23.0

Romance Series 20523

"Lia, em..... abang nak tanya ni" Arash bersuara perlahan. Lah, kenapa slow aje suara? Nak tanya apa?

"Semalam........"

"Ha kenapa dengan semalam?" potong aku. Panjang pulak harkat dia sebut semalam tu. Bila dah sihat ni laju aje nak potong orang lain cakap. Aku cuma baik demam aje sebenarnya. Batuk masih terlekat lagi hingga ke hari ini.

"Semalam masa tidur, Lia peluk apa?" soalnya. Aku diam. Berfikir sejenak. Peluk? Aku peluk apa je? Kalau tidur aku peluk bantal panda aku tu je rasanya.

"Bantal panda saya lah" jawabku selamber. Mata belum beralih lagi dari memandang tv. Ish bila cuti je tengok tv. Yang Arash ni pulak entah kenapa harini dok ikut aje aku pergi mana-mana. Pergi dapur dia ikut, pergi siram pokok dia ikut, aku lipat baju dia tolong lipat baju sekali tahu? Pelik.

"Iye keeeee? Sebab masa abang tidur semalam, rasa selesa je, nyenyak je tidur, sebab ada orang peluk"

Terus laju aku memandangnya. Arash pula tersenyum sambil dia mononton televisyen besar ni. Ah aku ke yang dia maksudkan tu?

"Saya ke? Eh mustahil lah saya peluk awak" pandai pulak aku cover. Arghhhhh malunyaaaaa! Serius lah aku yang peluk dia semalam? Aduh kalau ye pun betul tak payah lah sebut sebut, tak tahu ke aku malu?

"Hm takpe lah. Orang tu tak nak mengaku pulak. Eh, abang ingat nak tengok cerita Annabelle lah. Lia nak ikut?" soal Arash pula. Aku fikir sejenak. Annabelle? Kat wayang ke? Kalau tengok kat wayang ni memang mampuih lah aku. Tak pernah lagi aku tengok cerita hantu kat wayang tau. Tengok kat rumah dengan adik beradik aku pun dah terjerit-jerit aku dibuatnya apatah lagi kalau tengok kat wayang?

"Hm..... takpe lah" aku bersuara perlahan.

"Tak nak? Serious? Lia takut eh?" soalnya. Entah kenapa tiba-tiba rasa geram. Ye memang aku takut!

"Eh tak lah. Boleh je nak tengok" jawabku spontan pula. Aduh Talia kenapa kau beginiiiiiiiiiiiii? Habis lah kau Talia.

.........

Aku menutup wajah ke bahu Arash yang duduk di sebelah kiriku. Ah tak sanggup dah aku nak tengok cerita ni. Kalau ada sakit jantung memang melayang dah nyawa aku. Seram tu tak ada lah cuma banyak bahagian yang terkejut-terkejut aje lah hah.

"Ya Allah, dah lah. Lia, jom keluar"

Terus aku memandangnya. Keluar? Serius lah? Aku amat bersyukur sebenarnya sebab dapat keluar dari sini sebelum melihat lebih banyak lagi bahagian yang lain tapi........ takpe ke?

Setelah keluar panggung, aku meggosok-gosok aje bahu kiri dan kananku. Masih lagi terbayang-bayang saat jembalang-jembalang tadi tu keluar.

"Lia, okay tak?" soal Arash. Terkejut aku dibuatnya. Ah menyesal aku tengok cerita tu. Menyesal!

"Ha okay okay" jawabku. Tengok Annabelle lepas maghrib pulak tu. Aduh ni yang seram ni. Makan malam pun aku tak dapat nak menikmatinya seperti biasa. Selesai makan, terus pulang ke rumah semula.

"Eh nak pergi mana?" soalku kepada Arash. Aku baru nak masuk toilet dia nak keluar dari bilik pulak.

"Abang nak pergi dapur lah, nak ambil air minum. Nanti abang datang balik okay?" soalnya pula. Aaaaa aku ni dah lah jadi penakut pulak sejak tengok Annabelle tadi aduh.

"Nak ikut!" laju aje perkataan itu keluar dari mulutku. Arash tergelak kecil aje memandangku.

"Nak ikut? Sayang, abang pergi ambil air je. Tak lama pun. Sekejap je okay?"

Aish nampak sangat tak nak kita ikut. Dah lah, pergi aje lah malas pulak aku nak cakap lebih-lebih. Buat sakit hati pulak kang haa dah menambah dosa dengan laki sendiri pulak hah. Tak faham ke yang aku ni tengah takut? Lebih-lebih lagi sejak tengok Annabelle tadi.

Aku terus duduk di bawah selimut. Tapi duduk bawah selimut pun seram jugak sebenarnya. Ah payah lah macam ni. Akhirnya aku duduk di atas lantai antara katil dengan dinding. Sempit tu memang lah tapi rasa lagi selamat duduk kat sini. Dalam almari pun seram jugak.

Haish sejak aku kecil lagi aku suka menyorok dalam almari, tak ada pulak aku fikir almari tu seram ke apa tapi sejak tengok cerita seram kat wayang terus mengubah segalanya eh?

"Lia?"

"Sayang?"

"Ya Allah, sayang oi, buat apa kat celah tu?" soal Arash. Akhirnya aku tertidur pula di celah katil ni. Aku tak mahu menjawab. Kata sekejap tapi sampai aku boleh tertidur ni sekejap ke hah?

"Ya Allah, meh sini" panggilnya pula. Tanganku ditariknya lembut. Aku tak mahu pergi tapi tak mampu pula nak tolak dalam keadaan mamai. Arash membawaku baring di atas katil.

"Sampai macam ni eh Lia takut? Okay, abang mintak maaf. Abang teman Lia tidur okay?" soalnya. Sebaik sahaja dia baring di sisiku, terus aku baring rapat dengannya. Bukan nak menggatal tau, tapi takut punya pasal je ni.

Arash agak terkejut dengan apa yang aku buat tapi, ada aku kisah? Yang penting aku bukan berseorangan macam tadi. Kemudian Arash pula menarikku rapat ke dadanya. Rambutku dibelainya lembut.

"Takpe sayang, abang ada kat sini. Goodnight sayang" ucapnya. Ubunku dikucupnya lembut.

*****

"Talia, tolong simpankan semua barang tu tau? Thanks!" kata Nayla. Aku diam aje memandangnya. Geram. Suka hati dia aje nak suruh kita. Ingat kita ni kuli batak dia ke? Eeeee haih sabar je lah Talia. Tolong orang tu ikhlas lah sikit.

Aku memasukkan barang-barang yang digunakan tadi ke dalam beg. Dah lah barang pinjam ni, kalau hilang tak ke naya? Haih tiba-tiba badan terasa letih. Aku mula batuk lagi. Terus air yang dibeli tadi aku minum. Haaaaa lega sikit tekak ni.

Jap, aku minum air sejuk ke? Ya Allah habis lah aku kali ni. Dah batok lepas tu minum air sejuk pulak tu. Memang cari nahas. Kenapa aku boleh tak perasan ni air sejuk? Ah Nana ni pun lah kenapa dia beli air sejuk untuk aku?

Aku terus mengemas dengan laju. Selesai mengemas, aku hantar barang-barang ini ke pejabat. Dah lah jauh perjalanan ni, lepas tu dengan batoknya lagi ya Allah.

Aku duduk. Tak mampu dah nak gerak. Batok terus menerus aje keluar. Akhirnya batok aku diakhiri dengan darah. Ada sedikit darah yang berada di tanganku. Aku jadi kaku sejenak. Ya Allah kenapa sampai berdarah ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience