BAB 3

Romance Completed 8583

“Kamu nak ke mana, Pia? Hujung minggu tak pernah lekat kat rumah. Asyik keluar saja. Cuba duduk rumah, tolong kemas rumah, belajar masak, buat kerja rumah.”

Dari anak tangga paling atas, Soffea dapat mendengar suara ibunya membebel adiknya, Safiah. Khadijah Afifah Safiah. Adiknya satu-satunya di dunia ini. Kedengaran suara Safiah menjawab.

“Nak keluar jumpa abang Azim. Anak kesayangan ibu kan ada, biarlah dia yang tolong buat kerja rumah.”

Soffea beristighfar mendengar kata-kata itu. Hatinya sebak. Hubungannya dengan Safiah tidak pernah baik, apatah lagi setelah adiknya itu bertindak merampas kekasihnya. Dia tidak pernah memarahi Safiah kerana mengambil Azim daripadanya. Rasa kecewa disimpannya dalam hati, bila menyedari itu semua pilihan dari Tuhan. Dia tidak berdendam dengan Azim, tidak juga dengan Safiah. Namun Safiah sahaja yang kelihatan semakin menjarakkan diri darinya, mungkin segan kerana telah melakukan silap, mungkin juga takut dia akan merampas kembali Azim! Hah! Tidak mungkin dia mahukan Azim kembali.

“Assalamualaikum, ibu. Wah, bau sedapnya, masak apa bu?” soalnya manja. Dari dulu sampai sekarang, dia memang bijak berlakon. Senyum ketika hati sedang menangis, itu memang kepakarannya! Ibunya melempar senyum.

“Mee goreng aje. Kenapa lambat bangun ni?” soal ibunya sambil mengacau teh di dalam teko. Soffea senyum.

“Malam tadi tidur lambat sebab siapkan kerja. Nasib baik tak terbabas subuh.. hehee..” ujarnya sambil menyusun pinggan di meja makan.

“Pia nak keluar ke? Pagi dah nak keluar?” sapanya kepada Safiah yang tiba-tiba muncul di dapur. Safiah hanya diam. Tidak bereaksi.

“Si Azim tu nak datang sini jemput kamu ke?”

Soalan daripada abah yang turut tiba-tiba menjengah ke dapur mengejutkan Soffea. Nama Azim menyentak hatinya. Huh.. ‘Tuhan..jangan pernah biarkan hatiku terkesan dengan hanya mendengar nama lelaki itu. Dia sudah menunjukkan dirinya yang tak pernah tahu erti setia, jangan biarkan hatiku terus setia mahu menyayanginya.. Aku hanya ingin memiliki cintaMu. Bukan yang lain. Bisiknya dalam hati.

“Ye bah.. Kenapa? Tak boleh ke? Selalunya abah bagi je orang keluar dengan dia?” Jawab Safiah manja. Dia memang agak manja dengan abahnya. Sejak peristiwa tiga belas tahun lalu..

“Ajaklah dia bersarapan kat sini dulu. Lepas tu kalau nak keluar jugak, pergilah, jangan buat benda bukan-bukan sudah.” Ujar abahnya. Hati Soffea berdetap. Ajak Azim makan di sini? Dia tidak mahu berhadapan dengan Azim. Azim yang telah hampir setahun cuba dipadamkan dari hatinya.

“Tak naklah. Nanti ada orang nak ambik kesempatan jeling-jeling dia, tak boleh, tak boleh. Orang nak makan kat luar je..” balas Safiah sambil menjeling kakaknya. Soffea diam tidak berkutik. Hanya menuang air ke dalam cawan, tanpa riaksi.

“Tau takut ye kalau ada orang menjeling-jeling buah hati dia. Tu belum lagi ada orang rampas buah hati dia tu macam dia rampas buah hati orang dulu-dulu.” Bidas ibu tiba-tiba. Safiah memuncung bibir. Marah dengan kata-kata ibunya yang tajam menikam.

“Soal hati, siapa nak duga..”abah membelanya. Safiah senyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience