18.0

Romance Series 20523

"Balik? How can? Suka hati dia je. Kenapa dia balik?" soal Lydia geram. Sudah tentu lah dia geram kerana sebagai pengarah program ni dia tak diberitahu pula yang Zack nak balik. Habis masam mencuka wajah Cinanya.

"Ada emergency case katanya. Lydia, be positive okay? He must have a reason why he did that" tambah Zuliana, cuba menenangkan Lydia. Lydia menarik nafas sedalam yang boleh. Akhirnya dia kelihatan tenang sedikit.

"Sekarang ni macam mana? Kita bawak faci lelaki cukup-cukup je untuk aktiviti yang kita nak buat ni. Now, dah kurang dua"

Jap, dua? Mana datang lagi sorang?

"Siapa lagi sorang?" soalku aneh. Rasanya Zack aje yang balik tadi.

"Luqman, you lupa? Kan sebelum pergi lagi dia dah tarik diri sebab cirit birit. Ah now what are we gonna do?" soal Lydia pula. Aku terlupa pula tentang Luqman yang cirit birit sebelum sampai sini tengah hari tadi.

"I ada idea kalau nak cari ganti tapi dia ni bukan dari Universiti kita. Boleh?" soalku. Semua yang ada di sini terus beralih pandangan ke arahku.

.......

"Lia, mana you import this guy?" soal Lydia. Aku sengih sumbing aje memandangnya. Kenapa tanya? Sibuk je

"Why?" soalku pura-pura tak tahu apa-apa.

"Come on Lia, he looks hot. But somehow I think he's not single anymore"

Baguslah dia fikir macam tu. Dah jadi suami aku sudah tentu lah tak single okay?

"Ok sekarang, setiap kumpulan kena jawab teka teki saya tadi dalam berpantun. Boleh?" soal Arash.

"Boleh!"

"Eh I pergi tengok kat group sana kejap, you pun pergi lah sekali" kata Lydia. Aku pun terus aje ke kumpulan yang paling dekat dengan kedudukanku.

"Kak, siapa abang yang hensem tu?" soal seorang pelajar perempuan dari kumpulan ini. Aku lihat semua 'abang' yang berada di sini.

"Abang mana satu?" soalku hairan.

"Ala abang yang suruh kitorang buat pantun ni. Siapa dia?" soalnya lagi. Ni mesti Arash. Kenapa semua sibuk nak tanya pasal laki aku ni?

"Eh awak tanya ni pantunnya dah siap?" soalku pula.

"Eh dah lama dah siap kak. Sebelum akak datang lagi" tambah seorang pelajar lelaki pula. Aku gelak kecil aje memandang mereka.

"Akak..... single ke tak?" soalnya lagi. Ee sibuk tanya kita ni single ke tak kenapa?

"Kalau single pun kenapa?" soalku sengaja.

"Boleh la ngorat~"

Terus aku bangun dan pergi. Ee menyampah pulak tengok lelaki macam tu. Nasib baik budak. Aku duduk di belakang aje bersama Arsyad yang sibuk membelek gambar-gambar di dalam kameranya.

"Piwwit awek~"

Laju aku toleh ke sisi. Mamat mana pulak nak kacau aku kali ni ha?

"Eee ingatkan lelaki mana lah tadi. Jangan nak menggatal eh kat sini" cebik aku sekali. Arash tergelak sendiri. Arsyad pula masih sibuk melihat kameranya.

"Kenapa? Siapa kacau Lia? Meh abang bagi dia setempek...."

"Eh tak payah tak payah. Nanti kang kena saman baru tahu. Eh pergi lah sana, diorang dah habis buat pantun lama dah kot. Nak tunggu apa lagi?" soalku geram. Arash mengeluh kecil, kemudian terus dia kembali ke hadapan prep.

*****

"Ni dah pukul berapa ni? Kan dah pesan semalam pukul 7 dah kena ada kat court. Sekarang dah 7:30 pagi dah, ada lagi yang on the way lah apa lah"

Takut pula aku tengok sisi Lydia yang macam ni. Kau jangan buat hal Talia nanti kau pun boleh kena macam budak-budak ni kena.

Setelah selesai aktiviti senaman yang diketuai oleh Farah, semua pelajar diberi masa untuk bersarapan dan kemasan diri. Untung juga pagi-pagi tadi lagi aku dah mandi.

"Talia, nanti I nak you ganti Anas kat group Cairo tu" pesan Lydia. Aku angguk aje tanda setuju.

......

"Lia?" Bulat mataku memandangnya. Pelajar-pelajar di dalam kumpulan ini juga sudah beralih pandangan ke arah aku dan Arash.

"Korang duduk sini kejap tau. Saya ada hal sikit dengan kakak sorang ni" pesan Arash. Terus aku menarik tangannya dan pergi agak jauh dari mereka.

"Abang ke yang kumpulan dengan Anas?" soalku. Aduh kenapa semuanya perlu jadi begini?

"Yup. Why?" soalnya tenang. Ah kenapa kenapa kenapa kenapa?

"Tahu tak saya yang kena ganti dia? Ah macam mana ni?" terus kabut aku dibuatnya. Jap, kenapa nak kabut eh Talia? Kau dapat satu group dengan suami kau, tu je.

"Lia, relax lah okay? Kita berlakon je kat sini. I call you Lia as always, you can call me Arash like they did. Okay? Relax" Arash terus aje pergi ke arah kumpulannya. Aku menyusur di belakang.

"Kak, lelaki dengan perempuan mana boleh pegang tangan suka hati" tegur seorang pelajar lelaki dalam kumpulan ini. Aku terkaku sejenak. Okay kena kau setempek Talia.

"So? Siapa yang pegang tangan?" soalku pura-pura tak tahu apa-apa.

"Kita semua nampak kak"

Terus aku mengetap bibir. Aduh kenapa lah kau pergi tarik tangan Arash tadi Talia? Buat benda tak reti nak fikir dulu. Kemon lah Talia, ni sekolah menengah kot bukannya tadika. Ah kalau boleh aku benam kepala kat lantai ni dah benam dah.

"Sebenarnya macam ni, kak Lia ni, dengan saya...... em macam mana eh nak cakap?" Arash memandangku pula. Kenapa dia pandang kita? Apa yang dia cuba nak sampaikan pun aku tak tahu.

Tiba-tiba Arash menarik tanganku.

"Oh so, bro dengan kak Lia dah kahwin?" soal pelajar perempuan itu lagi. Aku pandang Arash.

"Bro?" soalku hairan. Nak aje aku ketawa terbahak-bahak kat sini. Bro eh? Aduh Arash ni pun, ingat kita tengah shooting filem gangster ke?

"Lia, don't say anything about that"

"Ok ok. Tak say anything" aduh main bro bro pulak dia.

"Seriously akak kahwin dengan abang ni? " soal pelajar lain pula. Aku dan Arash berbalas pandangan.

"Macam tu lah, but remember team, korang je yang tahu pasal ni tau. Faci yang lain pun tak tahu lagi sebenarnya" pesan Arash lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience