BAB 14

Romance Completed 8579

Dia menapak laju ke bilik yang terpampang nama Doktor Affan. Temujanjinya yang sebenar ialah dua minggu dari sekarang, tetapi dia takut apabila dia sering sesak nafas kebelakangan ini terutamanya pada waktu malam ketika sedang tidur. Affan yang melihat dia datang terkejut. Dapat dirasakan ada sesuatu yang membuatkan pesakitnya itu datang kemari pada hari biasa begini.

“Kenapa, Soffea? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

Soalnya ketika Soffea duduk di kerusi di hadapannya. Dia mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh gadis itu. Dalam kepalanya sarat denagn bebanan. Dia seakan tidak sanggup melihat kesakitan yang tersembunyi dalam diri gadis manis ini.

“Bawah tulang rusuk kanan awak bengkak. Bila awak tidur dan dia tertindih, secara tak langsung akan memberi lebih tekanan kepada diafram dan itu yang menyebabkan awak sesak nafas. Saya nasihatkan kalau tidur jangan lasak-lasak sangat..”

Kata-kata itu diucap dengan senyuman nakal di bibir doktor tampan itu. Soffea tersenyum malu. He he he.. ada pulak pesan macam tu. Guna la perkataan lain biar nampak formal sikit.. Haihs.. buat malu je.

“Hmm… awak nampak agak sihat. Saya lega melihatnya. Saya masih berusaha mencari penderma. Hanya itu cara yang terbaik. Rawatan lain tak sesuai dengan awak. Lagipun awak tak mahu kemo, saya tak boleh paksa. Apa yang saya nak pesan, jaga pemakanan awak. Itu penting. Jangan makan sebarangan.”

Pesannya lagi. Soffea angguk. Dia meminta diri untuk pulang. Affan menjamin itu hanya perkara biasa, dan selebihnya, berserah kepada Allah yang Maha Mengaturkan segala sesuatu.

“Fie..” Soffea terpana mendengar cara Affan memanggilnya. Dia menghentikan langkah dan berpaling. Affan sendiri nampak terkejut dengan apa yang berlaku.

“Err… Kita minum dulu kat kafe.. boleh?”Ajaknya, memandang penuh mengharap. Sofea pegun ditempat dia berdiri. Namun kepalanya tetap mengagguk.

“Nak minum apa?”Soalnya kepada Soffea ketika pelayan kafe datang bertanyakan pesanan.

“Erm…”

“Bagi jus carrot susu satu, dan, saya nak teh ais limau, ye.”Affan membuat pesanan setelah Soffea kelihatan sukar membuat pilihan. Soffea terpana. Carrot susu?

“Maaf.. Tak kisahkan, carrot susu? Tiba-tiba hilang suara pulak bila duduk minum dengan saya? Biasanya banyak cakap jugak..” Ujar Affan dalam nada mengusik. Soffea senyum kecil. Dia sebenarnya tak tau kenapa dia berasa semacam je bila Affan mengajaknya minum berdua.. He he.. Tiba-tiba kaku dan kelu pula, nak order air pun tak terluah. Apa laa… kutuknya pada diri sendiri. Affan yang melihatnya tersenyum.

“Apa yang difikirkan tu? Kalau tak suka, kita tukar air lain.. Tapi jus carrot memang baik untuk Soffea.” Ucap Affan lagi.

“Eh..tak apa.. sebenarnya saya memang suka carrot susu.. Sampaikan kawan baik saya panggil saya minah carrot. He he..” katanya sambil senyum sipu. Affan tergelak kecil. Soffea membuang pandang ke sekeliling. Segan pula bila berada dalam keadaan tidak formal begini. Entah kenapa.

“Datang dengan apa tadi? Drive sendiri?” Soalnya lagi, memecah kebisuan. Entah kenapa Soffea hari ni jadi Soffea yang pemalu.

“Erm.. tak.. kereta dekat workshop. Tadi tumpang kawan, dia kebetulan ada urusan kat luar. Nanti balik dengan teksilah kot.” Jawabnya mula mencari rentak perbualan. Affan mengangguk-angguk. Sambil menyedut minumannya, dia menghala anak matanya ke wajah Soffea. Ada sesuatu yang membuat dia suka melihat wajah gadis ini. Wajahnya biasa-biasa saja, tapi macam ada magnet yang menariknya untuk terus memandang.

“Balik pejabat atau..balik rumah?”soalnya lagi. Soffea memandangnya.

“Rumah..tadi ambik pelepasan awal. Sebab ingat nak balik rumah terus lepas jumpa doktor.. Lagipun, petang ni saya dah tak ada kelas dah..” Jawabnya.

“Doktor tak busy ke ni sempat lagi melepak kat sini dengan saya?”Soalnya pula, tidak mahu Affan merasa canggung kerana terpaksa mendominasi perbualan. Afffan senyum.

“Buat masa ni saya free..”Jawabnya ringkas. Selesai minum, Soffea meminta diri untuk pulang. Affan mengangguk, namun kemudian dia melaung memanggil nama Soffea yang sudah agak jauh.

“Saya hantarkan Soffea balik.” Katanya sambil berlari anak mendekati Soffea yang sudah menuju ke jalan keluar. Soffea pantas menggeleng. Buang tabiat ke apa… Tidak ada kerjakah mahu menghantarnya pulang?

“Saya hantarkan.. Kan saya kata, saya tengah free sekarang ni. Kenapa..err.. tak boleh ke?” Dia sudah menuju ke keretanya yang diparkir berdekatan. Soffea hanya menanti kereta Affan mendekat. Dia kelu seribu bahasa. Mahu menolak, dia yakin Affan akan bertegas. Naik saja lah. kan rezeki ni..hi hi hi..

“Kenapa.. Takut ke naik kereta dengan doktor handsome ni? Mana tau takut tergoda.” Soalan gurauan dari Affan membuat Soffea tersneyum lebar.

“Perasan..”getusnya perlahan mencetuskan ketawa Affan yang kuat.

“Soffea jugak yang selalu panggil saya doktor handsome, kan? Orang pun kata saya macam Aaron Aziz..kira handsome la tu..”

Katanya lagi, membela diri. Soffea diam. Bibirnya mengukir senyum. Kereta membelah kesepian menuju ke rumahnya. Affan berhenti tatkala mereka sudah tiba di hadapan rumah Soffea. Soffea melihat ada kereta yang dikenalinya terparkir di dalam garaj rumahnya, di ruang parkir yang biasa abah gunakan untuk memarkir keretanya. Azim.

“Doktor, jemputlah masuk dulu.. Ibu ada kat dalam..”

Katanya sopan, sebagai tanda menghargai kesudian Affan menghantarnya pulang. Tak dipelawa, nanti nampak pula kurang sopan. Affan melihat jam di tangan. Berfikir sebentar. Peluang jumpa mak mentua jangan dilepaskan, Affan! Bisik hati kecilnya membuat dia senyum. Dia mengangguk, menerima ajakan. Soffea melangkah membuka pintu pagar.

“Masuklah parking kat garaj. Tak kisah ke nak tinggal Honda Accord doktor ni kat sini? Kereta kacak ni, ramai yang minat nanti”. Usiknya. Affan hanya tergelak. Ada-ada saja dengan Soffea. Honda Accord pun kacak? Kalau tuan dia memang la kacak kottt.. he he..

“Sekejap saja, tak apa-apa.” Dia melangkah masuk bersama Soffea. Di muka pintu, terserempak dengan seorang lelaki. Dan juga seorang gadis muda. Serta seorang wanita yang dia kenali. Tangan wanita itu disalami dan dicium hormat.

“Apa khabar, mak cik?”Soalnya ramah. Ibu kelihatan agak senang dengan kehadirannya. Lelaki di sebelahnya memandang dengan pandangan tajam. Kenapa pulak? Datang-datang je dapat musuh ke? Gadis di sebelah lelaki itu melihatnya dengan senyuman manis. Hmm..

“Affan.. Tak sangka Affan datang sini. Hari ni hospital tutup ke sampai doktor pakarnya boleh lepas ke sini?” Tanya ibu, bergurau. Affan tergelak sakan.

“Tak ada lah mak cik. Sekarang tengah free. Tu yang sempat hantarkan Soffea ni, dah kebetulan datang, jumpa la mak cik sekejap.” Jawabnya sopan sambil melirik ke arah Soffea. Soffea di sisi ibunya cuma tersenyum.

“Tak nak masuk dulu ke? Air dah siap tu.. Mari lah minum sama dengan Azim.”pelawanya. Affan menggeleng.

“Saya tak boleh lama mak cik. Nanti lah, ada masa terluang saya datang.. bawak mama sekali.” Katanya mesra. Mendalam maknanya tu. Ibu tergelak sambil terangguk-angguk.

“Baiklah kalau macam tu. Terima kasihlah Affan, hantarkan Fie balik. Keretanya kat workshop. Belum siap lagi.” Ucapnya kepada Affan. Hatinya berkenan sungguh dengan doktor muda ini..

“Tak apa mak cik. Hal kecik. Saya gerak dulu lah. Assalamualaikum.”Affan mengundur diri. Dia menyalami ibu dan juga Azim yang dari tadi terpacak di muka pintu. Gadis manis disebelahnya telah menghilang ke dalam bersama barang-barang shopping brangkali.

“Soffea jaga diri baik-baik. Ada apa-apa, call saya.”Pesannya keapda Soffea. Soffea hanya mengangguk. Dia menghantar Affan sehingga ke pintu pagar. Terasa bagai ada sesuatu mencucuk hatinya mendengar pesanan itu. Pesanan seorang doktor untuk pesakitnya.. atau.. lebih dari itu?? Hmm… Soffea, jangan berangan. Dia hanya menganggapmu sebagai seorang pesakit. Jangan berangan!

“Siapa lelaki tu..? Tak pernah kenal pun sebelum ni?” Soalan Azim menyapa telinganya ketika dia mahu melagkah masuk ke dalam rumah. Dia berhenti. Mendongak mencari wajah Azim yang boleh tahan kacaknya.

“Apa hak awak sehingga awak rasa awak perlu kenal dengan semua kawan saya?” Jawabnya sinis. Kemudian berlalu melintasi Azim yang tegak berdiri. Azim melepas keluhan. Entah kenapa dia tidak suka melihat Affan. Lelaki itu nampak hebat di matanya. Tengok kereta mewahnya, tengok cara pemakaiannya, Hmm.. dia tiba-tiba terasa cemburu. Sudah.. kau memang tak betul Azim! Dulu kau yang tinggalkan dia sebab suka adik dia,. Sekarang nak cemburu pulak? Kutuknya pada diri sendiri.

“Apa yang dipandang sampai nak terbeliak bijik mata tu..?”Sapaan ibu mengejutkan Azim. Dia berdehem. Mengukir senyum. Ibu melirik ke wajahnya. Pandang anak dara orang macam nak telan. Dulu ditinggal-tinggalkan. Sekarang, lain macam saja cara renungnya.. Huh.. apa-apa saja la budak ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience