BAB 23

Romance Completed 8583

“Terima kasih sebab terima err..abang.. tak ramai perempuan nak kahwin dengan doktor, sebab diorang kata doktor ni, apa lagi doktor pakar ni takde life.. Fie tak menyesal?”

Duga Affan ketika mereka berdua baru selesai solat Isyak. Soffea senyum sambil membalas renungannya.

“Kalau doktornya itu adalah abang, Fie takkan menyesal.. seribu kali orang kata doktor ni tak ada life pun, kerja tak tentu masa, selalu kena tinggal, Fie tetap akan pilih abang.. no doubt..”

Jawabnya tenang. Affan senyum manis. Jawapan itu membuat dia makin merasakan kasih sayangnya makin bercambah buat insan dihadapannya ini. Jika ini permulaan hidupnya sebagai seorang suami dan menantu serta abang ipar, jauh disudut hatinya dia berdoa agar dia mampu menjadi yang terbaik, menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan olehNya di atas sana, sementara bumi masih berputar, sebelum Tuhan memanggilnya pulang. Renungan matanya ralit merenung Soffea. Tangannya mengusap kepala isteri yang ditutupi telekung..

“Jom turun.. lapar..” ajaknya sambil melipat sejadah.

“Ingat tadi tak mahu turun dah…”

Soffea mengusik. Biar masih tidak biasa berdua-dua dengan Affan, namun kadang-kadang perangai banyak cakap dan suka mengusiknya tidak dapat dielak.. Affan berpaling menghadapnya.

“Kalau boleh memang tak mahu turun…”

Katanya dengan renungan nakal. Soffea senyum kecil. Affan memeluk bahunya. Kemas.

“Jom turun.. Cepat sebelum abang ubah fikiran.. abang tak percaya ni dengan diri abang sendiri sekarang ni.. cepat-cepat..”

Kata Affan nakal. Soffea tergelak sambil beriringan dengan suaminya turun ke bawah, menuju ke dapur. Mencari ibu, dan ahli keluarga yang lain, dan yang lebih utama, mencari makanan untuk mengenyangkan perut yang kembali lapar.. Soffea sempat mencuri pandang pada wajah bersih Affan.

“Apa tengok-tengok?” soal Affan masih mahu mengusik walaupun dihadapan keluarga. soffea senyum sipu. Tertangkap der…

“Baru perasan muka abang macam Aaron Aziz..”balasnya. Affan tergelak.

“Padahal dari dulu lagi dia cakap abang macam Aaron Aziz.. sebab tu dia tu jatuh cinta dengan abang.. sebab dia suka Aaron Aziz..” balas Affan pula. Soffea mencebik. Affan tahu? siapa yang pecah rahsia ni..

“Ermm… ye.. orang minat Aaron.. tapi jatuh cinta dengan abang bukan sebab abang macam Aaron.. sebab lain..” getusnya perlahan. Seakan berbisik, tidak mahu orang mendengar perbualan mereka. affan menaikkan kening.

“Sebab… hmm.. entah.. mungkin sebab ini yang Allah campakkan dalam hati Fie..cinta untuk abang.. dan Fie terima, seikhlas hati, dengan penuh kesyukuran.” ucapnya berbisik. Affan senyum manis. Bahagianya hati mendengarnya..

Soffea menatap anak mata suaminya buat seketika sebelum senyum manisnya diukir lagi. Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Dia yakin kini, sesungguhnya sesuatu yang Allah jadikan itu ada hikmah disebaliknya.. Sentiasalah bersangka baik pada DIA yang merencana.. Ujian penyakitnya dahulu telah mengembalikan abah dan Safiah dalam hidupnya, dan telah membawa Affan ke sisinya. Syukur ke hadratmu Tuhan..

Share this novel

Zarahana75
2021-11-27 12:03:40 

Update Bab 24 plzzz


NovelPlus Premium

The best ads free experience