13.0

Romance Series 20613

"Abang? Oh... dia belum sedar lagi. Nanti kalau dia dah bangun Lia call balik okay?" kataku kepada mama di talian. Selepas panggilan dimatikan, aku kembali membaca Hamlet karya William Shakespeare.

Fuh rajin betul aku baca Shakespeare's. Ok sejujurnya aku bukanlah peminat puisi atau buku-buku seperti ini tetapi buku ini adalah pemberian Arash. Katanya kalau baca buku macam ni boleh pandai BI. Sejujurnya juga aku tak akan beli buku ni sebab aku tahu harganya mahal.

"Li.... Lia?"

Suara Arash sayup-sayup aje kedengaran di telingaku. Terus aku letakkan buku di atas sofa dan aku pergi kearah Arash yang terbaring di katil.

"Ye saya kat sini je" bicaraku lembut. Setelah dua hari dia pengsan hari ni baru dia sedar.

"Abang... kat mana ni?" soalnya. Berkerut wajahnya dek sinaran cahaya matahari di tingkap.

"Abang rasa abang ada kat mana?" sengaja aku menyoal. Tiba-tiba Arash bangun terduduk. Tanganku ditariknya hingga aku duduk ke katil. Takut pula aku dibuatnya.

"Lia sebut apa tadi?" soalnya seolah-olah tidak percaya.

Ah tak sukanya situasi macam ni. Malu!

"Aish orang dah buat apa dia nak tu terima aje la tak perlu la nak persoalkan pulak" monolog aku sendiri dengan nada yang perlahan.

"Apa dia?" soalnya. Aku sengih aje sambil aku geleng beberapa kali. Ah malu malu malu malu!

"Abang nak makan? Dah dua hari tak makan mesti lapar kan?" soalku. Ah kau jangan nak geli-geleman ye Talia. Tugas kau sebagai seorang isteri adalah untuk melayan suami! Layan elok-elok, barulah bahagia! You can do this Talia!

"Pandang muka Lia je pun dah kenyang" katanya sambil dia senyum tenang memandangku. Adalah palsu lagi dusta kalau aku kata aku tak tergoda dengan senyuman menawan dia tapi wajahnya ketika ini masih lagi nampak tak sihat. Pucat aje wajahnya. Mungkin sebab tak makan dua hari?

"Jangan nak merepek eh, saya panggil doktor dulu lepas tu saya belikan awak makanan" terus aku bangun dari penjuru katil mahu mengambil beg tetapi tanganku ditariknya pula.

"Panggil lah abang macam tadi........ " muka kesian pula dia tunjuk. Aish Arash ni kalau berlakon memang tak pernah kalah! Boleh dapat award ni tahu? Nak menolak pun............. kejamnya aku menolak permintaan suamiku yang sedang sakit ni sedangkan dia cuma minta aku panggil dia 'abang' aje.

"Okay okay. Abang tunggu sini elok-elok, saya pergi beli makanan ye?" soalku dengan nada yang...... kira elok lah juga. Arash kembali tersenyum panjang. Tanganku dilepasnya lembut.

......

"Petang ni dah boleh discharge? Awalnya." bicaraku sendiri. Arash dan angah memandangku pelik.

"Kenapa? Lia nak abang duduk sini lama-lama lagi ke?" soal Arash kepadaku. Kalau boleh memang lah aku nak balik tapi dia ni dah sembuh sepenuhnya ke?

"Bukan macam tu, awak ni dah sembuh betul ke sampai dah boleh balik?"

"Lia, what did I said about calling me abang?" soal Arash. Angah senyum dan pura-pura tak dengar. Eeeee ni la aku tak suka tahu?

"Eeee yelah yelah. Dah nak balik, balik je lah" terus aku kemas barang-barangnya. Geram ke malu aku tak tahu lah.

"Em, angah pergi jumpa doktor dulu lah" angah pun keluar dari bilik ini. Aku teruskan mengemas. Tak ada lah banyak mana pun barang yang dibawa ni sebab dua hari aje.

Setibanya di rumah, aku terus pergi mencuci baju. Angah pula keluar semula. Nak jumpa kawan katanya. Hanya aku dan Arash aje yang berada di rumah ketika ini.

Aku naik ke bilik setelah mencuci baju. Arash sudah terlena. Aku duduk di sisi katil. Kasihan pula melihat si encik suami ni tak sihat. Wajahnya masih pucat lagi. Aku tarik selimut menutupi tubuhnya hingga ke dada kemudian aku bangun nak ke bilik air tetapi tiba-tiba aje tanganku ditarik Arash.

"Lia, teman lah abang tidur" terkejut aku dibuatnya. Aku sangka dia dah tidur tadi.

"Eh takpe awa.... em, abang tidur lah. Saya nak mandi" bicaraku lembut. Rasa bersalah pula aku apabila teringat tentang di hospital tadi. Tanganku belum dilepasnya lagi.

"Nanti lah mandi. Lia mesti penat kan jaga abang kat hospital? Tidur lah sekali" pujuknya lagi. Haish mana mungkin aku boleh menolak permintaan seorang suami? Nak jadi isteri derhaka ke?

"Awak, saya kena mandi dulu baru boleh tidur. Takpe lah, abang tidur dulu lepas tu nanti saya datang okay?" soalku. Dia senyum kemudian tanganku dilepasnya.

Selesai mandi, Arash masih lagi terbaring di katil. Kali ni tak tahu lah dia berlakon lagi ke apa. Baju yang telah dibasuh beberapa hari yang lalu aku lipat dan simpan di dalam almari. Aku baring di lantai seketika. Siling bilik kutatap lama.

Minggu depan aku dah masuk sem baru, lepas tu ada orientasi untuk junior baru pulak. Aish macam mana nak buat eh? Macam mana aku nak pergi sana dan dalam masa yang sama aku perlu jaga kebajikan suami aku juga? Kalau tak silap aku dapat masuk asrama tapi...... macam mana dengan Arash nanti?

........

Badan terasa letih aje. Jam di dinding kulihat. Dah pukul 2? Mak oi lama betul aku tidur. Aku cuba bangun, tiba-tiba terasa ada sesuatu di perutku. Aku pandang ke bawah, tangan? Jap, aku tidur atas katil? Bukan ke aku tidur kat lantai lepas lipat baju tadi? Alamak aku rasa aku dapat agak situasi sekarang ni.

Aku cuba toleh ke belakang dan........ sangkaan aku sememangnya tepat. Arash tidur mendakap tubuhku dari belakang. Tangan kanannya berlingkar di perutku. Ah tapi kenapa mesti perut? Tak tahu ke bahagian situ sangat sensitif? Dah lah perut ni kedepan sikit. Ah malunya!

Perlahan-lahan aku cuba angkat tangannya tetapi gagal! Makin dia tarik aku rapat dengan tubuhnya ada lah. Jantungku tiba-tiba aje berdegup laju. Ya Allah apa aku nak buat ni? Takkan dia langsung tak sedar dia tengah buat apa?

"Lia nak lari mana?" soal Arash dalam nada yang rendah. Terus aku terdiam. Memang dari tadi diam tapi kali ni rasa macam dah terhenti nafas.

"Lari apanya? Saya nak pergi tengok pintu dengan pagar rumah dah kunci ke belum. Kalau tak kunci kang........ kan bahaya?" soalku cuba berlagak biasa. Kena lah berlagak biasa, kang dia ingat kita ni malu pulak. Malu tu tak boleh tunjuk sangat, memang malu sungguh nanti tahu?

"Bahaya lah keluar sorang-sorang malam macam ni......"

"Kalau macam tu, awak ikut lah sekali. Habis cerita" laju aku potong. Panggilan 'abang' pun dah lenyap dari fikiranku buat seketikanya tadi.

"Nak kena tengok jugak ke?" soal Arash. Aku masih menunggu dia lepaskan tangannya dari perutku.

"Yelah. Kalau orang masuk rumah ni macam mana? Kot saya yang cun ni dia bawak lari, ha awak jugak yang merana nanti" jawabku spontan. Terus aku mengetap bibir. Aduh macam kurang sopan pulak ayat aku tadi. Kasar sangat tak agaknya? Ah aku tak mahu jadi isteri derhaka!

"Kalau macam tu...... biar lah abang peluk Lia. Tak ada siapa boleh amik Lia dari abang" balasnya pula. Makin kuat pula pelukannya. Walaupun aku agak selesa dengan kedudukan sekarang ni tapi........... eh jap? Selesa ke? Ah otak aku ni dah kotor sangat agaknya!

"Eeeee saya nak pergi cek kunci lah" aku cuba lepaskan diri. Akhirnya Arash lepaskan pelukannya dan terus aku bangun menuju ke pintu.

"Pergi lah sorang-sorang. Kalau jumpa 'benda' tu, cakap abang kirim salam tau"

Terus aku patah balik duduk di sisinya yang sedang baring. Eeeee tak sukanya bila orang takutkan aku macam ni! Arash tergelak sendiri pula. Memang lah aku ni konon brutal tapi benda-benda macam tu bukannya tak wujud kan?

"Teman" bicaraku perlahan.

"Hah? Apa Lia cakap?" soalnya dengan nada mengusik. Ish saje je suruh kita ulang. Bukannya dia tak dengar.

"Teman saya" tambah aku lagi. Arash bangun duduk menghadapku.

"Pardon me?" soalnya lagi.

"Teman saya nak tengok pagar tu!" ha eee geram. Tak boleh lah macam ni. Aku tak suka rasa dibuli. Rasa nak menangis. Sumpah aku rasa nak menangis.

"Eh Lia.....?"

Aku diam. Bilik gelap dan hanya disinari dengan sedikit cahaya lampu bilik air maka aku rasa dia tak akan nampak apa-apa yang pelik di wajahku.

"Lia...... abang mintak maaf lah.. abang takde niat pun nak main-mainkan Lia tadi. Abang nak gurau......"

Pantas aku mengesat air mata yang mengalir. Ah lembapnya kau ni Talia! Benda remeh pun nak menangis macam budak kecik!

"Sayang.... abang mintak maaf" terus dia tarik aku ke dalam pelukannya. Dalam masa jantungku yang sedang berdegup laju ni...... tanganku tak pula menolak dari dipeluk. Malah air mata pula asyik sangat mengalir. Aduh kau ingat ni sinetron bawang putih bawang merah ke Talia?

Kus semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience