7.0

Romance Series 20523

"Tak! Baik awak mengaku cepat apa awak buat semalam!" teriakku kepada Arash. Ok Arash nama suamiku ini. Arash Hadri. Sudah beberapa kali aku suruh dia mengaku apa dia buat semalam dan sudah beberapa kali juga dia cuma tersenyum dan diam tidak mengendahkan aku. Ee geram tahu geram?

"Hello Encik, I'm talking to you ni" aku melambai-lambaikan tangan di hadapan wajah Arash ketika dia masih lagi melihat telefonnya. Kalau boleh aku campak aje telefon dia tu.

"SAYA TENGAH.... "

Serta-merta aje tanganku ditariknya dan aku terus terjatuh di atas pangkuannya. Dengan pantas aku bangun tetapi tangannya masih kuat memegang tanganku.

"Ya kenapa sayang?" soalnya tiba-tiba. Aku jadi kaku. Jantungku pula laju berdegup bagai mahu melompat keluar dari kedudukan asalnya. Matanya tepat memandang kearahku.

"Tak... tak ada apa lah!" sekali lagi aku cuba bangun dan kali ini tidak dihalangnya pula. Ah kenapa tiba-tiba je jantung ni berdegup laju tadi? Ish Talia, kau tak payah nak lebih-lebih sangat lah!

"Pulak? Tadi Lia suruh abang mengaku apa?" soalnya dengan wajah yang tenang. Muka aku ni terasa panas aje. Malu ke marah ni? Ah kau nak malu apa Talia? Arash ni suami kau je pun.

"Ha! Mengaku cepat! Awak kan yang buang stokin saya semalam!" geram pula tiba-tiba. Hilang sudah rasa malu. Peduli? Aku ni kira pengumpul stokin. Tak tak. Aku ada koleksi stokin aku sendiri. Dah beratus stokin yang aku beli dan simpan. Dari yang beli di pasar malam hingga lah di Amsterdam aku beli. Dari yang harga RM2 hingga lah ke ratusan ringgit. (tapi paling mahal pun dalam RM150 je lah hehehe).

"Stokin? Mana ada abang buang" katanya musykil. Aku juga musykil. Kalau bukan dia, siapa pulak yang buang? Aku kecilkan kedua-dua mataku dan memandangnya tajam. Sekali lagi dia tunjukkan wajah yang tidak bersalah.

"Ya Allah Lia, abang tak buang pun serious" katanya lagi dengan yakin sambil dia mengangkat tangan seperti berikrar dihadapanku. Aku tenung dia, lama. Yelah tu dia tak ambil, maka aku harap dengan renunganku ini dapat membuatkan dia berkata jujur.

Tiba-tiba satu flying kiss yang diberi kepadaku. Terus aku cepat-cepat aje mahu beredar dari ruang tamu ini tetapi tanganku dicapainya lagi. Makin lama aku berada dengannya, makin banyak perangai peliknya yang kutemui.

"Lia, abang tak ambil pun stokin Lia tu. Stokin je kan? Kenapa penting sangat dengan stokin tu? Ex boyfriend Lia bagi? Ke boyfriend Lia bagi? Haa senyap-senyap ada boyfriend lain selain abang eh?" soalnya dengan wajah yang......... em aku tak dapat mentafsirkan wajahnya ketika ini. Aku duduk tanpa rasa rela.

Er dan sejak bila pula dia jadi boyfriend aku? Kan dah jadi suami aku? Tak cukup lagi ke? Kalau jadi boyfriend, belum tentu aku jadi milik dia tapi bila dah jadi suami, memang aku terpaksa jadi milik dia lah nak tak nak pun kan? Terpaksa oke terpaksa.

"Takde apa lah. Stokin je kan? So biar lah" kataku sinis. Aku cuba memerli. Perli kot? Dia mengeluh pula. Maaf lah aku ni memang begini perangainya. Hati batu ke eh? Em entah lah.

"Ala Lia, jangan lah macam ni. Abang cakap jujur lah abang tak ambil. Tu kaki tu putih mulus je.... mesti sebab Lia pakai stokin kan? Sebab yang terdedah tu macam..... " laju aku memandangnya. Nak cakap aku hitam lah tu. Tak sukanya bila dikatakan hitam sedangkan itu hanya kawasan yang terdedah kepada sinaran UV aje hah.

"Tahu lah saya ni gelap, tapi tu sebab selalu terdedah dengan matahari and sinaran UV tahu? Nasib baik yang tak terdedah ni putih mulus jugak tau" bangga pula aku bila bercakap tentang warna kulitku yang lebih cerah di bahagian yang tertutup. Yang boleh nampak semuanya gelap.

"Iye ke? Abang nampak gelap je....... macam dayang senandung......." katanya pula sambil dia kecilkan kedua-dua matanya memandangku. Pandai pula dia perlahankan nada suaranya pada perkataan 'dayang senandung'. Ewah mulut dia ni memang agak tak ada insurans betul. Tahu tak sebut bahagian warna kulit agak sensitif untuk aku? Ada ke patut dia samakan aku dengan dayang senandung?

"Sebab itu yang awak nampak, yang tak nampak ni untuk suami saya je!" kata-kata itu terus aje meluncur keluar di bibirku. Semuanya spontan. Yelah, untuk suami aku. Hanya suami aku aje yang boleh lihat bahagian tertutup ni. Arash mengangkat kening kirinya memandang kearahku. Ha apa main angkat-angkat kening?

"So boleh lah abang tengok kan?" soalnya. Tiba-tiba aje dia senyum. Aku bingung sejenak. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Tengok apa?

"Tengok apa?" soalku musykil.

"Abang kan suami Lia? Lupa ke kita baru nikah semalam? So boleh lah abang tengok kan?" tiba-tiba bulu romaku menegak. Perlahan-lahan Arash menghampiriku di atas sofa ini. Sehingga lah ke penjuru sofa dan aku sudah tidak boleh kebelakang lagi. Ah macam mana tiba-tiba aku boleh lupa dia suami aku? Boleh pulak aku cakap macam tu kat dia tadi? Ah bengap lah kau Talia! Lembap betul boleh tercakap macam tu dengan dia!

"Apa awak nak buat hah?" soalku geram. Dia masih lagi tersenyum. Aku jadi malu. Tak tak, takut!

"Abang nak Lia.......... "

Nak aku?! Ya Allah semua ini terlalu awal untuk aku! Terus aku pejamkan mata rapat. Rapat serapat yang boleh!

"Eh Lia pakai perfume yang abang bagi dalam hantaran tu eh? Wanginya" katanya tenang. Aku buka mata. Wajahnya betul-betul berada di hadapan wajahku. Aku jadi pegun aje memandangnya. Pergerakanku ketika ini seolah-olah sudah dipegunkan olehnya.
Dia memandangku lama, begitu juga aku.

"Eh em abang nak keluar kejap lagi. Lia ikut abang eh? Eh tak tak, Lia kena ikut abang" akhirnya dia bangun, jauh dariku dan terus dia naik ke bilik atas. Aku masih lagi pegun dengan kedudukan yang tadi. Ya Allah, perasaan apa ni? Kenapa aku asyik rasa benda yang sama aje sejak semalam?

*****

"Mama suruh kita pergi honeymoon tapi..... "

"Mama suruh? Ye ke mama suruh? Ke awak yang nak hah? Jangan nak temberang eh dengan saya" kataku seraya aku bercekak pinggang. Laju aje aku potong. Yelah tu mama suruh. Arash hanya memandangku dengan tenang. Jap, tapi tak mustahil jugak kalau mama suruh. Lagi-lagi pulak bila angah yang menghasut.

"Yup. Tak percaya tanya lah mama. Mama! Oh mama!" terus dia terjerit-jerit panggil mama. Cepat-cepat aku tekup mulutnya. Tanganku pula ditolaknya beberapa kali dan aku tetap mencuba untuk menutup mulutnya dengan tanganku. Aduh tak perlu pun kot panggil mama? Kebetulan pula mama masuk ke dalam rumah ketika ini. Aduh malangnya nasib aku.

"Ni kenapa? Nak sweet sweet pun jangan lah kat sini" kata mama seraya pintu utama ditutup. Aku dan Arash saling berpandangan. Aku dan dia bersweet-sweet? Apa mama ni? Aku tengah perang tutup mulut dia kot?

"Ma, betul kan mama suruh bawak Lia pergi honeymoon? Lia kata kita ni temberang dia pulak" panas aje aku pandang muka Arash ni. Eeeee annoyingnya perangai. Dia sudah tersenyum puas. Mama pula menjegilkan matanya kearahku apabila aku membuat reaksi muka yang menyampah.

"Lia, kalau tak pergi honeymoon macam mana Lia nak kenal dengan Arash?" soal mama pula. Ala banyak aje cara yang boleh dilakukan kan? Baru semalaman aku tinggal sebumbung dengannya aku sudah boleh menemui perangai-perangai Arash yang pelik. Haish.

"Ma, duduk rumah je pun Lia boleh kenal dia ma" jawabku dengan yakin. Arash kelihatan bingung aje apabila aku berkata sebegitu.

"Tak kisah lah Lia. Apa pun ikut aje lah kata suami Lia tu" kata mama pula lalu mama terus naik ke atas. Aku pandang Arash. Sekali lagi Arash tersenyum puas memandangku. Ah geramnya! Harap muka aje hensem tapi annoying untuk aku lihat, apa gunanya? Sebab ini lah aku tak mahu kahwin. Sebab terikat. Sebab rasa terkongkong. Aku tak mahu. Akhirnya aku naik ke bilikku dan terus aku masuk ke tempat favorite aku iaitu di dalam almari.

Aku menangis sendiri.

Aku tak mahu kahwin.

Tetapi aku sudah bersuami ketika ini.

Semuanya terlambat.

Adakah semua ini ujian buatku ya Allah?

Sungguh, adakah aku harus menempuhi semua ini?

Hingga ke akhir hayatku?

Semua jalan cerita di dalam novel mahupun drama,

Palsu belaka!

Kahwin paksa.....

Adakah itu yang diidamkan setiap wanita?

Ah drama betul lah kau Talia! Suami kau baru tunjuk sikit je perangai dia.

Drama Talia drama.

Mungkin dia sebenarnya baik, di sebalik nakal dia tu.

Mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience