9.0

Romance Series 20523

"Em.. er.. awak lapar tak? Kalau lapar saya pergi ambil makanan eh?" dengan pantas aku bangun dari katil, cuba untuk melarikan diri dari Arash. Muka memang hensem tapi seram lah! Aduh sakit macam tu pun boleh fikir ke situ lagi eh.

"Eh takpe abang tak lapar pun, kalau Lia ambil makanan nanti Lia tempek kat muka abang pulak. Sini lah kejap" panggil Arash lagi. Tangan kirinya masih memegang perut.

"Habistu awak nak minum? Saya pergi ambil air eh?" sekali lagi aku cuba memberi alasan tetapi gagal lagi. Pantas aje Arash memegang lenganku. Dengan hati yang tak rela aku kembali duduk di penjuru katil.

"No need lah. Nanti Lia simbah air tu kat muka abang pulak" kata Arash selamber. Ah apa dia nak buat ni?! Wajah Arash masih tenang dan bershaja lagi. Ish saje je tau dia nih.

*****

"Kemas baju? Buat apa?" soalku. Tiba-tiba aje Arash suruh aku kemas baju. Otak dia pun dah mereng sikit agaknya lepas cirit-birit semalam.

Passport merah miliknya dikeluarkan kemudian dia menyarungkan kemeja bewarna biru gelap di badannya. Aku hairan kenapa lelaki zaman sekarang suka pakai baju dua lapis? Dalam baju putih, luar kemeja biasa. Tak panas ke?

"Lia jangan bawak baju banyak sangat. Bawak backpack biasa je" pesan Arash. Aku ikutkan aje lah tanpa banyak menyoal. Arash membawa bagasinya yang bewarna coklat turun ke bawah.

Amboi kita dia pesan jangan bawak barang banyak, siap suruh bawak backpack je pulak tu. Sampai dia bawak luggage ha. Bagasi itu lah yang dibawanya semasa aku bernikah dengannya. Haish takpe lah Talia, jangan lah kau persoalkan Arash tu.

"Eh Lia dengan Arash nak pergi mana?" soal Angah. Aku pandang Angah sekilas. Hwaaaaa Angah, Lia tak nak ikut Arash!!!!

"Naufal, tolong lah Lia! Lia tak nak ikut dia lah!" bisikku kepada Naufal yang berdiri di hujung sofa. Naufal mengangguk beberapa kali. Syukurlah adik aku sorang ni memahami. Fuh.

"Arash, nanti pergi lama-lama sikit tau. Dah tak balik sini pun takpe. Bawak je Lia ni pergi sampai ke hujung dunia pun boleh" kata Naufal. Bulat mataku memandangnya. Eeee kurang asam Naufal! Naufal tersenyum nakal. Tak gunanya adik aku ni! Ah kenapa kau senang sangat terpedaya dengan muka comel Naufal tu Talia? Aduh

"Kalau ikutkan memang nak bawak lama sikit, tapi tak boleh sebab ada hal nak kena settlekan" kata Arash. Aku menghela nafas separuh lega. Tak boleh nak lega sepenuhnya sebab aku masih perlu bersama dengannya. Berdua! Argh!

Semua urusan tiket dan segala bayaran dibuat oleh Arash maka aku langsung tidak mengetahui destinasi yang bakal kutuju. Yang ni paling tak best. Bila tanya berapa lama penerbangan, katanya sehari.

Mati katak agaknya aku dalam tu nanti. Kapal terbang pun tak pernah aku naik. Naik kereta setakat dari rumah ke Pahang pun aku boleh mabuk inikan pula naik kapal terbang sehari?

"Lia, makan ubat ni" Arash hulurkan sepapan ubat biji kepadaku. Aku lihat ubat itu, kemudian aku lihat wajahnya pula.

"Ni ubat muntah. Mama kata Lia kena makan sebelum naik kapal terbang so abang ambil aje lah"

Nasib baik mama memahami. Aku telan sebiji ubat itu, kemudian tiba lah giliran penerbangan aku dan Arash. Rasanya aku dengar macam ada stan stan belakang dia. Pakistan ke? Ke Afghanistan? Ah tak nak ikut! Boleh tak kalau aku lari agaknya hihi

Arash sedang ralit melihat telefonnya. Dengan senyap dan pantas aku cuba untuk pergi dari sini. Eh tapi kan Talia, kau nak jadi isteri durhaka ke haa? Durhaka derhaka.

"Lia jangan terfikir nak lari eh, abang bawak Lia lari betul-betul nanti baru tahu" katanya dengan nada yang agak mengugut. Haih dia tahu pulak aku nak lari.

"Kenapa awak cakap saya nak lari pulak?" soalku. Saje kita tanya.

"Husband's instinct, remember that ya honey?" katanya sambil dia menepuk-nepuk bahu kiriku. Er,

Baru selangkah aku masuk ke dalam kapal terbang, jantungku bagai mahu gugur. Tak kuat aku melangkah. Rasa bagai mahu rebah di sini. Ah lemahnya kau ni Talia.

"Lia? Okay tak ni?" soal Arash. Aku senyum tawar dan angguk kemudian terus aje Arash menarik tanganku hingga lah ke tempat duduk aku dan dia. Aku duduk di tepi tingkap dan Arash pula duduk di sisiku. Belum apa-apa lagi kau dah macam ni Talia. Baru je duduk.

"Serious abang tanya ni, okay tak?" soalnya lagi. Berkerut wajahnya memandangku. Ah tiba-tiba pula jantungku berdegup laju. Kenapa ni? Aku larikan pandangan ke tempat lain.

"Ok je takde apa pun lah" palsu aku. Ah beginikah rasanya menaiki kapal terbang? Gugup betul aku. Kemon lah Talia, benda lain kau berani cuba, berani buat tapi takkan naik kapal terbang pun kecut?

"Jangan tipu abang lah Lia. Haish Lia ni. Ni mesti baru first time naik kan? Patut lah mama bagi ubat muntah siap-siap. Dah, sandar lah kat kerusi ni" badan aku ditolaknya ke kerusi. Ewah cakap je lah kita tahu lah nak sandar macam mana, ni nak tolak-tolak kita pulak eh. Tiba-tiba dia letakkan 'headphone' di kepalaku.

"Dengar lagu je, nanti Lia tidur" aku memandangnya sejenak. Kemudian dia keluarkan sebuah buku. Tak sempat pula aku melihat kulit buku itu. Tetapi pada halaman yang dibuka...... dia baca puisi ke?

.......

Jam di tangan kulihat, ah akhirnya mereka beritahu tak lama lagi nak mendarat. Aku tak dapat tidur dengan lena. Tidur kejap terjaga, tidur lagi sekejap terjaga. Dan setiap kali aku terjaga, Arash masih lagi tidur dengan nyenyak hingga lah ke saat ini. Lagu yang dimainkan di mp3 miliknya juga sudah berulang-ulang. Sepatutnya aku yang tidur lena sebab dengar lagu tapi orang sebelah ni lagi lena daripada aku ceh.

Setelah masuk ke dalam lapangan terbang, Arash menarik bagasinya pergi ke arah seseorang dan aku ditinggalkan di belakang. Ah nak tinggalkan aku kat sini pulak ke?

Bukan main mesra Arash bersembang dengan perempuan tu. Ee menyampah aku tengok. Tergelak-gelak. Dengan aku tak nak pulak dia tergelak-gelak eh. Aduh entah kenapa panas pula jiwa aku ni tengok. Dah berapa lama dah kot aku berdiri kat sini dan mereka masih lagi berbual di sana. Lupa agaknya dia ada bini heh.

Ah adakah aku sedang cemburu? Cemburu? Masakan aku boleh cemburu? Ah gila lah kau Talia! Daripada aku tengok mereka bermesra lebih baik aku blah. Terus aku berjalan ke arah lain. Setiap kali aku toleh kebelakang, Arash masih bersembang dan aku rasa mungkin dia terlupa dia datang bersamaku tadi. Aduh pedihnya hati aku sekarang ni.

Aku duduk di pintu masuk lapangan terbang ini. Muka orang-orang di sini macam...... orang Pakistan? Cantik-cantik belaka mereka semua ni. Rasa kecil aje diri aku ni. Tiba-tiba telefonku yang retak berbunyi. Ah tak sangka Digi masih boleh digunakan di negara asing?

"Unknown is calling you"

Unknown? Er jangan harap lah aku nak angkat. Unknown. Entah siapa lah tu. Aku biarkan aje panggilan itu mati hingga lah kali ketiga nombor yang sama memanggil. Akhirnya ada satu pesanan ringkas masuk.

"Talia, where are you?"

Siapa ni? Tiba-tiba je tanya aku kat mana. Ni mesti member kat kolej dulu. Ha bila susah baru kau nak cari aku ya? Kemudian satu lagi pesanan ringkas masuk.

"Lia, please reply message abg. Where are you now?"

Lah suami den rupanya. Ha baru ko tahu aku hilang. Tadi berapa jam aku berdiri belakang tu sedap aje dia bermesra-mesra dengan perempuan tu kan haaa pergi lah bersembang lagi. Ni nak maroh ni.

Maaflah abe, sis tak ada kredit nak reply.

"Talia!" jerit satu suara. Hampir aje nak tercampak telefon aku ni. Dah lah retak atas ke bawah, haih nasib baik tak jatuh.

Panjang umur laki den. Baru tadi aku sebut pasal dia. Baru aje aku bangun dari kerusi, seorang kanak-kanak kecil berlari dan melanggarku. Kali ini telefonku benar-benar terjatuh.......

Dan pecah sepenuhnya.

Aku hanya mampu lihat aje dan Arash pun datang kearahku.

Aku hanya melihat telefonku yang sudah pecah di atas lantai itu. Ah..... hancur

"Talia Irdina!" cepat-cepat aku ambil dan simpan telefonku ke dalam beg. Arash berlari-lari kearahku membawa bagasinya.

"Lia, kenapa tak angkat abang call tadi?" soal Arash dalam kecungapan. Fuh relax lah abe kita kat sini je kot?

"Sebab..... " tiba-tiba perempuan tadi datang kearah aku dan Arash. Aduh cantiknya dia. Memang patut kau kalah dengan dia lah Talia.

"Abang dah habis sembang dah ke? Tak nak sembang lagi? Pergi lah sembang kat sana lagi" sindir aku. Satu jelingan aku bagi tetapi wajah Arash seperti tidak termakan dengan sindiran aku. Aku sebut apa tadi?

"Em apa Lia cakap tadi?" soalnya tiba-tiba. Aduh geram pula aku. Mintak upang-ulang pula. Ingat ni dvd player ke?

"Apa yang saya cakap semuanya adalah siaran langsung ye" kataku selamber. Aku toleh kearah lain. Perlu ke nak ulang ayat aku tadi? Tapi aku rasa aku cuma suruh dia pergi bersembang lagi je tadi.

"Abang rasa abang dengar Lia panggil abang tadi" dia senyum senyum pula memandangku. Eh eh dia ni. Ada ke aku sebut tadi?

"Mana ada lah. Awak salah dengar lah tu. Takde maknanya saya nak panggil awak abang" kataku spontan. Aku jeling sekali.

"Ha jeling lagi jeling. Abang cungkil biji mata tu baru tahu" ugutnya pula. Aku mencebik sekali. Perempuan tadi pula tersenyum sendiri. Eee berani dia nak cungkil biji mata kita ni? Yang perempuan tu dok tersenyum-senyum kenapa? Dia faham ke apa aku dengan Arash cakap?

"Dah lah jom, jangan jeling-jeling lagi" pesannya pula. Arash hulurkan tangan kirinya kepadaku. Aku pandang tangannya, kemudian aku pandang wajahnya pula. Nak mintak duit ke?

"Kalau awak nak duit, saya takde" kataku sinis. Yelah tengahari semalam terus aje dia tarik aku ke KLIA, duit pun tak sempat aku nak ambil. Kalau ada pun, duit Malaysia lah. Sekarang ni aku ada kat mana pun aku tak tahu.

"Haish sayang, kenapa blur sangat?" soalnya. Dia kata kita ni blur pulak? Ewah. Lepas tu sedap dia pula panggil kita ni sayang. Tiba-tiba tanganku ditariknya, dia genggam kuat tanganku terus berjalan ke depan. Tiba-tiba juga jantungku berdegup laju. Ketika ini aku terasa seolah-olah hanya aku dan dia yang berada di sini.

Ah Talia! Ni bukan drama lah aduh.

Perempuan tadi membawa aku dan Arash ke sebuah rumah. Aku malas mahu bertanya. Sepanjang perjalanan, aku dan dia hanya diam aje tak bersuara. Tak nak pulak dia duduk kat depan sebelah perempuan ni. Aku duduk dekat dengan pintu di sebelah kanan. Arash pula duduk di sebelah kiri. Macam bergaduh pula aku dengan dia ni.

"Lia, abang nak tanya sikit" Arash bersuara.

"Tanya lah" aku masih memandang ke luar tingkap. Malas pula mahu berpaling kearahnya.

"Lia, pandang lah sini. Tak elok tau membelakangi suami"

"Eh saya kan kat sebelah awak ni? Mana ada saya duduk belakang awak" ewah menjawab pula aku. Bagus betul perangai kau eh Talia. Aku kembali memandang ke luar tingkap.

"Lia, abang mintak maaf" bicaranya lembut. Akhirnya aku pusing kearahnya. Bila masa pulak dia duduk sebelah aku ni? Memang lah dari tadi dia duduk sebelah aku cuma kali ni, betul-betul sebelah

"Ke... kenapa pulak?" soalku tiba-tiba gagap. Ah masa ni pulak kau nak gagap Talia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience