3.0

Romance Series 20523

Sudah tiga hari berlalu. Nampaknya lelaki itu tak datang pun ke kafe ini. Tak ada pula dia whatsapp aku bertanyakan alamat. Mungkin dia sudah menerima sorry aku? Ah biar lah dia tu. Tak mahu dah ingat pasal dia. Kang tiba-tiba muncul depan mata kau Talia, haa baru nak menyesal.

"Lia, sini kejap" panggil mama di meja belakang kaunter. Aku turuti aje perintah mama tanpa menyoal. Ah aku ada buat masalah lagi ke?

"Em... ada apa ma?" soalku takut takut. Mama hanya senyum aje memandangku.

"Ingat tak mama pernah cerita pasal... kawan mama yang tinggal dekat Miami tu?" soal mama. Aku cuba mengingat kembali. Yang mana satu?

"Em... yang anak dia suka surfing tu?"

"Haa yang tu lah, dia baru balik sini tau minggu lepas. Yang order cupcake hari tu.... ha dia lah" aku telan liur. Adakah aku bakal dibuang kerja oleh mama? Atau mama tak nak mengaku aku ni anak dia lagi gamaknya sebab buat macam tu? Ah klise lah kau Talia!

"Em.. so?"

"Mama ingat nak kahwinkan aje Lia dengan dia. Okay tak?"

Terus aku hentak meja. Terbuntang luas juga lah mataku ini. Kahwin?! No way! Sampainya hati mama nak suruh aku kahwin dengan unknown entah mana-mana tu. Adakah aku telah buat satu kesilapan besar sampai aku perlu dihukum begini? Ah tak mahu!

Dah lah suka mandi pantai! Mesti burn teruk satu badan dia. Lelaki mat salleh ni kalau main laut mesti tak pakai baju! Ah eeeeee tak nak mama tak nak!

"Lia? Lia, mama cakap dengan Lia ni"

Ah berangan pula aku.

"Lia, kalau dah suka tu cakap jelah. Jangan nak berangan lama-lama pulak. Dah lah, mama nak pergi dapur"

"Ma! Nanti dulu!"

Panggilan aku tak diendahkannya. Ah hidup aku..... akan musnah!

......

"Relax lah Lia, takkan teruk sangat nak kena kahwin?" soal Naufal dalam tawa. Aku langsung tak ada mood nak ketawa. Sedih yang menggunung aje dari tadi.

"Lepas kau jumpa dia esok, kau try la follow dia. Tengok dia kerja apa, apa yang dia buat setiap hari" cadang Sofea. Terus pandangan aku beralih kearahnya. Takde kerja aku nak follow dia pergi mana lah. Eee tak sukanya.

"Kerja gila lah tu. Eeeee mama selalu cerita je, aku tak pernah ambil tahu pun dia tu macam mana. Kau tahu jelah aku ni... malas nak ambil tahu pasal lelaki. Sesak otak je fikir" sengaja aku buat ayat macam tu. Aku dapat lihat melalui ekor mataku reaksi wajah Naufal yang agak tidak berpuas hati mendengar kata-kataku.

"Suka atau tak, Lia still akan kahwin jugak satu hari nanti. Dengan manusia spesies homosapien bejantina lelaki. Jangan lah ambil negatif sangat. Orang pun lelaki jugak. Mesti lelaki tu tengah fikir benda yang sama macam Lia fikir. Kalau orang yang kena macam ni, orang akan fikir, perempuan tu pandai masak ke? Pandai buat kerja rumah ke? Rajin ke? Lawa ke? Boleh ke dia layan aku? Benda macam ni lah rasanya. Jangan lah fikir Lia je. Mungkin dia pun kena paksa. Pandai-pandai lah Lia fikir" jelas Naufal. Dia terus berlalu pergi ke belakang. Aku jadi kaget.

"Sejak bila Naufal pandai berkata-kata ni?" soal Sofea. Aku berfikir sejenak. Sejak bila? Jarang dia nak bagi kata-kata positif macam tu dekat aku. Tapi ada betulnya jugak apa yang dia cakap tu. Ah memang sesak otak lah fikir!

*****

"Ma... Lia rasa tak sihat lah. Mama pergi lah kedai dengan Naufal eh?" aku pura-pura batuk. Harapnya menjadi lah. Aku make up muka dengan bedak sikit supaya nampak pucat. Ah teruknya aku ni, sanggup buat benda bodoh macam ni.

"Talia Irdina, by hook or by crook sila berada di kafe by 10am atau tak ada elaun dari mama bulan ni" terus mama pergi meninggalkan rumah. Naufal pula berlalu pergi seolah-olah dia tidak mengetahui apa-apa yang terjadi. Sampainya hati mama buat aku macam ni.......... dan kenapa Naufal begitu marah dengan aku?

Aku jadi takut nak ke kafe. Takut. Tolonglah, aku nak lari dari sini! Tapi duit tak banyak lah pulak. Setakat nak pergi KL cukup lah kot tapi berapa lama je ak boleh survive kat sana? Ah serabut!

Aku ke kafe seperti yang mama minta tetapi dengan penampilan selekeh yang paling aku selesa. Hanya sweater bewarna hitam dan seluar jeans biru gelap. Tudung pula hanya tudung bawal ikat bawah bewarna kelabu aje dan hari ni, satu produk kecantikan pun aku tak pakai. Biar nampak selekeh, biar dia tak jadi nak pilih aku jadi isteri dia. You can do it Talia!

"Talia, kau cakap dengan siapa tu?" soal Sofea dari dalam kedai. Aku tersengih aje memandangnya dari luar. Kedai baru sahaja dibuka ketika ini. Aku kemas sedikit-sedikit aje di bahagian depan memandangkan masih lagi bersih. Selesai kemas, aku duduk dan meneguk sebotol air sedikit demi sedikit. Nak hilangkan dahaga tegak ni je.

"Talia!"

Ish tak boleh ke bagi aku habis minum dulu baru panggil aku? Kan dah tersedak ni. Makin rancak pula aku batuk. Ok kali ni bukan tipu. Ni betul-betul punya.

"Lia! Okay tak ni?" soal Naufal. Aku pandang dia. Baru sekarang nak tegur aku?

"Lia dah batuk-batuk baru nak tegur kan? Lepas ni tunggu Lia sakit tenat dulu tau baru tegur" aku sambung batuk lagi dek tersedak minum air. Naufal mengeluh panjang lalu dia duduk di sebelahku.

"Talia, sorry lah orang emotional semalam. Jangan lah ambil hati eh?" pujuknya. Jelas kelihatan wajahnya yang innocent seperti biasa. Ah menyampah pulak aku tengok muka adik aku yang innocent ni.

"Yelah yelah"

......

Aku ambil tempat di meja yang paling dekat dengan kaunter. Mama kata kalau nak duduk depan jangan duduk bahagian tengah jadi posisi ini lah paling strategik untuk melepak setelah selesai kerja. Pelanggan juga dah tak ramai ketika ini dan aku masih kekalkan lakonan aku hari ini sebagai orang sakit.

"Kau ni sakit tiba-tiba kenapa sebenarnya?" soal Sofea. Dia kelihatan bingung pula memandangku. Alah, takkan tak faham? Naufal pula buat-buat tak tahu aje

"Fal, ada customer tu kau pergi lah layan kejap" bisik Sofea. Aku pula terus aje pura-pura batuk. Dengan muka pasrah Naufal pergi ke arah seorang wanita pertengahan usia itu.

"Jumpa bos? Em... ada apa eh? Boleh saya tahu kenapa?" soal Naufal. Aku dan Sofea saling berpandangan. Kenapa dia nak jumpa mama?

"Ada benda I nak report kat you all punya boss" katanya serius. Aku hairan, report apa? Aku rasa hari ini merupakan kali pertama wanita ini menjejakkkan kaki di sini kenapa pula nak buat laporan secara tiba-tiba pulak ni? Tanpa menyoal lagi, Naufal pergi ke belakang memanggil mama. Tidak lama kemudian mama keluar.

"Ya puan? Ada apa-apa masalah ke tentang pekerja saya? Atau makanan kedai ni?" soal mama dengan tenang. Ini lah yang paling aku respect dengan mama, tak pernah gentar nak berhadapan dengan customer yang muncul dalam pelbagai perangai yang pelik.

"Saya nak report...... " wanita itu membuka cermin mata hitam yang dipakainya.

"Hello Madam Rose!"

Madam Rose?

"Ruby! Ya Allah lamanya tak jumpa! Eh meh lah sini duduk" terus aje mama menarik lengan wanita yang bernama Ruby ini duduk di suatu sudut kedai. High class ni orang ni, gaya diva. Cara dia berpakaian pun agak Vogue siap pakai cermin mata hitam lagi uols.

"Eh Peah! Kau curi dengar ni kenapa?" bisikku kepada Sofea. Ada ke patut dia curi-curi dengar perbualan mak mak tu?

"Eh Lia, cuba tengok tu!"

"Tengok apa?"

"Talia! Sini kejap!" panggil mama. Ha amikko mengendap orang lagi terus mama panggil. Aku keluar ke depan. Sambil berjalan aku pura-pura batuk lagi.

"Ya mama?"

"Tolong buatkan air untuk tetamu special mama ni okay?" soal mama. Aku angguk aje dan senyum lalu aku berlalu pergi.

"Ni lah anak sulung saya"

"Cantiknya anak you. Dia okay ke tu? Macam tak sihat je"

"Okay je tu"

Cantik? Ah ha of course la I ni natural beauty tau uols.

Setelah air siap dibancuh oleh Naufal, aku bawanya di dalam teko dan cawan.

"Umur you berapa?" soal Mak Cik Ruby ini. Lelaki di sebelahnya juga turut memandang kearahku, menanti jawapan juga barangkali. Ish tak boleh ke bukak spec hitam tu? Juling ke? Geram pulak aku tengok.

"22 Mak... "

"Panggil mummy" dia tersenyum lagi memandangku. Aku tersentak seketika. Mummy?! Baru ingat nak panggil mak cik aje sebenarnya.

"Mummy... too early lah" kata lelaki itu.

"It's okay lah Izzy"

Mungkinkah.... mungkin ini kawan mama yang mama nak aku kahwin dengan anaknya tu?! O.M.G. Lelaki ni ke?! Rambut panjang, kulit sawa matang, tinggi kot? Aku paling tak boleh terima tengok rambut dia! Ah!

"Can I order iced lemon tea?" soal lelaki itu lagi. Ah tiba-tiba muncul perasaan geram yang menggunung mengganang semua ada ni aih. Boleh pulak dia main order? Memang lah ni kedai tapi mesti mama bagi free je kan?

"Eh boleh sangat, Lia tolong bawakkan ice lemon tea satu ya?" soal mama. Aku senyum dan angguk sekali lagi.

......

Sebelum pulang, lelaki itu mahu berjumpa dengan aku. Mama dan mummy ni tak melarang pula. Pelik.

"I want to warn you this. Maybe dalam masa terdekat ni mummy will ask you to marry me and I nak you tolak permintaan dia okay? Tak susah pun" sinis wajahnya memandangku. Eee tak sukanya kalau muka macam ni yang perlu aku hadap untuk seumur hidup aku. Ingat kita ni nak sangat ke kat dia?

"Bukannya I tak nak kahwin dengan you. You're beautiful and nice actually although I can see your ego" ok takpe lah tak ada lah teruk sangat lelaki ni sebenarnya tapi apa maksud dia....... dia boleh nampak ego aku?

"I tak nak kahwin lagi. I'm just not ready yet. You pun sama kan?" soalnya pula. Kenapa tanya aku? Jelas kan boleh tengok kat muka aku ni yang aku tak nak dia jadi suami aku? Aku geleng beberapa kali.

"I better go now. Tata. Actually I hope we never met. Farewell dear" apa tadi tu?! Ya Allah rapatnya muka dia masa dia bisik kat aku tadi! Dia terus pergi meninggalkan aku di sini. Ah aku sangkakan dia baik rupa-rupanya kata-kata yang manis tadi punya racun didalamnya!

"Lia, mamat tu cakap apa kat kau? Rapat gila aku tengok" kata Sofea. Aku jadi kaku. Tak mampu nak kata apa-apa.

Mama Lia tak nak dia jadi suami Lia!!!!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience