BAB 13

Romance Completed 8579

“Honey, dah fikir betul-betul pasal ni?”

Suara Dylan menerjah masuk ke pendengaran Kim. Dia cepat-cepat mengangguk. Dia yakin dengan apa yang dia mahu lakukan. Dia juga yakin, dia boleh melakukannya. Setakat yang dia tahu, kumpulan darahnya sama dengan Soffea. Tapi selebihnya dia tidak tahu. Cuma dia berharap, hati miliknya ini mampu untuk menyelamatkan sahabat tersayangnya itu. Dia benar-benar berharap.

“please izinkan Kim, B.. for the sake of our love.. and for the sake of God.. please…”Dia merapatkan kedua tangannya dihadapan, merayu Dylan yang merenungnya dalam. Tadi ketika dia berYM dengan Soffea, dia sebenarnya telah tahu akan kesihatan diri Soffea. Nazrin telah menyampaikan kepadanya hampir sebulan yang lalu. Cuma baru hari ini dia mempunyai kekuatan untuk menghubungi Soffea. Itu pun sekarad melalui YM.. Tidak mahu menelefon, bimbang Soffea dengar suara orang menangis.

“Okey honey.. Tapi janji, jangan tinggalkan B..”Dylan akhirnya memutuskan. Lama dia berfikir. Dia takut kalau apa-apa terjadi apda satu-satunya insan kesayangannya itu, namun dia sedar, isterinya ini tak akan tenang selagi tidak dapat melakukan sesuatu kepada Soffea. Sejak dia mengenali isterinya ketika sama-sama bekerja di syarikat perkapalan terkenal di Kuala Lumpur kira-kira dua tahun lalu, dia turut mengenali persahabatan antara bulan dan bintang. Hmm.. dia sendiri menyenangi Soffea. Dan nyata, Soffea sangat baik sebagai seorang kawan. Soffea pernah tidak mahu membenarkan dia membawa Kim sama ke Australia ini walaupun tahu mereka ditukarkan ke sana atas urusan kerja, mengikut kehendak syarikat, selama tiga tahun.

“Dengan doa orang yang paling Kim sayang, tentu semuanya akan selamat. Doakan dan restui saja, okey sayang?” ujarnya sambil mengusap lembut pipi Dylan. Suaminya ini sangat memahami.

Dylan mengangguk. Senyuman manis diberikan untuk isteri yang berhati mulia. Sungguh, dia sayang perempuan bernama Nor Faten Hakeema ini.

“Minggu depan kita pulang ke Malaysia sekejap. B akan uruskan dengan Mr. Alvert nanti tentang cuti kita.” Katanya sambil tersenyum.

“Thank you, B.”Dia mengucup tangan suaminya. Soffea, memang tak salah dulu kau approve Encik Muhammad Syukri Dylan ini sebagai suami aku.. Dia memang baik.

“Kau kalau nak kahwin, bakal suami kau kena lulus ujian dulu.. Korang tak boleh kahwin kalau aku tak approve dia.. faham?”Itu kata-kata Soffea ketika mereka masih belajar dulu.

“Okey.. kau pun sama. Kau tak boleh kahwin dengan mana-mana lelaki kalau aku tak approve lelaki tu..” Dia membalas.

“Hey..mengelamun pula..”Suara Dylan menegur. Kim pantas senyum. Dia menarik selimut, menutup lampu katil, dan merapatkan diri dengan Dylan. Lenanya tidak sempurna tanpa pelukan dari suaminya itu. ‘Fie..tunggu aku pulang..’bisiknya perlahan sambil menutup mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience