BAB 16

Romance Completed 8579

Soffea dimasukkan ke dalam unit kecemasan. Doktor Affan bersama teamnya sedang melakukan pemeriksaan dan rawatan. Nazrin diam di satu sudut. Terduduk dilantai dan bersandar di dinding. Dalam kepalanya berputar segala kenangannya bersama Soffea. ‘Soffea, aku masih tak sanggup untuk menghentikan persahabatan kita macam ni..tolonglah’..keluh hatinya. Ibu teresak-esak di kerusi di ruang menunggu di luar bilik. Abah diam tidak berkutik, wajahnya keruh, dan muram. Safiah, dari tadi menunduk ke lantai.

“Puas hati abang kan..Soffea dah jadi macam ni.. Dia tu bakal tinggalkan kita bila-bila masa sahaja. Bila-bila masa saja bang.”Ucap ibu dalam nada sebak. Suaranya perlahan.

“Dia ada kanser hati. Dah teruk. Dia tak pernah beritahu saya. Saya tahu pun secara tak sengaja. Dan dia mintak saya rahsiakan daripada abang.. Nak tau kenapa? Sebab dia tak mau abang simpati pada dia hanya kerana dia dah nak mati. Dia pernah kata, dia tak kisah dia ada penyakit ni..walaupun dia takkan lama di dunia ni, tapi sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan abang lagi..sebab dia tahu abang benci dia.. sekarang, abang boleh bergembira bang. Dia dah kaku macam tu.. lepas ni dia takkan ada dalam rumah abang lagi, takkan menyemakkan mata abang dengan muka da lagi.. bergembiralah..”

Ujar ibu lagi. Tangisannya makin menjadi-jadi. Nazrin yang menyedari keadaan itu mendekati. Dia duduk di tengah-tengah antara ibu dan abah.

“Sabarlah mak cik.. Kita sama-sama berdoa Soffea akan sedar semula. Sekalipun ada orang benci dia, tak mahu dia hidup, tapi saya masih tak sanggup nak lepaskan dia pergi mak cik.. Masih ramai yang sayangkan dia. Masih banyak yang dia perlu dapat dalam hidup dia mak cik.. tolonglah doakan.. doa ibu sangat didengari Tuhan.. saya tak sanggup biarkan Soffea…”

Nazrin terhenti kata. Hatinya dibanjiri air mata sekarang. Dia tidak sanggup.

“Saya tak sanggup biarkan Soffea pergi tanpa sempat capai hasratnya..” luah Nazrin lagi. Ibu berpaling melihat Nazrin. Apa hasrat Soffea yang lelaki ini tahu?

“Dia pernah cakap, kalau ditakdirkan dia menutup mata sebab penyakitnya ini pun, dia redha.. Cuma satu yang dia harapkan agar Allah memakbulkannya. Dia… dia..”

Nazrin teresak kembali. perbualan dengan Soffea suatu ketika dulu terngiang dalam kepalanya.

“Dia apa Nazrin?” soal abah tiba-tiba. Ibu berpaling mencari wajah abah.

“Ingin kembali menjadi Khadijah Aisyah Soffea binti Rais seperti sebelum tiga belas tahun yang lalu.. Sekali pun cukup. Tapi sekarang, saya tak tau dia sempat atau tidak. Saya harap dia sempat. Mungkin bagi pak cik semua ni tak penting, tapi bagi saya, saya akan kecewa kalau dia tak sempat dapat apa yang dia nak..”

Ujar Nazrin sambil berlalu. Dia puas dapat menuturkan ayat itu dihadapan abah Soffea. Abah menunduk sayu merenung lantai. Ya Allah. Apa yang sudah aku lakukan. Aku sudah mengingkari takdirMu.. Dan aku telah menyakiti darah dagingku sendiri berbelas tahun lamanya Ya Allah.. Ya Rahman..berikan aku peluang untuk memilikinya kembali..walau hanya untuk seketika. Izinkan aku Ya Allah.

Pintu bilik rawatan terbuka dari dalam. Affan berdiri kaku di situ. Nazrin bergegas mendapatkannya. Ibu dan abah juga menerpa. Masing-masing mengharapkan Affan memberikan berita gembira.

“Soffea masih tidak sedarkan diri, mak cik, pak cik. Pembedahan pemindahan hati perlu dilakukan dalam masa yang terdekat, jika tidak, dia mungkin akan koma..dan mungkin juga… maafkan saya.” Affan tidak meneruskan kata. Nazrin meraup wajah. Ibu sudah kembali teresak dipelukan abah.

“Apa sebenarnya masalahnya sekarang doktor? Kenapa dia tak sedarkan diri?” Soalan Nazrin memecah sepi yang bertandang. Affan mengeluh kecil.

“Kami dapati sel kansernya mula merebak dan mengganggu salur utama pembuluh darah yang masuk ke hati. Tapi bernasib baik kerana sel kansernya tidak menyerang bahagian itu, cuma ia mengganggu sedikit fungsinya. Jika serangan berlaku pada salur utama pembuluh darah tersebut, itulah yang mungkin akan membuatkan Soffea koma. Dan..mungkin menemui maut. Buat masa ini, pihak kami masih berusaha.”

Jelas Affan membuatkan semua yang ada di situ ternganga. Esakan ibu makin kuat. Abah beristoighfar. Nazrin jatuh terduduk.

“Buatlah apa saja doktor, asalkan anak kami selamat..” Ujar abah sebak. Affan mengangguk.

“InsyaAllah.. tetapi jalan terbaik dan terakhir sekarang adalah melakukan pemindahan hati.. cuma..ye. kami gagal mencari pendermanya. Jika ada penderma, Insyaallah saya akan aturkan pembedahannya secepat mungkin.” Affan bersuara lagi. Memang itulah hakikatnya. Soffea memerlukan penderma. Tapi bukan mudah mendapatkannya. Untuk mendapat penderma yang sesuai itu yang susah. Dia memandang Nazrin. Dua minggu lepas lelaki itu ada menjalani ujian untuk menjadi penderma namun darahnya tidak sama dengan Soffea, dan pastinya, hatinya tidak akan diterima oleh sistem tubuh Soffea. Affan mendekati Nazrin. Dia menepuk bahu lelaki itu sambil mengukir senyum.

“Doa yang ikhlas itu sangat ajaib.” Katanya perlahan sambil berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience