14.0

Romance Series 20523

"Eh ni pengantin baru bangun lambat ni kenapa?" soal Naufal. Pandangan maut aku bagi kat Naufal ni. Pengantin baru apanya? Dah berapa minggu dah kita ni kahwin.

Lepas tu bila angun awal salah, bangun lambat pun salah. Haish manusia. Ni semua Arash punya pasal lah. Entah pukul berapa aku tidur pagi tadi. Mungkin lepas menangis masa tu aku terus tertidur, tapi akhirnya dia sorang aje yang turun tengok pintu dan pagar dah dikunci ke belum hihi. Lepas solat subuh tadi pun terus aku sambung tidur. Tak sangka pula si Arash ni join sekali.

"Dik, buat projek ke semalam?" soal angah. Ni lagi sorang. Aku jeling sekali. Memang kalau dua-dua bangun lambat maksudnya kita ni buat projek ke? Aku belum bersedia lagi lah nak buat projek bagai ni.

"Bukan lah ngah, ada orang tu.... dia kan...... " sengaja Arash memandangku sebegitu. Terus aje tanganku menampar lengannya. Arash mengaduh kesakitan.

"Amboi garangnya, ni makin sayang ni" kata Arash sambil lengan yang kupukul tadi digosoknya perlahan.

"Eee tak nak panggil abang lagi baru tahu" cebik aku sekali. Naufal hanya memerhatikan aje aku dengan Arash. Angah pula tiba-tiba aje datang minum air kat sini.

"Kalau tak nak panggil abang...... panggil abang as your honey nak tak? Lepas tu abang panggil Lia sayang. Kan sweet tu? Baru manis sikit bila sayang plus honey kan?" soalnya. Laju aku pandang dia. Angah terus tersedak. Naufal pula tahan gelak aje lalu dia pergi ke depan.

"Eeee mengada. Tak malunya nak suruh kita panggil dia honey pulak" cebik aku lagi. Arash tergelak kecil. Nak makan pun tak ada selera dah aku ni tahu?

"Haish korang ni nak sweet sweet pun kat bilik je lah jangan lah kat sini. Tak pasal-pasal je angah ni tersedak" celah angah. Eh dia salahkan kita pulak?

"Eh, kita tak sweet pun kan abang? Angah yang tiba-tiba datang minum air kat sini, lepas tu salahkan kitorang pula. Angah lagi tak malu tahu?" terus aku berjalan menuju ke ruang tamu. Tak nak makan. Hilang selera. Ah geram pula.

Setelah beberapa minit aku menonton Law & Order di siaran 702, Arash datang membawa sepinggan nasi goreng dan secawan air teh lalu dia duduk di sebelahku. Angah pun dah keluar masa ni so tak ada lah dia nak menganggu otak aku sekarang ni. Naufal pula terus aje masuk bilik tadi.

"Sayang, makan sikit" kata Arash. Dia hulurkan sesudu nasi goreng kepadaku. Aku memandangnya pelik.

"Untuk apa? Takpe, awak makan lah. Saya dah kenyang" ujarku lembut. Tipu je kenyang. Bangun pukul 10 lepas tu bukannya aku makan apa pun. Minum air pun tidak.

"Sayang, don't lie to me okay? Makan lah sikit, tadi bukannya Lia makan apa pun" haish kenapa lah Arash ni lembut sangat orangnya? Dah lah lembut, caring, sopan, penyabar, dia sabar aje dengan perangai aku yang macam-macam ni. Yang aku ni pulak bila dia buat perangai sikit aku dok mengelak dari dia. Bila terasa dengan dia aku pergi lari masuk almari. Dia terasa dengan kau ada dia lari ke Talia?

"Lia? Lia, berangan apa ni? Abang kat sini je kot?" soalnya. Ah aku fikir pasal apa tadi?

"Ish. Meh sini pinggan tu" terus aku ambil pinggan nasi goreng itu. Sudu yang berada di tangannya kuambil. Aku pula yang cuba menyuapnya.

"Abang makan lah. Abang pun mesti tak makan lagi kan? Ha nganga cepat, orang nak suap ni. Peluang macam ni bukan senang nak dapat tau" terus tersenyum suamiku ini. Dia pun terus aje membuka mulut dan makan sesudu nasi goreng yang kusuap. Elele sweetnya kita ni hihi.

"Lia tahu tak, abang masak ni untuk Lia tau. Bukannya untuk masuk perut abang sendiri"

"Iye ke abang masak? Macam tipu je" aku kecilkan kedua-dua mataku memandangnya. Terus pipiku dicuitnya lembut. Eh

"Betul lah. Muka abang ni muka penipu sangat ke?" soalnya pula. Muka tak bersalah dia tunjukkan kepadaku. Terus aku tergelak memandangnya. Comel comel je perangai dia ni tau.

"Buat apa nak masak untuk saya? Patutnya saya yang masak untuk awak tau. Haish, saya mintak maaf lah. Sampai sekarang pun saya tak dapat nak jalankan peranan saya sebagai isteri awak dengan betul" muka sedih aku tunjuk sambil aku tertunduk. Ya Allah pandainya kau berlakon Talia......

"Elelele berlakon je Lia ni. Ingat abang tak tahu? Ni ayat dalam cerita 'Cinta Kita' tu kan?" cebiknya pula. Ha terus terdiam aku. Tak sangka pula lelaki ni layan drama tu?

"Ingat abang tak tengok? Apa lah Lia ni. Lia, sebenarnya tanggungjawab seorang isteri ni untuk layan suami je. Bukannya memasak or buat kerja rumah semua tu. Yang lain-lain semua kerja abang. Bukan Lia. Lia cuma kena layan abang je. Setakat ni Lia dah layan abang okay dah tahu?" luah Arash. Dia senyum tenang memandangku.

So layanan aku terhadap dia selama ni cuma............

Okay je lah?

*****

"Esok?" soalku. Arash pula bersemangat angguk beberapa kali.

"Oh okay lah tu. Esok pun saya start busy so..............." akhirnya aku terdiam sejenak. Kalau esok dah start busy.......... ah macam mana dengan Arash? Macam mana kalau aku terlupa bahawa aku sudah bersuami? Macam mana kalau aku terlupa nak balik rumah? Ah susahnya macam ni.

"So?" soal Arash yang masih menanti aku habiskan ayatku.

"Em takpe lah. Tapi kan, apa yang abang buat sampai saya diizinkan duduk luar? Lecturer saya tu susah sikit bila tahu saya tak dapat stay sana tau tapi nasib baik jugak lah dekat je dengan rumah"

Memang aneh lagi ajaib. Lecturer aku seorang tu aje lah yang paling tak suka bila aku tak duduk asrama. Maklumlah kita ni student favorite dia hihi. Aku pula jenis yang selalu datang lambat pergi kelas sebab tidur.

"This is what we called as husband's power tau sayang" bisiknya pula. Aku cebik sekali. Arash terus aje tergelak sendiri. Ceh husband's power konon.

*****

Lepas subuh hari ni aku tak sambung tidur. Begitu juga Arash. Kalau tak, dia join dengan aku sekali. Ni lah dia laki bini paling sweet ok uols?

Aku cuma mengenakan blouse kosong bewarna biru dan seluar slack hitam biasa aje hari ini. Tudung pula shawl hitam biasa aje. Maklumlah hari ni dah mula orientasi pelajar baru so baju kita biar simple aje. Masa hari kemasukan hari tu aku tak dapat nak join dan hari ini baru lah den berkesempatan huhu.

"Sayang, sini kejap" panggil Arash. Aku pusing ke arahnya tanpa memikirkan apa-apa. Akhirnya aku pegun aje melihatnya.

"Hei hei, apa pandang abang macam tu? Abang tahu lah abang ni hensem tapi jangan lah sampai ternganga sayang oi" Arash tergelak kecil melihatku sambil dia membetulkan tali lehernya. Akhirnya mataku dapat kucelikkan beberapa kali. Ha amikko tak tercelik mata tengok laki den sendiri.

"Eee perasan" cebik aku sekali. Arash tergelak lagi.

"Macam ni je pergi kampus?" soal Arash. Dia scan aku atas ke bawah seperti pengimbas. Ey apa benda lah dok tengok kita macam tu.

"Hari ni orientasi so malas lah nak pakai lawa-lawa sangat. Kalau lawa sangat kang ramai pulak junior melekat kat I tau. Ha nanti meroyan lah you tengok I ada pakwe baru" fuh berlagak betul aku. Acah ramai junior nak melekat kat aku padahal aku nak bercakap dengan lelaki pun payah.

"So same goes to me. Nanti ramai lah staff lain melekat dengan abang" kening kirinya diangkat beberapa kali. Aku tenungnya buat seketika dan aku pun berlalu keluar dari bilik.

"Eh Lia!" terus tangan aku ditariknya. Omg Talia kau ingat ni drama kabhi kushi khabi gham ke?

"Lia, abang main-main je. Sama lah macam Lia main-main dengan abang" dia cuba menutup segalanya. Aku hanya tenung aje muka dia.

"Yelah tu" jawabku ringkas. Akhirnya kedua-dua tanganku dipegangnya.

"Eh kejap, Lia jeles ehhh?" soalnya dengan nada mengusik. Hello uols, perempuan mana je agaknya yang tak cemburu kalau ternampak suami dia dengan perempuan lain? Kalau lelaki tu jenis yang ingat isteri dia takpe lah kot. Ah tapi macam mana kalau Arash lupakan aku nanti?

"Ok ok. Lia, inshaAllah benda macam tu tak jadi okay sayang? Maybe perasaan Lia kat abang macam kabur kabur lagi tapi itu tak bermakna abang akan putus asa tau sayang. Kalau Lia pun abang tak dapat nak pikat lagi, macam mana abang nak pikat orang lain kan?" soalnya pula. Kedua-dua tanganku masih digenggamnya kemas.

"So lepas saya dah terpikat awak boleh cari perempuan lain lah, macam tu?" soalku spontan. Aku ni kejap panggil dia abang, kejap awak. Haish memang perasaan aku ni kabur kabur je agaknya tapi...............

Aku takut kalau Arash pergi tinggalkan aku. Lebih-lebih lagi bila aku tak tahu dia tengah buat apa. Aku takut.

"Oh so maksudnya Lia dah terpikat dengan abang lah ni? Hm nampaknya hari-hari abang kena pakai hensem hensem supaya Lia boleh terpikat dengan abang" eh eh dia ni.

"Lia tak nak tolong abang pakaikan tie ni ke?" soalnya pula. Elelele bukannya tak boleh pakai sendiri, saje je tanya dia ni pun.

Arash menghantarku ke kampus. Entah kenapa aku terasa seronok pula hari ni. Dah jadi senior lah Talia hihi. Pintu kereta aku buka dan terus aje aku melangkah keluar tetapi tanganku ditarik Arash pula.
"Sayang, tak nak salam abang dulu ke?" soal Arash. Aku sengih sebelah. Tangannya kukucup sekali. Tiba-tiba rasa berat pula nak berjauhan. Ah perasaan apa yang aku rasa sekarang ni?

"Nanti jangan lupa rindu abang tau" pesan Arash. Terus aje aku tergelak. Eee menyempat lagi nak perasan. Aku keluar dari kereta tetapi kaki rasa berat pula. Aku rasa macam ada sesuatu yang aku mahu katakan tapi apa?

"Abang....... " akh bersuara sebelum aku tutup pintu kereta.

"Ye sayang?" soal Arash. Kemudian aku geleng aje beberapa kali dan senyum. Ah kenapa rasa berat sangat ni?!

Setelah pintu kereta aku tutup. Aku terus aje berjalan pergi. Kalau nak lambai tangan kang....... bertambah perasan lah dia tapi....... ah susahnya perasaan ni.

"Lia!" terus aku berpaling ke belakang.

"I love you!" jerit Arash dari dalam kereta. Terus naik pipi ni tersenyum. Dia juga tersenyum memandangku. Akhirnya cermin keretanya dinaikkan dan terus aje keretanya dipacu laju.

"Talia!" jerit suatu suara.

"Weh aku panggil kau dari tadi kau tak dengar ke? Dok tersenyum sorang-sorang kenapa?" soal Amy. Aku sengih sumbing aje memandangnya. Takkan aku nak cakap tu suami aku?

"Eh jom lah. Dah lah kita ni lambat" terus tangan aku ditariknya masuk ke dalam dewan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience