BAB 10

Romance Completed 8583

“Lambat.. Kau belanja.” katanya ketika Soffea menarik kerusi di restoran itu untuk duduk. Soffea sekadar mengangkat bahu dan senyum.

“Ada apa hal nak jumpa tiba-tiba ni..?” Soal Soffea tanpa menunggu. Nazrin senyap. Pelayan datang membawa pesanan. Segelas jus epal dan segelas carrot susu. Minah carrot memang tak akan dapat dipisahkan dengan carrotnya.

“Kau memang tak reti nak pesan air lain ke?” Soalnya bergurau. Memang tak sah kalau pertemuan mereka tak ada sesi usik mengusik. Biasanya Soffea yang akan mengalah. Malas melayan, katanya.

“Kalau ada air cendol aku pesan air cendol!” Balas Soffea selamba. Nazrin sengih sambil mennggeleng-geleng. Tu aje la yang Soffea suka. Air lain, hanya dipesan kalau sengaja nak tukar ‘angin’ je.. Kalau tak, tetap setia dengan carrot susunya tu. Dia sudah faham sangat..

“Ada apa ni Nazrin? Tak menyempat-nyempat nak jumpa aku, kenapa? Ada hal penting ke? Gaduh dengan budak Fiqa lagi?” Soalnya sambil mengenyitkan mata. Nazrin menggeleng. Bukan soal ini, Fie.. Soal kau. Soal yang lebih penting!

“Kita dah berapa lama berkawan, Fie?” Soalan pertama! Soffea merenungnya. Tidak faham kenapa soalan itu yang ditanya. Soffea mengangkat tujuh jari tangan. Nazrin mengangguk.

“Betul ke kau sayang aku dan anggap aku ni sahabat baik kau? Satu-satunya sahabat kau yang kau ada selepas Kim? Sekarang Kim kat Australia ikut husband dia, so tinggal aku je kan sahabat kau kat sini..”

Nazrin bertanya lagi. Soalan kedua membuat Soffea makin keliru. Namun dia tetap mengangguk. Memang Kim dan Nazrin aje yang dia ada sebagai sahabat. Sahabat dalam erti kata yang sebenar. Yang berkongsi suka dukanya.

“Apa sebenarnya maksud kau? Boleh go straight to the point tak? Jangan kona-kona. Aku tak faham.”

“Kau sembunyikan sesuatu daripada aku.. Sesuatu yang besar. Kan?”

Soalan ketiga, dengan wajah yang lebih serius. Hati Soffea berdetak. Apa maksud Nazrin? Anak mata Nazrin dicari. Lelaki itu kini sedang merenungnya dengan raut wajah yang tenang namun pandangannya tajam. Soffea tahu Nazrin sedang menanti jawapan.

Lelaki itu tak akan bersuara selagi dia tidak memberi jawapan. Dia kenal Nazrin. Tidak suka bertanya banyak-banyak kali kalau dia tengah serius. Soffea berfikir-fikir. Dia tahu apa yang Nazrin maksudkan. Dari mana Nazrin tau dia menyembunyikan sesuatu? Perlukan dia berterus terang sedangkan dia tidak mahu sesiapa pun yang terdekat dengannya tahu. Dia tidak mahu melihat air mata insan-insan kesayangannya tumpah kerananya. Itu hanya akan semakin melemahkan dirinya saja.

“Kau tengah nak test power instinct kau ke apa ni tanya aku soalan macam ni?”

Soffea melontar soalan gurauan, mahu melengah-lengahkan dari memberi jawapan. Nazrin suka bergurau, meneka sesuatu dengan alasan memiliki instinct yang kuat. Dan dia akan berbangga jika sesuatu tekaannya itu tepat. Kononnya instinct dia selalu betul dan tak pernah menipu.

“Aku tak bergurau sekarang ni. Soalan paling mudah aku beri, kenapa ambil masa lama sangat nak bagi aku jawapan?” Soffea membuntangkan mata. Wei.. serius giler! Dia akhirnya menunduk. Tiada jalan lain lagi. Nazrin memang tak akan melepaskannya pergi selagi tidak mendapat jawapan. Soffea angkat wajah. Matanya berkaca.

“Aku menghidap kanser hati..tahap tiga.”

“Sampai hati kau Fie.. Benda macam ni kau rahsiakan dari aku?” Nazrin tidak mampu berkata-kata lagi. Terasa dadanya sesak tiba-tiba.

“Maaf..aku tak nak kau susah hati.. kat ibu pun aku tak cakap.. Doktor Affan sorang je yang tau.”

Jawab Soffea perlahan. Nazrin merenungnya tajam. Hmm.. dia terlupa, Soffea bukanlah jenis suka berkongsi penderitaan dengan orang lain. Alasan klisenya hanya satu, tak mahu menyusahkan. Itu dia Soffea. Khadijah Aisyah Soffea memang begini! Nazrin menggenggam tangannya kemas. Tidak tahu apa yang dia rasakan saat ini. Wajah jernih Soffea ditenung.

“Kau tau kan, apa-apa yang berlaku, aku akan selalu ada dengan kau. Kau lupa pesan Kim? Suruh aku jaga kau baik-baik? Kau lupa, Fie?”

Soal Nazrin sambil memegang dadanya. Soffea mula tersedu sedan. Dia tahu semua itu. Nazrin selalu ada untuk dia berkongsi suka duka. Nazrin akan rasa apa yang dia rasa. Jika dia gembira, lelaki itu akan turut gembira. Jika dia mengadu sakit hati, Nazrin juga akan turut berkongsi rasa sakit yang sama. Malah kadang-kadang kemarahan Nazrin melebih-lebih pula daripadanya. Teringat kisahnya dengan Azim. Nazrin pula yang berapi-api memarahi Azim.. hmm..

“Aku tahu..aku mintak maaf. Sekarang aku dah bagitau, kan.” Perlahan suaranya. Sedikit berkecil hati kerana Nazrin memarahinya. Nazrin mengeluh. Dia tidak berniat membuat Soffea susah hati. Tapi dia tidak mahu Soffea menyembunyikan perkara sebesar itu daripadanya.

“Lepas ni aku tak mahu kau tanggung sorang-sorang lagi. Kalau tak nak cerita kat ibu pun, cerita dengan aku. Faham?” Tegas suaranya. Soffea mengangguk gaya budak kecil yang baru lepas dimarahi. Nazrin senyum tiba-tiba.

“Sorry sebab marah kau. Aku sayang kau Fie.. Kau kena ingat tu.” Katanya jujur. Soffea angguk. Meneguk airnya yang sedari tadi dibiarkan mencair aisnya. Kena marah dan serang psiko macam tu dengan Nazrin, nak minum pun tak lalu.

“Dah, jom la gerak.. Aku nak kena balik pejabat lagi ni.”

Ujar Nazrin sambil menghabiskan minumannya yang berbaki. Dia bangun, diikuti Soffea. Mereka berpisah selepas itu, masing-masing menuju ke destinasi sendiiri. Nazrin berlalu dengann hati yang gelisah. Soffea berlalu dengan hati yang lara dan terharu. Isk3.. Ibu.. Nazrin buat drama sedih hari ini.. waaaaaaaaaaaaawaawa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience