19.0

Romance Series 20523

"Tukar lagu BI jadi Malay? Ah part yang paling tak best" kecewa pulak aku bila ada pertandingan macam ni. Bukan senang kot nak tukar lagu Inggeris ke Bahasa Melayu ni. Lagi-lagi lagu Who Says nyanyian Selena Gomez tu.

'Who says, who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?'

Bila tukar jadi,

Siapa kata, siapa kata kau tak sempurna?
Ha siapa kata?

"Eh best apa, saya suka"

Laju pandanganku beralih ke arah Arash. Aku telan liur.

"What? Why are you looking at me like that?" soal Arash. Pelajar-pelajar kumpulan Cairo ini semuanya memandang ke arah aku dan Arash.

"Bro, lain macam je sebut saya" kata Fadlan iaitu ketua kumpulan Cairo ini.

"Yes you're with me Fad, memang pelik bila awak cakap saya" aku terdiam sejenak. Entah kenapa aku pun terasa pelik bila cakap awak awak dengan Arash.

"Kak, bila akak cakap awak dengan bro Hadri ni pun bunyi dia pelik tapi bila akak awak awak dengan kitorang, ok pulak" tambah Ain pula. Aku pun rasa begitu. Ah kenapa semuanya terasa pelik bila kena berlakon?

"Mesti kat rumah panggilan korang lain kan? Haaaaaaa"

"Eh of course lah lain, tak sweet lah kalau awak saya je memanjang. Kan sayang?" Arash tersenyum lain macam pula memandangku.

"Cewahhhhhh"

"Siapa sayang siapa?" celah seseorang. Terus aku toleh kebelakang. Lydia lah pulak aduh.

"I dengan Kimi sayang diorang ni ha" palsu aku. Mereka semua senyum menahan gelak aje memandang antara satu sama lain. Begitu juga Arash. Eeeee muka masing-masing macam tahan berak aje tahu?

Setelah Lydia pergi, baru lah aku dan Arash melihat lagu yang diberi.

*****

"So, korang nak menyanyi lagi?" soalku tak percaya. Ah tolonglah percaya Talia.

"Tangan bertuah Amy ni yang pergi cabut undi, lepas tu dapat Singing like Artist gitu so kita nyanyi jelah apa lagi?" jelas Fadlan. Aku angguk aje la beberapa kali. Apa boleh buat? Memang kerja kau menyanyi aje la kat sini ye Talia. Dah alang-alang dapat suami suara boleh tahan sedap jugak kan.

Tak sangka lah pulak Arash yang macam ni pun suara bukan main sedap lagi. Sebelum ni tak pernah pulak dia menyanyi kat rumah. Tup tup aje kali pertama aku dengar dia menyanyi sedap cenggini.

"Lia! Lia!"

"Lia, termenung apa ni? Diorang semua dah ready dah nak menyanyi tau" jelas Arash. Aku sengih sumbing aje memandangnya dan mengambil tempat yang paling hujung sekali. Memang tak lah aku nak menyanyi lepas satu peristiwa dulu. Aku cuma menyanyi olok-olok aje selepas peristiwa yang tu haih.

.....

"Don't worry guys, yang penting kita enjoy okay?" soal Arash kepada mereka sebelum lagu Flashlight dinyanyikan. Aku cuma gerak bibir aje tapi sepatah pun tak keluar kahkah.

Setelah tamat nyanyian, aku membawa mereka duduk di meja kedua dari belakang di dalam dewan makan asrama ini. Pentas pun agak besar juga di depan sana.

Memang talent show betul. Macam-macam talent ada kat budak-budak ni. Aku kagum lah jugak.

"Dah last" Arash bersuara perlahan.

"Last? Oh okay lah tu, saya pun dah mengantuk" sempat lagi aku menguap. Lama pulak tunggu giliran yang terakhir ni.

"Eh awak nak air? Ya Allah, awak, saya mintak maaf sangat-sangat sebab terlupa nak tanya makan minum awak dari semalam. Awak.... maafkan saya tau"

Masakan aku boleh lupa tanggungjawab aku sebagai isteri? Ya Allah isteri apa kau ni Talia? Makan minum suami kau pun kau boleh lupa. Bukan susah sangat pun kerja kau.

"It's okay lah sayang. Lagipun abang pun asyik terlupa nak tanya pasal Lia. Lia okay?" soalnya pula. Arash tersenyum tenang seperti biasa. Aku pula yang malu entah kenapa ni aduh masalah lah kau ni Talia.

"Elelele ada romantic scene pulak kat sini" kata Ayin dengan nada mengusik. Tiba-tiba je dia ada kat sini. Eee malu lah.

"Dum!!"

"Wei mak kau terkejut!" latah Ayin.

Walaupun aku agak terkejut dengan dentuman pintu itu tetapi dalam masa yang sama rasa kelakar juga dengar Ayin yang melatah. Arash pulak terus aje dia pegang lengan kita ni kuat-kuat dek terkejut.

Tiba-tiba ada pocong yang masuk melalui pintu belakang dewan makan ini. Sudah tentu lah hampir semua pelajar yang berada di dalam dewan makan ini menjerit dan berlari ke sudut yang lebih ramai orang.

Aku berlagak tenang aje walaupun hati ni ada rasa takut. Bukan apa, payah aku nak tidur nanti tapi Arash masih kelihatan tenang lagi.

"Ya Allah siapa yang lari laju sangat kat depan tu?" soal Arash. Aku tak sempat tengok pula nasib baik. Kalau aku nampak tadi memang tak tidur aku agaknya.

Tiba-tiba ada beberapa puntianak barangkali, memasuki melalui pintu depan pula. Terus melompat aku kearah Arash. Kali ni aku tak fikir dah ada siapa yang nampak aku melompat kat Arash ni sebab aku memang takut nak tengok. Kang menghantui malam aku pula nak tidur nanti.

"Ya Allah, tu orang je Lia. Think positive"

Aduh macam mana aku nak fikir positif sekarang ni hello? Aku masih lagi menghadap muka ke lengan Arash. Tak mampu den nak tengok. Hampir aje aku nak menangis.

Hantu-hantu ni mengilai pulak....... dalam masa yang sama segala hantu keluar merayau di dalam dewan makan ini. Suara ketakutan para pelajar sudah kedengaran membuatkan aku terus menangis macam budak tadika.

"Lia, it's okay... abang kat sini je" terus dia menarikku ke dadanya. Sumpah aku dalam ketakutan tahap apa aku tak tahu lah. Lebih-lebih lagi apabila suara-suara ngilaian dan jeritan hampir semua orang yang berada di dalam dewan makan ini.

"Hei dah jangan menangis lagi, nanti orang nampak Lia menangis" pujuk Arash, cuba membuatkan aku berhenti menangis. Aku mengesat air mata ketakutan tadi dan aku betulkan kedudukanku tapi wajahku hanya pandang ke arah meja aje.

"Jangan tengok depan. Abaikan je bunyi tu semua. Abang kat sebelah Lia ni je. Relax okay sayang?"

Tanganku digenggamnya kuat di bawah meja. Nasib baik juga lah aku dan Arash duduk di tempat yang agak belakang sedikit dan tiada siapa duduk berhampiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience