8.0

Romance Series 20523

"Kau nak marah aku buat apa? Kau kan tak suka jadi isteri Arash? Kau kata kau annoying tengok muka Arash kan so buat apa kau nak marah-marah aku Talia?"

"Dia..... dia suami aku!"

"Suami kau? Ye ke suami kau? Ada kau layan dia macam suami kau ke? Tak hairan lah kalau Arash selalu datang kat aku suruh aku layan dia, tapi tak cari kau. Tahu kenapa? Sebab kau tu murah! Perempuan murahan! Dengan suami sendiri pun kau tak nak serahkan diri kau! Dengan orang lain kau nak pulak! Perempuan murahan!"

"Ma... mana ada aku murah! Aku tak pernah pun serah diri aku kat sesiapa termasuk..... termasuk.... Arash"

"Tengok! Memang patut pun suami kau tinggalkan kau! Perempuan murahan!"

......

......

......

"Lia! Lia! Talia Irdina!"

Terus aku terjaga dari tidur. Ya Allah, mimpi apa aku tadi? Adakah mimpi tadi merupakan satu petunjuk? Atau mimpi itu adalah satu peristiwa yang akan terjadi?

"Lia? Lia okay tak ni?" soal Arash kerisauan. Aku pandang dia. Wajahnya gusar memandang wajahku.

"Saya... saya tengah mimpi ke sekarang?" soalku kebingungan. Adakah aku masih sedang bermimpi? Atau saat ini adalah realiti?

"Tak sayang, ni abang, Arash suami Lia. Ya Allah Lia mimpi apa ni? Risau abang tahu tak?" soalnya. Tib-tiba aku teringat tentang mimpi yang baru aje aku alami tadi. Walaupun aku cakap aku tak nak ada suami macam dia....... tapi aku juga tak nak menjadi perempuan murahan yang boleh serahkan diri kepada orang lain tetapi tidak untuk suamiku sendiri.

Kalau macam tu.... apa gunanya aku kahwin dengan dia kan? Tak ada kemanisan langsung.

"Lia..... abang mintak maaf sebab abang buat macan tu kat Lia tadi.... abang faham kalau Lia belum bersedia lagi. Memang mama suruh abang bawak Lia pergi honeymoon tapi abang tak habis cakap lagi sebenarnya tadi " Arash memandangku sayu. Aku hanya memandangnya lama hingga lah aku dan dia kedua-duanya terdiam dan hanya memandang antara satu sama lain.

"Abang ingat abang nak settlekan hal kerja dulu baru kita pergi honeymoon tapi Lia..... " tanganku dicapainya dan aku masih menatap wajahnya lama. Bukan apa, kita saje nak dengar dulu apa dia nak cakap hehe.

"Lia jangan lah asyik menyorok dalam almari je susah hati abang ni tau" ok muka dia memang nampak susah hati sekarang ni tapi entah kenapa aku rasa kelakar pulak. Tapi biar lah aku nak lari ke mana pun kenapa nak rasa susah hati pulak kan? Dah memang port menangis aku dalam tu. Terkebil-kebil aje mataku memandangnya.

"Biar lah saya menyorok pun, so what?" laju aku potong. Arash mengeluh kecil memandangku. Ok relax Talia control sikit muka tu oke. Jarang aku nak menjawab ni hoho.

"Ish Lia ni. Dah tu kalau Lia hilang nanti mama cari abang nak jawab apa? Ni abang suami Lia pun abang tak tahu Lia menyorok kat mana tau" katanya dengan nada yang geram. Aku tergelak kecil aje memandangnya. Macam mak mak juga la cara dia bercakap.

"Habis tu macam mana awak tahu saya duduk dalam almari semalam?" soalku lagi. Kalau dia dah tahu aku memang ada dalam tu semalam, kan tak mustahil aku ada dalam almari jugak hari ni?

"Yang semalam tu...... em... ha, ni lah firasat seorang suami tau" katanya dengan wajah yang poyo. Aku mencebik sekali. Eee poyo je laki ni. Kononnya lah firasat seorang suami ceh. Entah-entah kebetulan aje dia terbukak almari baju aku tu semalam. Tapi takpe lah, poyo dia pun poyo yang hensem.

Eh jap, hensem eh? Mereng dah agaknya otak aku lepas bangun tidur tadi.

"Eh tapi semalam......" terus laju aku memandang wajahnya. Aku dah tak suci semalam! Hari pertama aku bernikah, aku dah tak suci! Ah mesti lah dia yang tukar baju aku semalam! Entah apa benda lagi yang dia buat kat aku semalam ya Allah...

*****

"Ha Arash makan lah mama masak banyak lauk hari ni" kata mama sambil sesenduk nasi diletakkan ke dalam pinggan mama.

"Lia, ambil nasi untuk suami Lia tu!" bisik mama yang duduk di bahagian tepi meja. Arash di sebelahku hanya tersenyum sendiri. Dengan berat hati aku ambil beberapa senduk nasi dan letakkannya ke dalam pinggan Arash.

Tiba-tiba malam ni otak terasa mahu buat jahat pula.

Setelah tiga senduk nasi aku letak, tanpa menyoal aku ambil aje beberapa ekor sambal sotong dan letakkannya ke dalam pinggan Arash lagi. Bak kata mama, besau besau sotong ni. Kemudian aku ambil pula beberapa sudu sambal belacan mama. Kalau tak tahan pedas, memang tercirit gamaknya lepas makan ni.

"Ha makan lah awak, sedap ni mama masak" kataku dengan yakin. Angah dan Naufal sudah saling berpandangan. Aku dapat lihat wajah Arash yang semakin kelat. Tak makan pedas barangkali? Ah peduli lah semua tu. Hati ni sudah ketawa jahat.

Selesai makan, aku membasuh pinggan di dapur. Angah dan Naufal pula seperti biasa akan melepak di depan tv selepas makan. Mama pula entah kemana. Arash? Lagi aku tak tahu dia kemana.

Habis semua pinggan dicuci, aku ke depan tv pula bersama Angah dan Naufal.
"Eh Lia, mana Arash?" soal Angah. Aku pandang Angah sejenak. Aku baru aje ingat nak tanya Angah kalau nampak Arash kat mana tapi takpe lah.

"Entah" jawabku selamber lagi. Hati ni kosong aje bila cakap pasal Arash. Ah geram bila teringat pasal semalam!

"Lia, duduk sini kenapa? Pergi lah tengok suami Lia tu buat apa" kata Naufal dengan nada yang agak serius. Aku pandang dia. Entah kenapa terasa geram. Tak sukanya macam ni. Takkan lah setiap masa aku nak kena tengok Arash tu? Mesti lah dia pun nak ada masa privacy dia sendiri kan?

Aku naik ke bilikku. Arash tiada di mana-mana. Kemudian aku terdengar bunyi sesuatu di dalam bilik air.

"Awak? Awak kat dalam ke?" soalku sambil aku ketuk beberapa kali muka pintu itu. Tiada suara yang menyahut. Tak lama kemudian Arash keluar dari tandas, terus dia terbaring di atas katil. Perutnya dipegang aje.

"Awak? Okay tak ni?" soalku takut-takut. Yelah gila tak takut? Dah lah aku kasi dia makan sambal sotong mama yang berapi tu, tambah pulak dengan sambal belacan mama. Macam aku cakap tadi, kalau tak tahan pedas memang tercirit lah enko. Ni laki den dah tumbang dah ni ha.

Arash hanya memejam mata aje sambil perutnya dipegang. Sesekali dia mengiring ke kiri, kemudian dia pusing ke kanan pula.

"Awak......... serious lah saya tanya ni dengar tak?" soalku lagi. Hwaaaaa lagi aku tak suka keadaan macam ni. Dibuatnya jadi apa-apa kat dia memang aku lah yang dipersalahkan nanti. Dulu aku dah pernah kena disebabkan air panas tapi mungkin itu boleh dimaafkan sebab tak sengaja tapi ini memang sengaja aku bagi dia makan pedas tadi.

Habis lah aku!

"Awak jangan lah pergi dulu awak, nanti kalau family awak tanya saya nanti apa saya nak jawab awak jangan lah pergi dulu awak..... " entah kenapa aku merayu kepadanya pula. Tubuhnya kugoncang-goncang beberapa kali. Wajah Arash bertambah kerut pula bila aku buat begitu.

"Ish saya nak pergi mana pulak? Saya tengah sakit perut ni tahu tak? Dah berapa kali saya keluar masuk toilet tu" jelas dia sedang sengsara dengan sakit perut yang menimpa dirinya ketika ini. Ah ni semua salah kau lah Talia! Nampak gayanya memang otak aku dah mereng kot lepas mimpi yang tadi tu. Aduh aku tak nak lah jadi pembunuh suami aku sendiri pulak......

"Awak, kita pergi hospital lah jom eh?"

"Hospital? Eh tak nak lah! Buat apa pergi hospital? Bukannya teruk sangat pun!"

Tiba-tiba hati aku bagai dicucuk pula. Seperti sebelum ini....... nada suara lelaki yang tinggi sememangnya membuatkan hatiku menjadi luluh. Tiba-tiba aje air mata ini akan mengalir. Aku terus pergi ke arah almari seperti biasa dan menangis di dalamnya. Lantak lah jembalang apa pun yang akan muncul.

Aku menangis....

Dan menangis....

Hingga lah pintu almari dibuka.

"Lia... jom lah kita pergi hospital eh?" soalnya dengan nada memujuk. Pandangan helang aku berikan walaupun muka dibasahi air mata. Tadi tak nak pergi kan ni kenapa tiba-tiba nak pergi?

"Kan awak cakap tak nak pergi tadi so tak payah lah pergi. Bukannya teruk sangat pun kan" kataku pula dengan nada menyindir. Peduli? Ah tadi bukan main dia tinggi suara kat kita kan haa amik amik.

"Lia.... jangan lah macam ni... ok abang mintak maaf. Abang tahu abang dah marah Lia tadi tapi abang takde niat pun... kan abang tengah sakit perut sangat ni.... dia sakit sangat sampai abang tak boleh kawal nada suara abang ni. Kita pergi hospital eh Lia?"

Lah kenapa tanya aku pulak nak pergi hospital? Bukannya aku yang sakit, dia yang sakit kan?

"Pergi lah awak sorang-sorang" kataku sinis seolah-olah merajuk. Tak, tak ada lah merajuk tapi aku tak tahu lah.

"Ala Lia teman lah abang.... abang sakit perut ni.... " tiba-tiba aje dia jatuh melutut di hadapanku sambil perutnya dipegang. Wajahnya semakin berkerut.

.....

"Lia....... "

"Lia....... "

Aku terdengar seolah-olah seseorang sedang menyeru namaku tetapi suaranya sayup-sayup aje kedengaran di telingaku.

"Lia......"

"Eh awak, kenapa ni?" soalku. Cepat-cepat aku berlari ke katil. Arash seolah-olah sedang....... mengigau? Tak tak, dia memang tengah mengigau tu. Tapi kenapa nama aku yang disebutnya?

"Awak, oh awak, bangun lah awak" beberapa kali aku goncang-goncang bahunya. Wajahnya berkerut-kerut dan dahinya dibasahi peluh. Aduh takkan ni semua penangan sambal sotong mama dengan sambal belacan kot?

"Lia!"

"Wei kau meletop!"

Ha amik kau melatah terus aku. Terkejut tahu tak? Laju aje dia bangun duduk macam orang kena rasuk, lepas tu nama aku pulak yang disebutnya kan ha. Seram kot.

"Ish awak ni mimpi apa? Lia.. Lia.. Saya kat sini je kot?" orang ni baru bangun dah kena bebel dengan aku dah ha padan lah muka dia. Arash berpaling ke arahku, tiba-tiba aje dia peluk aku. Aku jadi kaku. Tanganku tak menolak pula dari dipeluk.

Woi... basah peluh woi..

Tak lama kemudian dia lepaskan aku dari pelukannya. Aku pandang dia. Wajahnya gusar.

"Awak mimpi apa sebenarnya ni?" soalku lagi buat kali keduanya. Dia memandangku sejenak kemudian terus dia lari ke bilik air. Aduh sakit perut tak hilang lagi nampaknya. Hebat betul penangan sambal sotong dengan sambal belacan mama ni ye. Tapi aku tak pula sakit perut.

Setelah Arash selesai 'melabur', dia kembali baring di katil. Aku duduk di sebelahnya.

"Sakit lagi ke perut awak?" soalku.

"Dah kurang sikit tapi sakit lagi lah ni"

Kasihan pula aku melihatnya. Haish jahatnya aku sebagai isteri. Baru dua hari bernikah sudah diperlakukan sebegini rupa ya hm.

Aku turun ke bawah. Nasib baik ubat masa aku demam dua minggu lepas ada lagi. Ubat tahan sakit dan ubat cirit-birit kuambil beserta dengan secawan air. Aku faham memang seksa juga lah cirit-birit ni tapi apa aku boleh buat kan?

Masuk ke dalam bilik, Arash baru sahaja keluar dari bilik air lagi dan terus baring.

"Awak, kalau sakit sangat kita pergi je lah hospital eh?" soalku. Arash memandangku lama. Tadi bukan main dia ajak aku pergi hospital, bila sakit perut dia datang, terus tak jadi pergi hospital dan akhirnya dia tertidur.

"Tak payah lah, nanti kalau abang terlepas dalam kereta lagi susah tau"

"Habis tu kalau dah teruk sangat macam ni awak boleh tahan ke? Saya ada ubat ni tapi tak tahu lah berapa lama kesan dia" aku hulurkan sebiji ubat cirit-birit dan sebiji ubat tahan sakit. Dia sambut huluranku dan terus menelannya.

"InshaAllah abang boleh tahan selagi Lia ada dengan abang" katanya seraya dia senyum kepadaku. Entah kenapa tiba-tiba hatiku berdegup laju. Aku terus bangun duduk di sofa kembali dan pura-pura tidur.

"Eh Lia kenapa tidur kat situ?

Alah buat pekak je lah Talia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience