5.0

Romance Series 20523

"Cuti?" soalku musykil. Pelik. Kenapa tiba-tiba mama bagi cuti pulak ni? Macam ada apa-apa je tau. Mama senyum lagi.

"Nak cuti ke tak? Kalau tak nak takpe lah"
"Eh nak nak nak. Berapa lama?"

"Esok je. Dah, tepi sikit. Mama nak mop lantai ni kotor betul, berapa hari dah tak mop ni?" aku sengih sumbing lalu aku pergi ke depan kafe. Kenapa mama bagi cuti eh? Hari ni pun bagi kerja separuh hari aje. Nak tolak pun... sayang lah pulak. Baik ambil je kan?

"Sofea, nak tak pergi Melaka dengan aku? Esok je" soalku kepada Sofea yang sedang ralit mengira duit di kaunter. Bab duit dan Matematik, semuanya diserahkan kepada Sofea. Pada awalnya aku tak sangka Sofea yang agak lurus ni mengambil kos yang berkaitan dengan Fizik. Fizik lah subjek yang membuatkan slip SPM aku tercalar sedikit huhu.

"Ha? Ala...... kau tak cakap awal-awal, aku dah plan dah esok nak keluar dengan mak aku tau" katanya dengan wajah yang agak pasrah. Em takpe lah, apa boleh buat kan? Mama pun baru bagitahu aku tadi tapi kenapa si Sofea ni dah plan awal-awal nak keluar dengan mak dia? Mesti dia tahu lebih awal dari aku.

"Takpe lah, nanti kirim salam kat mak kau tau. Dah lama tak jumpa dia" pesan aku. Sofea mengangguk aje beberapa kali sambil dia mengira duit-duit itu semula.

Aku beralih kepada Naufal pula. Jap, nak ajak dia ke? Tapi kalau pergi dengan Naufal memang aku lah yang kena keluar duit untuk dia nanti tau. Tapi...... kalau pergi sorang pun bosan jugak.

"Fal, kita pergi Melaka jom? Esok sehari je" wajah yang ceria aku tunjukkan kepada dia. Harap-harap dia nak pergi lah.

"Melaka? Macam best je......"

"Tapi duit masing-masing" laju aku celah. Naufal cebik sekali hahahaha. Bab duit kena bagitahu awal-awal. Duit untuk aku sorang aje boleh la aku keluarkan tapi kalau nak tanggung dua orang....... memang kebulur lah wallet aku tu gamaknya sebab tak diisi duit.

"Aish yelah yelah. Bukannya orang takde duit" cebiknya lagi. Aduh apa lah Naufal ni. Walaupun aku takut nak bergaul dengan lelaki tapi aku cukup bersyukur dengan semua adik beradik lelaki yang aku ada. Tapi........... nak rasa jugak ada kakak dengan adik perempuan.

Aku mula menyapu lantai hingga ke depan pintu masuk. Tiba-tiba, aku perasan ada seseorang berdiri di hadapan pintu masuk dari luar dek pintu yang lutsinar ini. Aku angkat kepala dan memandang si empunya badan dan dia... ..

Oyemgi lelaki ni! Aku terkaku seketika memandangnya. Aku rasa aku belum pernah bagitahu dia alamat ke sini. Setelah beberapa hari kenapa hari ni dia muncul?

Sekali lagi dia mengetuk-ngetuk beberapa kali pintu lutsinar ini. Kemudian dia melambai tangan pula kearahku. Aish kenapa aku mesti jumpa dia lagi ni?

"Dah bukak ke belum?" aku boleh dengar suaranya samar-samar aje dek pintu ini. Aku pusing belakang. Nampak gayanya Sofea pun dah settle kira duit, boleh kot aku bukak pintu? Eh tapi aku dah cakap kat dia hari tu yang aku nak belanja dia cupcake, ah buka je lah.

Aku bukakan pintu untuknya.

"Rajin kerja" katanya.

"Nak tak nak kena lah rajin, dah kerja" jawabku acuh tak acuh. Dia mengangguk beberapa kali.

"Duduk lah dulu. Nanti saya suruh Naufal hantar cupcake ganti hari tu punya" arah aku. Dia terus duduk di meja yang paling hampir dengan kaunter, iaitu meja favorite aku bila melepak. Haih kenapa lah orang lain suka sangat duduk situ?

Aku hidangkan tiga biji kek cawan yang paling istimewa dihidangkan di sini dengan air teh o' panas kemudian aku bagi kepada Naufal.

"Fal, tolong hantar kat lelaki kat depan tu"
"Orang ke? Bukan ke itu kerja Lia sebagai waiter?" Aduh dia persoalkan pula aku mintak tolong dari dia.

"Ala tolong la eh?"

"Tak nak lah. Lia pergi lah hantar sendiri" jawabnya selamber. Eh eh dia ni, kemain lagi. Mintak tolong sikit pun susah. Kalau suruh Sofea...... ha mesti dia nak! Untuk lelaki hensem punya pasal.

"Sofea, tolong hantar ni kat lelaki tu" bisikku perlahan. Sofea memandangku sejenak, kemudian dia memandang kearah lelaki itu pula.

"Tak nak lah, bukan taste aku" jawabnya pula. Ah kenapa tak ada orang nak tolong ni?! Ish pergi jelah hantar Sofea, apa susah?

Aku pergi menghantarnya ke depan. Lelaki itu tersenyum memandangku. Ah perasaan apa ni? Hati aku tiba-tiba aje berdegup laju. Relax Talia relax, lelaki ni bukan sesiapa pun.

Aku letakkan pinggan cupcake itu perlahan-lahan. Kemudian aku letakkan cawan air teh itu pula. Entah kenapa tangan ni terketar-ketar? Omg. Relax lah Talia, air panas ni.

!

"Aduh panas panas panas panas!" lelaki ini terus bangun dari kerusinya sambil dia mengaduh kepanasan. Aduh tu lah kau Talia, careless!

"Kenapa ni?" soal mama. Jap..... mama?

......

"Ala ma, Lia bukannya sengaja..... " mama masih lagi kelihatan marah. Naufal meletakkan ais pada lengan dan kaki lelaki itu di bilik rehat pekerja. Ah kenapa perlu jadi begini?

"Diatas kecuaian Lia, mama gantung kerja Lia hari ni. Dah pergi balik, nak tidur ke apa ke" kata mama sinis. Mama terus bangun ke bilik rehat.

Aku ni anak tiri mama ke mama buat aku macam ni? Haish. Takpe lah Talia, positif. Masa ni lah kau nak lari ke Melaka. Ada lah extra masa sikit.

*****

Aku menyewa sebuah chalet betul-betul di hadapan Pantai Puteri. Lagi tenang duduk kat sini daripada aku duduk kat kafe jumpa customer yang merumitkan. Ah apa jadi agaknya kat lelaki tu? Sepatutnya aku mintak maaf kat dia tapi aku main blah aje semalam.

Setelah sarapan di chalet, aku pergi ke pantai lagi. Nak berjalan pun, tak berani lah nak pergi sorang-sorang. Paling kurang pun kalau berjalan di pantai ni dekat aje dengan chalet yang aku duduk. Ambil gambar pun tak rasa seronok. Aku mahu wajah aku sendiri yang berada di dalam gambar. Ah bosan juga lah bila datang sorang ni.

"Cik, boleh tolong ambil gambar?" soal seorang lelaki. Aku ambil aje camera miliknya dan berdiri agak jauh darinya. Wajahnya belum kupandang lagi. Apabila fokus dalam kamera kearahnya berlatar belakangkan Pantai Puteri ini, aku perasan sesuatu.

"Hei, awak ikut saya datang sini ke hah?" soalku tak puas hati. Punat kamera belum kutekan lagi. Dia gelak pula memandangku.

"Awak ingat awak siapa untuk saya ikut awak?" soalnya sedikit sinis. Wow. Entah mengapa kata-katanya itu agak menusuk ke jiwaku dengan padu. Ah perlu ke kau terasa Talia? Ini lah salah satu sebab mengapa aku tak suka bergaul dengan lelaki. Kata-kata mereka yang biasa pun boleh membuatkan hatiku terasa.

Aku hulurkan kamera miliknya tanpa berkata apa-apa, kemudian aku terus pergi ke arah chalet yang kusewa. Ah pedihnya hati ni. Hati, mengapa kau terlalu lemah untuk menerima kata-kata yang hanya sebegitu rupa?

"Eh awak!" dia menarik lenganku sekali lagi selepas peristiwa hari itu. Aku pusing kebelakang, satu jelingan maut aku beri. Kemudian dia lepaskan lenganku.

"Saya ada salah cakap ke tadi?" soalnya pula sambil dia cuba mengejar langkahku. Aku buat bodoh aje dengan pertanyaannya. Langkahku makin laju kehadapan menuju ke bilikku. Entah mengapa terasa jauh pula perjalanan.

"Ok awak, sorry! Saya tak ada niat pun nak cakap macam tu! Sebagai tanda maaf bagi lah saya teman awak pergi jalan-jalan eh?" aku hentikan langkah dan memandang kearahnya dengan pandangan yang tajam. Jelas wajahnya mahu meyakinkan aku supaya menerima pelawaannya.

"Kalau awak teman, lagi mengganggu otak saya je. Saya datang sini nak release tension, bukannya nak hadap muka awak" padu aku balas. Dia terdiam. Dalam rasa puas yang menggunung, aku dapat rasa bahawa dia terasa dan kata-kataku tadi mungkin agak kasar.

"And sorry pasal air panas semalam. Memang sengaja saya buat macam tu" tambah aku lagi. Ah duhai hati, kenapa tiba-tiba kau bertindak kejam ni?

Aku bukan pintu bilik, bayangan dia juga sudah hilang. Masuk dalam bilik aje, terus aku rebahkan badan di atas katil. Ah kau kata kau senang terasa dengan kata-kata lelaki. Nampaknya lidah orang yang kurang bergaul dengan lelaki ni lebih tajam lah!

Tiba-tiba telefonku yang sudah retak berbunyi yang menandakan ada pesanan masuk. Aku bukan telefon.

"Super sorry of what I've said to you before. Saya tak tahu apa yang saya sampai awak marah sangat tapi saya betul2 mintak maaf. It's fine yang awak tak nak saya teman awak. And sorry cuz saya sesakkan otak awak"

Okay Talia, siapa yang kejam sekarang ni? Ah jahatnya aku. Walaupun dia lelaki, dia juga manusia Talia. Kau ingat tu Talia. Lelaki pun ada hati dan perasaan jugak. Kau sibuk cakap lelaki ni kata-kata dia kasar tapi nampaknya kata-kata kau lagi kasar dari dia Talia.

Lagi kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience