kat tepi katil tu" kata doktor lagi dan dia pun berlalu pergi.

"Sayang......." Terus berubah wajah Arash. Dia segera duduk di kerusi yang ada di tepi katil. Tanganku digenggam lagi.

"Takpe abang, inshaAllah takde apa. Abang doakan Lia cepat sihat okay?" Aku cuba nak sedapkan hati Arash, dalam masa yang sama nak sedapkan hati aku juga lah sebenarnya. Takut juga kalau sakit yang serius sampai boleh bawa maut. Allah. Banyak dosa aku kalau Allah tarik nyawa aku ketika ini.

Wajah Arash menunduk di sisi katil, tangan kiriku masih di bibirnya. Tiba-tiba terasa basah. Arash... Menangis ke?

"Abang... Abang kenapa ni? Kan saya ada sebelah abang ni?" Soalku dengan lembut. Haih aku ni dah lah lemah kalau tengok orang menangis. Orang lain menangis, aku pun menangis sekali.

"Abang... tak nak sayang pergi...." jawab Arash tersedu-sedu disebabkan menangis. Sampai begitu sekali dia fikir tentang aku..

"Abang, ajal dan maut semua dah ditetapkan. Kan doktor kata tak pasti lagi Lia sakit apa? Abang sekarang kena doakan Lia supaya Lia cepat sembuh, tak ada sakit yang serious..." Pujukku lagi kepada Arash. Kali ini dia hanya diam sahaja. Sedih sangat agaknya sampai tak boleh berkata apa-apa lagi.

"Abang... Abang tidur dengan Lia boleh? Lia rindu lah nak dengar jantung abang" sengaja aku nak mengusik dia sebenarnya. Kalau ikutkan malu juga lah nak cakap macam ni tapi takpe lah demi sang suami, aku buang aje lah malu ni.

Arash akhirnya mengangkat wajahnya. Senyuman terukir di bibir walaupun pipi dibasahi air matar. Alahai sayunya tengok dia macam ni tapi aku senyum juga lah bila nampak dia senyum.

Aku bergerak ke kiri katil dan aku menarik tangannya menyuruh dia baring di sisiku. Arash tak membantah pula tapi sepatah kata masih belum keluar di bibirnya.

Tubuhku terus ditarik rapat, wajahku di dadanya, degupan jantungnya memang aku boleh dengar, laju. Aku dongakkan kepala memandang wajah Arash. Arash senyum memandangku. Aduh malu lah aku. Terus dahiku dikucupnya. Aku ni malu memang malu lah tapi mahu juga.

"Sayang jangan tinggalkan abang.." sayup-sayup suaranya menerpa telingaku. Risaunya Arash dengan aku. Rasa bersalah pula tapi bukannya aku mahukan pun penyakit ni.

"Tak abang, Lia ada ni dengan abang. Lia pun tak nak tinggalkan abang." Balasku perlahan. Sekali lagi dahiku dikucupnya. Sukanya perasaan macam ni. Rasa selamat, rasa disayangi. Layak ke aku untuk dapat semua ni..

Hi guyss sorry lambat gila update. Busy sangat dengan kelas and all huhu. Please enjoy the reading and comment so author boleh improve lagi okiess

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience