BAB 2

Romance Completed 8583

Ya Allah.. Tuhan yang Maha Penyayang. Berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi segala ujianMu ini, Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat lemah tanpaMu. Aku tahu, setiap apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik untukku. Setiapnya pasti ada hikmahnya. Engkau sahaja yang mengetahui segala-galanya. Ya Allah, andainya ujian ini mampu mendekatkan aku kepadaMu, aku redha dan berikan aku perlindunganMu. Jangan pernah biarkan aku berpaling dariMu kerana kesusahan ini, Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku mengadu, berserah segala-galanya. Ameen..

Di keheningan malam, air matanya kembali menitis, jatuh satu persatu di atas sejadahnya. Hanya dengan cara itu dia mencari kekuatan, hanya dengan mengadu kepada Sang Kekasih yang Maha Pengasih itulah hatinya akan tenang. Sejak dia disahkan menghidap penyakit yang membawa maut itu beberapa bulan lalu, tiada seorang pun yang tahu mengenainya sekalipun ibunya sendiri. Hanya Doktor Affan yang tahu, selain Kekasihnya di atas sana. Jam di dinding dikerling. Sudah menginjak tiga pagi. Selesai membaca Al-Quran sekadar satu muka, dia terasa matanya amat mengantuk. Lantas, jam locengnya disetkan ke pukul 6, bimbang akan terbabas Subuh pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience