BAB 11

Romance Completed 8583

Sudah hampir tiga minggu berlalu sejak pertemuannya dengan Nazrin. Dia perasan, sejak hari itu, Nazrin selalu menghubunginya melalui SMS bertanyakan khabarnya setiap hari. Tidak pernah miss walau sehari, biarpun ketika lelaki itu sibuk out station ke Brunei seminggu yang lepas.

Kadang-kadang dia rimas terpaksa menjawab soalan Nazrin yang mengalahkan polis pencen, namun dia sedar Nazrin melakukannya kerana bimbangkan kesihatan dirinya. Kata Nazrin, dia ingin menjadi salah seorang yang pertama tahu jika ada sesuatu yang berlaku kepada Soffea. Hmm.. Nazrin, kau memang lelaki sempurna. Beruntung budak Fiqa tu dapat kau. Nasib baiklah aku ni jenis susah nak jatuh cinta dengan orang yang sebaya kalau tidak, rasa-rasanya sekarang ini aku sure tengah tangkap cintan dengan kau..ha ha ha. Hatinya bermonolog sendiri.

Soffea terjaga dari tidur secara tiba-tiba. Badannya berpeluh. Dahinya yang basah dia sapu dengan tapak tangan. Tiba-tiba dia terasa tekaknya mual dan mahu muntah. Bergegas dia ke bilik air di sebelah biliknya dan memuntahkan isi perutnya. Terasa lega namun kepalanya terasa pening. Hampir setengah jam dia di situ, dan dia keluar setelah membasuh muka dan berwudhuk. Tiba-tiba dia jadi takut. Serta merta dia teringatkan Doktor Affan.

“Perkara biasa bagi pesakit kanser hati kalau kerap muntah, sakit-sakit otot dan sebagainya. Itu semua disebabkan fungsi hati yang terganggu. Awak juga mungkin akan mengalami pendarahan hidung. Sebabnya hati awak ada masalah penyimpanan protein berkaitan pembekuan darah. Jadi, awak tak perlu terlalu panik seandainya itu berlaku. Kena tenangkan diri, dan jangan lupa, pastikan ubat yang saya bekalkan tu awak ambik ikut waktu yang ditetapkan.”

Pesanan panjang lebar daripada Doktor Affan seminggu yang lalu bermain di kepalanya. Dia mencapai telekung, bersedia mensujudkan diri kepada penciptaNya.. sebagai tanda kehambaan dan kesyukuran atas anugerah yang diberikan hari ini.

Selesai sahaja dua salam solat tahajjudnya, tekaknya kembali terasa mual namun ditahannya. Dia meneguk air di meja katilnya. Mencapai Al-Quran dan membacanya tanpa menghiraukan kesakitan yang terasa di bawah tulang rusuknya. Nafasnya terasa berat tiba-tiba.

Dia cuba mencapai botol ubatnya di dalam laci di meja katil, terkial-kial memasukkan tangan menggagau botol ubat. Sikunya tertolak gelas berisi air masak sehingga gelas itu jatuh pecah berderai di atas lantai. Bingit bunyinya. Dia beristighfar. Terasa mahu menangis di saat itu jua. Dia mencapai botol ubatnya dan baru sahaja mahu memasukkan dua biji tablet ke dalam mulutnya, pintu bilik terbuka. Ibunya sedang laju menuju kepadanya. Ibu mengambil botol kaca yang berisi ubat sambil meniliknya.

“Kenapa kakak? Apa yang pecah? Ni ubat apa ni? Muka berpeluh-peluh ni, kenapa?”

Ibu panik, menagih jwapan daripadanya, dia diam dan kaku. Esakannya kedengaran. Ibu menariknya ke dalam pelukan. Sekali lagi tulisan yang terdapat pada botol di baca dan diteliti namun satu habuk pun tak faham. Dia merenung Soffea. Soffea kaget. Terasa yang kini dia tidak boleh lari lagi daripada terus menyembunyikannya tatkala melihat cara ibu merenungnya.

Keheningan pagi hari itu berlalu denagn menyaksikan tangisan dua beranak yang saling berpelukan. Soffea terasa tenang berada dalam pelukan ibunya saat itu. Hatinya juga terasa ringan sejak menceritakan segalanya kepada ibu. Mujurlah, ibu kuat menerima perkhabarannya. Ibu senyum sambil menggosok kepalanya sambil berkata, ‘kita tidak tahu apa yang terlindung di sebalik rencana Allah ini, sayang. Hanya DIa yang tahu kenapa ujian ini Dia turunkan kepada kakak. Kepada kita. Ibu redha kerana ibu yakin, ada hikmah di sebaliknya. Kakak beruntung, tahu kenapa?”

Dia berhenti berkata-kata seketika ketika pandangan mereka bertemu, kemudian ibu menyambung kembali.

“Kerana apabila seseorang itu redha dengan kesakitan yang diberikan kepadanya, maka kesakitan itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya. Hmm..kakak tahu bukan, ujian ini Allah berikan kepada kakak sebab Dia sayangkan kakak.. Ibu tak mahu menangis. Ibu tak mahu sedih walaupun hati ibu hancur bila tahu kakak begini, tapi kita hanya hambaNya sayang. Kita kena redha. InsyaAllah, akan ada yang terbaik untuk kita. Ye?”

Nasihat ibu amat berharga pagi itu. Dia terasa tenang mendengarnya. Senyumannya mekar di bibir. Dia mengesat air mata di kelopak mata ibu.

“Kakak tahu.. Terima kasih ibu. Kakak mintak maaf sebab rahsiakan pada ibu. Kakak takut ibu tak kuat menerimanya. Tapi sekarang, kakak lega, ibu dapat terima dengan ikhlas, kan? Jadi, nanti kalau apa-apa jadi pada kakak, ibu jangan nangis tau? Ibu janji..??”

Soffea menaikkan jari kelingkingnya dekat di wajah ibu. Menanti ibunya menyambut jarinya itu sebagai tanda janji. Namun dia nampak, ibu teragak-agak menyambutnya. Dia tahu apa yang ada di hati ibu. Ibu sedih..cuma ibu tutup dengan senyuman.

“Kita akan berusaha selagi Allah berikan waktu, kakak. Jangan cakap yang bukan-bukan. Dah, sekarang tidur. Nanti subuh nanti, jangan terbabas pulak. Ibu nak tidur ni.” Ibu bangun sambil menyelimutkannya. Soffea menarik tangan ibu ketika ibunya mahu berlalu.

“Bu…ni jadi rahsia kita ye. Jangan sampai siapa-siapa dalam rumah ni tahu. Kakak tak nak ada yang tahu selain ibu. Kakak tak nak abah terima kakak sebab kesian kakak dah nak mati…” Ujarnya sebak. Ibu kembali duduk di katil. Matanya tajam merenung Soffea.

“Siapa ajar cakap macam ni ni? Okay, ibu simpan rahsia ni. Tapi jangan sebut perkataan mati depan ibu..” Ibunya mengucup pipinya dan berlalu. Soffea menyapu sisa air matanya. Dia cuba melelapkan mata. InsyaAllah, moga-moga hari esok dia masih berpeluang menyedut udara di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience