4.0

Romance Series 20523

"Lia, hari ni mama ada hal kat luar. Lia tengok-tengokkan kedai dengan Naufal okay?" pesan mama. Aku dengan Naufal je? Hal apa pulak ni?

"Mana boleh Lia dengan Naufal je. Nanti kalau ada customer pelik-pelik datang macam mana?" nak berhadapan dengan pelanggan yang berperangai pelik adalah sesuatu yang paling sukar untuk aku hadapi. Sebenarnya tak ada lah susah pun cuma aku malas je nak tengok perangai macam tu.

"Lia kan dah biasa tengok macam mana mama berhadapan dengan customer macam tu? Mesti boleh punya lah okay? Mama dah lambat ni, mama pergi dulu ya? Kalau mama balik awal, nanti mama singgah kafe tau" terus aje mama mengambil beg tangannya dan kunci kereta. Sekarang dah pukul 8! Ah baik aku pergi kafe cepat, bila nak kena buat kerja sendiri ni lah yang payah ni!

"Naufal! Cepat lah!" teriakku setelah aku memakai topi keledar. Dalam kabut Naufal keluar dan mengunci pagar rumah.

"Nak naik ni ke?" soal Naufal. Aku tahu Naufal mempunyau fobia apabila menaiki kenderaan dua roda tapi apa lagi pilihan yang dia ada?

"Ala naik je lah" aku mengarah. Naufal ikutkan aje tanpa rela.

Tiba sahaja di kafe, terus Naufal pergi ke tandas. Itu lah yang terjadi apabila naufal melakukan perkara yang dia fobia tapi yelah apa aje pilihan yang dia ada? Kereta mama, mama dah guna. Kereta aku pula masih di bengkel. Menaiki Vespa merah ini adalah pilihan utama aku dan ianya pilihan terakhir Naufal.

"Apesal adik kau tu? Macam sakit je" kata Sofea sambil dia menurunkan kerusi dari meja.

"Takde apa lah. Kejap lagi dia okay la tu"

"Mama kau pergi mana? Takpe ke kita je jaga kafe hari ni?" soal Sofea. Aku berhenti mengelap meja. Kalau difikirkan, aku rasa agak sukar juga menguruskan kafe seharian tanpa mama tapi takpe lah, mana tahu hari ni semuanya mudah kan? Dan aku harap hari ni pelanggan tak berapa ramai.

"Tak cakap lah pulak pergi mana, mama cakap ada hal je. Aku ada mintak kak Hana datang sini jugak tadi. Dia kata nanti dia datang"

Dua jam berlalu dengan pantas, pelanggan yang datang melebihi jangkaan aku. Kafe menjadi penuh pula hari ni. Masing-masing bekerja seperti lipas kudung. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Tak cukup tangan buat kerja.

"Hello familia!"

Aku terdengar suara seseorang dari arah dapur. Siapa pulak yang datang seronok-seronok masa orang tengah busy ni?

"Lia mana Lia?"

Wow tak sangka aku. Taufiq. Aku sangka dia akan menetap di Bali untuk beberapa bulan lagi?

"Liaaaaaaaaaaa! I need your help Lia!" terus dia berlari mendapatkan aku. Aduh masalah bila ada abang yang hiper ni.

"Ish nanti nanti lah nak mintak tolong tu. Sekarang ni Lia nak mintak tolong angah jadi waiter" tanpa berlengah aku menarik tangannya ke depan. Maaflah angah, terpaksa. Tak cukup tangan dah hari ni.

"Eh angah betul-betul baru sampai dari Bali tau. Angah tengah jet lag lagi ni tahu tak? Ni, mama mana mama?" angah lepaskan tangannya dari peganganku. Alah angah ni. Bagi alasan tak nak buat kerja lah tu. Jet lag konon heh.

"Waiter!"

"Mama ada hal kat luar. Dah lah cepat lah tolong" geram pula aku dengan angah ni. Aku ke depan melihat pelanggan yang memanggil.

.....

Akhirnya pelanggan semakin berkurang. Usai solat asar di bilik rehat, aku ke depan semula melihat jika ada kerja yang perlu aku lakukan lagi. Kak Hana dan angah sedang bersembang di meja yang selalu aku duduk lepak. Haish sibuk je angah ni ambik tempat aku. Naufal pula bermain dengan telefonnya di kaunter. Sofea entah kemana aku tak tahu lah.

"Waiter?" panggil seorang wanita. Bergegas aku pergi ke arahnya.

"Ya Puan? Puan belum order lagi ke?" soalku. Aku cuba menjadi seikhlas yang boleh ketika melayan pelanggan. Bila layan pelanggan dengan baik dan hati yang ikhlas, baru lah mereka akan datang kembali kan?

"Eh tak, dah order dah tadi. Ni aunty nak tanya.... Irdina, umur berapa?" soalnya. Aku jadi hairan seketika. Irdina? Oh yelah, nametag aku nama Irdina. Jap tapi kenapa aunty ni tanya umur aku?

"Em... 22 aunty kenapa ya?" soalku pula. Dia senyum memandangku.

"Eh duduk lah dulu aunty nak sembang-sembang je ni" pelawa wanita ini. Aku lihat sekeliling dahulu. Ok takpe lah pelanggan pun berapa orang aje. Aku tarik kerusi dan duduk di hadapannya.

"Tak sambung belajar ke?" soal wanita itu lagi. Sambung belajar eh? Ini kali pertama ada orang mengajukan soalan itu kepadaku setelah aku pulang ke sini.

"Sekarang tengah cuti sem aunty. Daripada tak buat apa-apa baik saya kerja kat sini" jelas aku. Wanita ini angguk-angguk aje tanda faham. Aku pun senyum aje lah, tak ada respon dah. Maklumlah diri ni tak peramah sangat.

"Tak nak kahwin?" soalnya tiba-tiba. Aku jadi pegun buat seketika. Kahwin? Kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik dengar pasal kahwin eh? Dah sampai seru agaknya kot? Eh tak nak lah! Eee apa kau Talia nak kahwin bagai ni? Aku sendiri pun takut dengan lelaki macam mana nak kahwin?

"Em... calon pun tak ada aunty macam mana nak kahwin? Lepas tu..... kalau sampai seru nanti saya kahwin lah ha" ah.ha.ha.ha.ha.ha. Aku gelak palsu memandang wanita ini. Aduh jawapan apa aku bagi tadi tu? Kalau ada calon pun kau nak kahwin ke Talia? Ah malas lah nak fikir!

"Em aunty, saya pergi sambung kerja dulu lah eh? Banyak pinggan saya nak basuh kat belakang tu. Jemput lah minum ya?" pamit aku. Terus aku bangun menuju ke dapur. Sejak bila entah kerja aku basuh pinggan? Ah takpe lah tipu sunat!

*****

"Talia, mama panggil tu. Pergi lah cepat" kata Naufal. Terus aku pergi ke ruang tamu. Mama dan angah sedang menonton drama hindustan nampaknya. Ah kalau angah dah balik memang dia aje lah yang konker tv tu.

"Mama panggil Lia ke tadi?"

"Ha meh sini duduk" mama tepuk-tepuk sofa di bahagian sisinya. Angah pula duduk di sofa yang bersebelahan.

"Ingat tak mama cakap pasal kahwin dengan anak kawan mama tu?" soal mama. Ah kenapa mesti cakap pasal kahwin jugak ni? Angah terus berpaling ke arah aku dan mama. Mungkin berminat apabila mendengar perkataan 'kahwin' itu.

"Em... ada ke?" soalku pura-pura amnesia. Nak amnesia boleh tak?

"Jangan nak buat-buat lupa lah Lia" celah angah. Ish angah ni! Aduh sibuk je. Aku jeling angah sekali. Kenapa dia perlu ada kat sini?

"Mama dengan kawan mama tu dah setuju dah nak satukan Lia dengan anak dia" kata mama dengan tenang. Terbuntang luas mataku memandang mama. Angah juga memandangku dengan wajah yang tidak percaya.

"Eh mana boleh ma! Mama tak tanya Lia pun Lia setuju ke tak kan? Lelaki tu pun tak setuju lah ma Lia tahuuuu" hwaaaa tolong lah aku tak mahu kahwin dengan lelaki rambut rumpai laut tu!

"Mana Lia tahu dia tak setuju? Mama sendiri dah tanya dia tadi dia kata ok je tau" aku terkejut lagi sekali. Dia kata ok? Bukan ke semalam dia suruh aku reject dia? Eeee apa mamat ni?! Aku tak nak kahwin dengan diaaaaaaaa!!!!!

"Maaaaa..... Lia tak nak kahwin dengan lelaki rumpai laut tu.... " terus aku terdiam. Terlepas pulak. Mama pandang aku pelik.

"Rumpai laut mana pulak ni Lia? Oh..... Lia, yang mama cerita ni anak kawan mama yang suka surfing, bukan yang datang kafe semalam tu"

Bukan yang tu? Habis yang mana satu? Aish serabut lah bila ada dua orang yang suruh kahwin ni! Habis tu siapa lelaki rambut rumpai laut semalam tu? Gaya dia pun memang gaya lelaki yang suka mandi pantai. Dengan rambut rumpai laut dia, kulit sawa matang, bidang bahu lebar, memang gaya peluncur air lah!

"Kawan mama yang datang semalam tu tak dijangka. Mama tak tahu pun yang dia nak datang semalam. Tak sangka pulak dia pun nak Lia kahwin dengan anak dia" mama memandang ke hadapan. Tak sangka pulak....

"Laku jugak adik angah sorang ni. Sampai dua orang nak Lia jadi menantu" kata angah sambil dia ketawakan aku. Aku ambil kusyen kecil lalu aku campak ke muka dia. Ha eee geram pula aku. Kenapa aku yang tak nak kahwin ni yang kena kahwin tanpa rela? Lagipun aku muda lagi kot? Tak habis belajar lagi pulak tu. Macam mana aku nak uruskan suami aku tu nanti dengan busy nak belajar lagi haish.

"Habis tu, Lia kena kahwin jugak ke?" soalku. Angah juga memandang mama menantikan jawapannya.

"Lia sorang je anak perempuan mama. Lagipun Lia kan tak suka bergaul dengan lelaki. Nanti bila Lia habis belajar, at least ada lah orang nak jaga Lia kan? Anak kawan mama yang sorang ni mama dah kenal lama dah, mama nak pasangan yang terbaik untuk Lia. Mama rasa anak kawan mama yang tu lah paling terbaik tau untuk Lia. Ok lah, mama nak naik mandi dulu" mama terus pergi meninggalkan aku dan angah di sini.

Aku terus tersandar ke sofa. Dia paling terbaik? Maksudnya calon lain semua tak baik lah dan dia paling baik? Aaaaaa apa semua ni? Serabut lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience