1.0

Romance Series 20523

"Talia Irdina! Sampai bila nak duduk termenung kat situ? Dari pagi sampai ke tengahari temenung. Tak ada kerja lain ke? Daripada termenung tu baik tolong mama kat kedai, ada faedahnya juga. Ini dok termenung je kat situ. Apa nak jadi lah" omel mama. Aku diam aje mendengar leteran mama.

Hari-hari aku dileter tapi biasalah, kalau mama berleter kat aku memang ada lah benda aku buat. Kalau tak dileter sehari pun bosan juga tahu? Sunyi sepi hidup aku kalau tak dengar mama berleter.

Dengan berat hati, berat lemak, berat badan, berat tulang, aku bangun pergi ke kedai mama dengan Vespa merahku. Sekejap aje mama dah hilang ke kedai. Laju betul tau mama aku ni. Nak tunggang Vespa ni pun terasa berat. Tak kira lagi berat dosa aku lagi haish.

Mamaku memiliki sebuah kafe yang dibina oleh mama sendiri dan arwah baba. Dah lima tahun arwah baba pergi. Kini, mama yang uruskan kafe ni dengan Mak Su aku. Aku pula hanya tolong sikit-sikit aje. Ini pun balik sebab dah grad haritu kehkeh.

"Ni cupcake siapa ni ma?" soalku apabila terlihat sebuah kotak berisi cupcake di atas kaunter. Setiap satu cupcake mempunyai satu huruf yang tertulis di atasnya. "H A P P Y B I R T H D A Y P A P A" . Ni papa mana pulak ni?

"Ni ada customer punya. Nanti bila Naufal balik suruh dia pergi hantar tau. Ni alamat dia. Mama nak pergi belakang kejap, Lia jaga kaunter ni elok-elok. Kejap lagi Mak Su datang" aku angguk aje beberapa kali. Nasib baik ada seorang aje pelanggan sekarang. Tak ada lah susah sangat kerja aku.

Tiba-tiba telefon kedai berbunyi. Aku berkira-kira samada mahu menjawabnya atau tidak. Setelah tiga kali dia berbunyi, mama masih lagi di belakang. Pelanggan yang seorang itu memandangku dengan mata yang tajam. Aku telan liur. Ah angkat aje lah.

"Ini Kafe Triday. Ada apa yang boleh saya bantu?" ewah ayat aku. Jap, macam ni ke mama selalu cakap bila ada orang call eh? Tapi aku rasa cara aku cakap tadi macam helpline je.

"Cupcake? Oh.. nanti saya minta pekerja saya hantar ye Puan? Sekarang? Er.. ha baiklah puan" aku matikan telefon. Ah mana pulak Naufal ni tak balik-balik lagi? Aduh nak sekarang pulak. Aku cuba hubungi Naufal tetapi tak berjaya pula. Nak kena Naufal ni tau aish. Aku pergi ke belakang mencari mama.

"Ma, orang order cupcake tu suruh hantar sekarang tapi Naufal tak balik lagi ni macam mana?" soalku. Mama sedang membuat adunan kek. Lihat gaya mama aje sudah pasti mama tak boleh nak hantar cupcake tu dan aku lah mangsanya yang perlu hantar cupcake tu.

"Lia hantar kan lah eh? Amik kunci kereta mama kat dalam beg tu" dah agak dah aku lah mangsanya. Ah tak sukanya nak kena pergi hantar-hantar barang ni. Naufal ni kan eeeeee aku cekik-cekik dia bila dia balik nanti. Tak pasal-pasal pulak aku yang kena hantar.

"Ala kalau mama hantar tak boleh ke?" soalku dengan nada yang manja-manja gitu. Kemudian satu pandangan tajam yang aku dapat dari mama. Ha amikko Talia.

"Kalau mama pergi, siapa nak tengokkan kek ni? Lia nak sambung buat ke? Lepas tu yang duduk dalam oven tu lagi ha nak kena tunggu" aku perhatikan adunan kek yang masih belum siap dan kek yang berada di dalam oven itu dari jauh. Boleh lah kot kalau aku yang buat? Hehe

"Boleh ke Lia buat?" soalku pula. Sekali lagi pandangan tajam yang menyeramkan itu aku dapat.

"Talia! Tak boleh ke kalau Lia buat je apa mama suruh? Mama suruh hantar je Lia, tak suruh buat apa pun. Kalau mama tinggalkan Lia kat dapur ni kang meletup pulak ha siapa nak tanggung? Lia ke?" ouch. Padu aku kena. Agak menusuk ke jiwa juga lah. Aku diam tak terkata apa-apa, terus aku ambil cupcake tadi dan pergi.

Tiba di alamat yang mama beri, aku keluar dari kereta. Ni... bukan bank ke? Bangunan bank yang besar. Mungkin bangunan utamanya. Kenapa kena hantar kat bank? Dengan banyak tanda tanya di kepala, aku terus masuk ke dalam bangunan itu membawa cupcake tadi. Tak boleh ke orang tu ambik sendiri je? Cupcake je kot? Bukannya kek saiz XXXL mama.

Nasib baik juga lah aku berpakaian agak lawa hari ni. Masuk aje ke dalam bangunan ni, semuanya berpakaian ada class gitu. Aku masuk ke dalam lif. Nombor 22 kutekan. Kemudian di tingkat 5, ada seorang lelaki masuk ke dalam lif ini. Lihat pemakaiannya, aku tahu dia bukan siapa-siapa di sini. Buat apa dia datang sini?

"Baru start kerja ke?" soal lelaki itu. Sibuk je tanya kenapa? Perlahan-lahan aku bergerak ke penjuru sudut lif ini. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga sebab hanya aku dan dia berada di dalam lif ini.

"Haah" nak auta orang aje aku tahu. Lelaki itu mengangguk aje beberapa kali. Ah tolong lah cepat nombor 22!

"Kerja bahagian mana?" soalnya lagi. Ah kenapa perlu banyak soal ni?

"Management je" palsu aku lagi.

"Management? Serious?" soalnya lagi.

"Yup" yakin betul aku bersuara hingga lah pintu lif terbuka di tingkat 22. Menonong aje aku keluar tanpa melihat kiri dan kanan. Tak nak aku duduk dalam tu dengan dia lagi!

"Eh Cik!" sempat aku toleh kebelakang sebelum aku tergelincir memijak lantai yang basah ini. Aku pejam mata rapat-rapat. Kotak cupcake tadi pula entah kemana.

"Cik, cik okay tak?" soal lelaki itu. Aku buka mata. Rupa-rupanya tangan lelaki itu yang menyahut aku dari jatuh. Ah tak sukanya! Pekerja yang lalu lalang di situ berhenti dan terdiam. Semuanya memerhatikan aku dan si lelaki ini. Cepat-cepat aku bangun berdiri kembali. Kotak cupcake tadi dah tercampak agak jauh dari posisi aku berdiri.

Aku dapatkan kotak cupcake tadi. Ah mati lah aku dah hancur semua. Hanya keknya aje selamat dalam posisi masing-masing. Krim ke huruf ke semua dah melayang ke tempat lain.

"Cik?" lelaki ni lagi. Dia dah sentuh aku.... dan dah rosakkan cupcake customer aku!

Tanpa berfikir panjang aku tempek dua biji ke cupcake tepat ke wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience