11.0

Romance Series 20523

"Ala Dina jalan dekat-dekat sini je. Kejap lagi balik lah" along ni kabut aje bila aku kata aku nak bawak si kecil Noah ni keluar naik stroller. Bukannya aku nak kemana pun, setakat ke taman tu aje.

"Bukan itu masalahnya. Sekarang ni along dengan kak Yus nak pergi expo baby kat Tashkent. Kalau tinggal Dina dengan Noah berdua je entah apa jadi lah kat anak along tu" kata along pula. Eee haish sabar aje lah Lia. Anak along, bukannya anak kau.

"Jom lah ikut sekali Dina. Mana tahu nak cari barang untuk bakal baby nanti ke" usik kak Yus dengan tawa yang mengusik. Ish kak Yus ni. Sekarang ni pun dah hampir seminggu aku terpaksa menumpang kat home stay ni dan Arash sendiri pun macam tak mencari aku, buat apa nak cerita pasal anak?

Lagipun aku juga terlalu muda untuk fikirkan soal anak. Seminggu lagi cuti sem aku dah habis. Ah aku harap aku dapat balik rumah dalam minggu ni juga!

Tapi macam mana aku nak balik kalau lokasi rumah ummi dengan abi pun aku tak tahu?

......

"Lama lagi ke?" soalku. Dah dekat dua jam jalan dalam ni. Memang lah banyak sale barang baby tapi aku bukannya ada baby pun kalau aku nak cari barang baby.

"Ala tunggu jelah kat situ jaga Noah elok-elok. Along dengan kak Yus kat sini sini je. Tengok dia eh Lia!" terus along pergi agak jauh sedikit dari lokasi aku duduk. Sini sini kononnya heh. Tadi bukan main tak kasi kita jaga anak dia tapi bila dah sampai sini, macam ni pulak jadinya.

"Noah~ haish kenapa comel sangat?" bicaraku kepada Noah pula sedangkan dia sedang lena dibuai mimpi walaupun keadaan agak kecoh di sini.

Seronok pula bila tengok baby ni tidur. Along ni pun entah apa apa lah. Kak Yus dah bersalin lima bulan lepas pun tak reti nak bagitahu family sendiri yang dia dah ada anak. Kalau aku mungkin secepatnya aku bagitahu hihi.

Eh tapi......

Ah serabut lah bila teringat pasal Arash! Serabut!

*****

"Dina, tunggukan orang jual ais krim datang boleh?" soal kak Yus. Kenapa aku yang perlu tunggu? Lagipun bukannya tak boleh beli kat kedai kan?

"Ala boleh lah eh? Craving lepas bersalin ni" katanya pula. Elelele craving lepas bersalin konon. Tapi takpe lah, disebabkan aku dah menumpang aku tolong aje lah.

Aku duduk di bangku yang berada di hadapan rumah, petang-petang macam ni ramai juga kanak-kanak yang bermain di sekitar sini. Ah seronok juga kalau dapat tinggal kat sini tapi..... aku rindu rumah dan......

Ah tak payah lah kau nak rindu si Arash tu Talia!

"Assalamualaikum" sapa seorang lelaki. Dia memakai cermin mata hitam dan topi Nike. Gayanya macam aku kenal tapi aku mana kenal sesiapa kat sini.

"Do I know you?" soalku pula. Akhirnya lelaki ini membuka cermin matanya. Terbuntang luas mataku memandangnya. Terus aku bangun menuju ke pintu rumah. Tiba-tiba juga pintu rumah dikunci dari dalam. Bila aku ketuk pintu beberapa kali, kak Yus dan along pula membuat isyarat menyuruh aku pergi ke arah lelaki itu dari tingkap. Ah sumpah aku tak suka!

"Lia....."

Suara itu memanggil namaku pula. Haih rasa bersalah pulak. Aku pun duduk kembali di bangku tadi. Kemudian Arash pula duduk di sebelahku.

"Lia, abang nak mintak maaf...."

"For what?" potong aku laju. Arash mengeluh kecil. Geram juga la. Terguris hati aku ni masa tu. Bagai dirobek-robek aje hati ni tau.

"Abang tahu abang salah. Abang memang tak terfikir pun tu along Lia..."

"So sekarang macam mana awak boleh tahu?" soalku laju memotongnya lagi. Ha geram ni geram tahu?

"Lia, boleh tak bagi abang habis cakap dulu baru tanya benda lain?" soalnya pula tegas. Jadi aku terdiam. Ah Talia, kata tak nak jadi isteri derhaka, janganlah memotong aje kerja kau!

"Abang mintak maaf sangat-sangat. Tak dapat terungkap betapa abang mintak maaf kat Lia tau. Lepas abang pergi hari tu... abang patah balik kat kedai tu tapi Lia dah tak ada. Pak cik tu kata Lia dah ikut lelaki tu. Masa tu memang lah abang rasa macam nak marah tapi salah abang jugak sebab tinggalkan Lia"

Oke tahan dulu senyum kau tu Lia. Bukan senyum apa, nak gelak sebenarnya. Saat ini tak terasa mahu marah pula malah aku hanya terasa puas apabila mendengar dia meminta maaf berkali-kali hehe.

"Setiap hari abang lalu kat pasar tu kot kot terjumpa Lia tapi tak ada. Abang call, Lia off phone. Abang message, memang Lia takkan baca lah kan? Abang risau tau sebenarnya and abang memang cuba cari Lia lepas hari tu tapi tak tahu dah nak cari kat mana lagi. Macam bapak hilang anak tau"

Bersungguh-sungguh juga dia cerita. Macam budak-budak. Tapi ada ke patut dia samakan kes aku ni dengan bapak hilang anak? Haih no class lah. Cakap lah suami hilang isteri, kan boleh jadi tajuk novel tu? Aku diam lagi kononnya mogok hehe.

"Abang terpaksa jugak tipu family abang cakap yang abang bawak Lia tidur kat hotel yang ada spa sebab Lia tak balik tapi abang memang tidur kat hotel tau sebab Lia. Kalau abang balik rumah, lagi lah ummi dengan abi risau kalau tahu Lia hilang"

Eleh tahu takut.

"Dah lah Lia tak ada cash sini kan masa tu. Haish, abang mintak maaf sangat Lia. Sebagai tanda mintak maaf abang......"

Aku perhatikan dia. Dia menuju ke kereta dan mengeluarkan sejambak bunga mawar kemudian diberinya kepadaku pula. Aku terima aje dengan muka sombong hoho. Fuh jambangan bunga mawar ni uols. Sekali seumur hidup aje agaknya baru boleh merasa.

"And abang ada beli hadiah untuk Lia tapi, Lia kena ikut abang balik rumah ummi okay?" soalnya pula. Senyuman manis diberikan kepadaku. Ayaiyai, senyuman dia makin buat aku berdebar pula.

"Siapa kata saya terima bunga rose awak ni? Kalau yang ni saya boleh petik aje kat belakang rumah ni pun ada kebun bunga rose tau" kataku dengan nada yang sinis. Sombong betul kau ye Talia tak nak terima bunga mawar dari suami kau sendiri. Dah sombong, kejam pulak tu. Lepas tu menipu lagi. Acah aje ada kebun bunga rose belakang rumah. Kalau dia pergi tengok sendiri memang jumpa kolam ikan aje lah hihi.

"Tapi abang ada hadiah untuk Lia. Special. Lia mesti suka" dia cuba memancing lagi. Kemon lah, aku bukannya perempuan murahan yang gilakan harta tahu? Kalau ikutkan berkahwin pun aku tak nak tetapi aku anggap aje lah yang ni kira jodoh dan takdir kehidupan aku.

"Awak ingat saya ni gila harta awak? Saya ada je duit nak beli apa yang saya nak" kataku sinis. Berlagak betul kau ye Talia. Konon ada duit padahal nak beli tisu kat toilet pun kau mintak kat abang kau.

Arash mengeluh. Kali ni panjang sikit dia mengeluh. Ha kalau betul cinta, jangan lah give up. Macam mana aku nak cair? Ececeh Talia perasan aje enko ni. Ko ingat Arash ni cinta sangat ke kat kau? Tiba-tiba dia melutut di hadapanku. Dah dia nak buat apa pulak ni?

"My precious wife Talia Irdina, abang, Arash Hadri memohon ampun diatas kesalahan abang. With all my heart, I'm super sorry for what I've done. Tak terniat sikit pun kat hati abang ni nak buat Lia macam tu. My love, kita balik rumah ummi eh? I'll treat you as a princess for a day but no here and tu bila kita balik Malaysia nanti. Please sayang, kita balik rumah ummi eh?"

Aku pandang dia. Jujur aku agak terkesima dengan perbuatannya tadi dan juga......... ah adalah dusta kalau aku kata aku tak cair dan tergoda dengan kata-katanya tapi ingatlah Talia, kadangkala kata-kata lelaki ni hanya bagai menanam tebu di tepi bibir!

"Kalau saya tak nak?" soalku sengaja.

"Kalau Lia tak nak balik takpe tapi........ kalau abang kiss nak?" terus dia muncungkan bibir dan menghampiriku. Pantas aku bangun dari kerusi. Euw gross! Kalau ye pun sopan lah sikit nak kiss tu!

"Ha nak lari mana?"

Dengan kanak-kanak yang bermain basikal dan berlari-lari di sekitar sini, aku dan Arash menambah keriuhan lagi. Aduh sumpah macam budak-budak tahu? Laki bini sama tak matang!

Akhirnya Arash berhent, termengah-mengah dia dibuatnya.

"Dah lah Lia. Ikut jelah abang balik eh? Abang memang kalah kalau main lari pecut ni" akhirnya dia menyerah. Lawak tengok dia ni dan Arash yang macam ni lah.........

Arash yang aku suka.

Bukannya Arash yang tiba-tiba aje jadi dingin dan tinggalkan aku di satu tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience