22.0

Romance Series 20523

"Pilihkan?" soalku hairan. Hairan dan pelik. Jap, sama ke dua tu? Pelik bin ajaib.

"Ya, saya nak awak pilih location. This is an opportunity for you. Dah, jangan tanya banyak. Saya busy sekarang ni"

Ewah Prof Hasnah ni. Dah lah mintak tolong kita, lepas tu suruh kita pergi pulak.

"One more thing Talia"

Terus langkahku mati. Aku toleh kebelakang sebelum pintu bilik ini kubuka.

"Kalau tak sihat, jangan paksa diri sangat. I know this is your last sem before the final exam but just find some time to rest okay? And last.... kirim salam to your husband"

Terus membulat mataku memandangnya. Dia tahu pulak pasal Arash? Aduh! Malunya huaaaaaaaaa.

"Don't show me that face. Yes, saya tahu
dah berkahwin and I will say nothing about that and for your information, saya bagi pelepasan awak tinggal kat luar sebab suami awak sendiri yang jumpa saya"

Terus terbatok aku dibuatnya. Arash jumpa Prof? Mana dia kenal pulak ni aduhhhh. Patut lah masa aku tanya tu dia jawab nak tak nak aje.

"Dia... dia cakap apa?" soalku ketakutan.

"Takde apa lah. You may go now"

Aku. Pun. Berlalu. Pergi.

......

"Talia? Ya Allah, kau tidur ke? Aku fikir kau bermunajat ke apa tapi lama betul" kata Nana. Aku buat tak dengar aje dengan kata-katanya. Kenapa asyik rasa letih aje ni? Bukannya buat apa pun. Muka pun rasa membahang je nih.

"Ni kenapa muka kau merah? Dengan aku pun kau nak malu ke sampai merah je muka ni" terus tajam mata aku memandangnya walaupun masih mamai.

"Buat apa aku nak malu jumpa kau? Aku dah ada suami k" ish perasan aje lah kawan aku sorang ni. I'm a married woman kot? Tiba-tiba tangan Nana yang kecil tu melekat di pipi dah dahiku pula. Ah sudah, dia touch touch kita pulak.

"Eh Lia, kau demam ni. Panas doh. Ha tu lah aku cakap haritu, kalau rasa macam belum baik lagi tak payah datang. Kau rehat je kat rumah tu, kalau kau datang pun buat apa? Kan susah?" soalnya pula. Entah kenapa terasa padu lagi pedas pula kata-katanya itu.

"Kau memang tak suka nak tengok muka aku ke apa?" soalku selamber. Terkejut Nana apabila aku menyoal begitu. Seram pulak aku tengok muka dia.

"Bukan macam tu lah. Aku ni sebagai kawan baik kau, aku tak nak lah risau je tengok kawan aku tak sihat. Kau masuk kelas pun muka tak semangat macam selalu. Lepas tu habis kelas terus tidur. Lepas tu kau ni batok tak henti-henti. Kau makan ubat batuk ke tak?" soalnya pula. Aku terdiam sejenak. Baru aku sedar yang selama aku sakit ni aku tak makan ubat.

"Ala tapi aku tak nak makan ubat batok air hitam tu...... tak sedap lah" macam budak-budak tau kena makan ubat cecair nih.

"Ya Allah, so kau memang tak makan ubat lah kan? Haish kau ni kan, tapi takpe lah. Aku rasa kau tak payah makan pun ubat air tu. Sebab kau bukannya batok keluar kahak je memanjang. Kau macam...... em apa eh nama dia? Ha! Batok kering"

Aku geleng aje lah melihat Nana ni. Batok kahak lah... batok kering lah... batok basah ada tak? Adoi Nana ni.

"Eh dah lah. Better kau balik, rehat. Kau demam ni. Kang makin teruk pulak. Bagitahu lah kat suami kau suruh dia bawak pergi klinik ke apa" tambah Nana. Suami aku..... ah Arash.... aku belum call dia lagi hari ni. Kenapa bila Arash tak ada ni, asyik batok, letih, demam. Haish, bila dia nak balik agaknya?

"Ok lah, aku balik dulu tau" pamit aku. Terus aku kemas barang.

"Bawak motor elok-elok sikit. Apa-apa nanti kau call je aku. Tak pun sesiapa jelah. Take care ok Talia?" Aku senyum aje sebelum aku berlalu pergi.

Tiba di rumah, aku terus mandi, solat dan akhirnya tidur. Badan terasa amat letih. Dada yang sakit tadi sudah semakin surut sakitnya tapi saat ini demam pula yang menyerang. Aku berselubung di dalam selimut aje. Suhu terasa terlampau sejuk. Kipas mahupun pendingin hawa semua kututup.

.......

Dahiku terasa sejuk aje. Mungkin ada sesuatu di dahiku. Terus tanganku meraba-raba dahi. Apa...... benda ni?

Perlahan-lahan aku bangun, terus menuju ke tandas. Lah, cool fever rupanya. Kepala masih terasa sakit. Seperti sebelum tidur semalam.... semuanya terasa dingin aje tapi...... kenapa aku berpeluh?

Kipas pun dah terbuka. Adakah..... Arash dah balik ke?

Bergeas aku keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.

"Lia? Dah okay dah ke?" soal Naufal. Aku lihat jam di dapur, pukul 4pagi?! Apa Naufal buat kat dapur pagi-pagi buta ni? Dan kenapa aku terjaga awal sangat?

"Arash.... dah balik ke?" soalku. Naufal kelihatan terkejut pula dengan soalanku. Ah maka kau tahu aje lah apa jawapannya Talia.

"Mana ada lah. Tu orang yang letak cool fever tu. Tapi... kalau ye pun demam tak payah lah sampai tutup kipas apa semua. Macam mana nak sihat macam tu? Lepas tu asyik berselubung bawah selimut pulak. Macam tu panas je lah suhu badan tu tahu?"

Ok kali ni aku pula yang terkejut melihatnya. Prihatin jugak Naufal ni ye hehe.

"Yelah yelah. Ni buat apa pagi-pagi ni?" soalku pula.

"Takde apa pun. Perut ni ha tiba-tiba je buat hal"

Aku angguk aje beberapa kali kemudian aku naik semula ke bilik. Ah aku tak call Arash pun semalam. Tapi dia...... takkan tak teringatkan aku langsung? Terus aku ambil telefon di atas meja.

Ingatkan dah lupa dah pasal aku tapi ha amikko Talia, 23 missed call dari Arash aje. Baik aku whatsapp cepat, kang dia ingat aku merajuk ke apa ke ha habis lah. Buka whatsapp aje dah ada 51 message dari Arash.

"Sorryyyyyyyyyyyy, tertidur awal semalam huhu" - send
"Please call me when you wake up" - send

Haish kalau lah aku boleh bagitahu perkara yang sebenar. Tapi aku tak nak! Aku tak nak susahkan dia. Nanti time dia tengah buat kerja, kalau dia asyik fikir pasal aku ni.... aish habis lah. Memang menyusahkan.

Aku buka komputer. Takpe la sementara ada tenaga ni baik aku sambung buat assignment hari tu.

Buat punya buat, dengan tertidur sekejap, pergi toilet sekejap, solat subuh sekejap, akhirnya siap! Jam pun dah pukul 8 pagi. Kali ini memang terasa mengantuknya. Aku terus naik ke katil. Pagi ni aje dah berapa kali aku terbatok. Dada tak sakit pula cuma terasa penatnya nak bernafas.

Hampir aje aku nak terlelap hingga lah bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu. Kenapa masa ni jugak? Memang tak kasi aku rehat ke apa?

Dengan berat hatinya aku buka pintu. Ok. Memang terkaku juga lah aku melihat empunya badan yang tak bagi aku rehat ni. Dia masuk ke dalam bilikku dan terus aje menutup pintu.

"Abang.... abang okay tak ni?" soalku. Takut pula aku melihatnya. Keadaannya pun agak tak terurus. Rambut tu memang dah serabut dah lah. Baju pun tak kemas sangat.

Tiba-tiba jugak dia tarik aku dalam pelukannya. Aku jadi kaku lagi. Tangan tak pula menolak. Sejujurnya aku amat merinduinya. Rindu nak dengar suara dia. Rindu.......

"Sayang, panasnya badan. Tak pergi klinik?" soalnya sambil dia leraikan pelukan. Aku terus aje naik ke katil. Tangannya aku tarik sekali. Seperti yang aku katakan sebelum ni, aku nak tidur.

"Penat. Abang pun penat kan? Sini la sekali kita tidur" pelawa aku. Aku memang dah tak nak buat apa-apa dah sekarang. Mahu tidur aje. Arash ketawa kecil aje memandangku.

"It's okay lah. Lia tidur dulu okay? Abang nak mandi dulu, nanti abang tidur dengan Lia" aku pun angguk aje la. Mata tak dapat menahan lagi dek bangun terlalu awal buat kerja. Akhirnya aku terus tertidur.

*****

"Mana taknya, abang call Lia banyak kali tak dapat. Whatsapp pun tak baca. Lepas tu tiba-tiba je Naufal whatsapp abang cakap yang Lia demam panas. Then, pukul 4 pagi tadi dia whatsapp lagi, dia kata Lia tanya pasal abang? Abang pun siapkan kerja cepat-cepat balik." jelasnya penuh asyik. Aku senyum aje memandangnya.

Sampai macam ni dia punya kisahkan aku? Aku pulak asyik lupa aje yang aku dah kahwin. Haih memang tak guna kau ni Talia.

"So....?" sengaja aku menyoal.

"So it's mean that I'm worried about you lah sayang" kali ini pipiku pula dicuitnya. Aku muncungkan mulut aje. Main pipi pulak dia. Kemudian aku terbatok lagi. Ah..

"Abang, sebenarnya...... em takpe lah"

Tak mampu pula aku nak ucapkannya. Aku masih terbaring lagi di atas katil. Arash pula duduk disisiku.

"Apa? Cakap je lah.... "

Aku ambil telefon. Takpelah, kita tak mampu nak ucap so kita whatsapp aje pun ok kan?

"I miss you...... " - send.

Arash lihat skrin telefonnya. Kemudian dia memandangku dan tersenyum aje.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience