BAB 21

Romance Completed 8583

Soffea memerhati Safiah mengemas barang-barangnya ke dalam beg. Sudah hampir seminggu lebih dia menjadi penghuni setia wad ini, hari ini dia dibenarkan pulang. Kim sudah keluar dari hospital dua hari yang lalu. Katanya akan berada di Malaysia sehingga dia benar-benar pulih dari kesan pembedahan itu. Kata Affan, mungkin seminggu atau dua minggu, baru dia akan melepaskan Kim terbang pulang ke Australia. Sedikit sebanyak, Soffea risau kerana terpaksa menyusahkan sahabatnya itu.

“Dah siap kak.. Kita tunggu Doktor Affan datang periksa akak dulu, then kita balik ye..” Ujar Safiah sambil tersenyum. Soffea mengangguk. Affan.. hmm.. hari-hari Affan yang memantau kesihatannya sepanjang dia di sini. Terasa akan merindui layanana Affan selepas ini.. ah..amboi..amboi..

“Kak..maaf atas apa yang Pia lakukan selama ni. Pia rampas hak akak.. Pia akan kembalikan abang Azim pada akak. Dia masih sukakan akak.. Pia tahu. Pia dah tahu kenapa dia jumpa kakak hari tu. Dia masih cintakan kakak.. dia mengaku..” Safiah mengenggam tangan soffea. Soffea terpana. Terkejut. Oh.. Jika sekalipun Azim masih mencintainya, dia tak akan menerima kembali lelaki itu dalam hidupnya.

“Lupakan semua tu. Kisah akak dengan Azim dah lama tamat. Dia dah tak ada kena mengena lagi. Pia tak perlu pulangkan dia pada akak. Dia bukan hak akak. Dan akak pun memang tak nak. Lupakan semua.” Balasnya perlahan. Safiah menunduk.

Pintu diketuk dan Affan melangkah masuk bersama jururawat bernama Ain. Perbualan mereka berakhir. Affan mengukir senyum manis buat kedua-duanya. Safiah senyum meleret sambil menjeling kakaknya. Baru dia perasan sebenarnya lelaki kacak ini punya wajah seiras pelakon kegemaran kakaknya, terutama pada senyumannya. Hmm…giler ah.. Dia hanya memerhati di sudut bilik. Affan memeriksa Soffea dan pembantunya mencatat setiap yang Affan sebut.

“Tak ada masalah. Memang saya tak boleh bagi alasan lagi untuk terus ‘mengurung’ awak di sini.” Affan tersenyum. Soffea selalu mengatakan bosan terkurung di sini. Soffea senyum malu. Tahu Affan menggunakan perkataan mengurung itu untuk mengusiknya.

“Cuma, pastikan, ubat yang saya bekalkan tu awak makan..dan..minggu depan, datang jumpa saya lagi. Saya perlu pantau kesihatan awak dari semasa ke semasa.”Dia kembali serius. Soffea angguk.

“Sekarang awak boleh pulang.. Ain, bawak kerusi roda yang ada kat luar, bawa Cik Soffea ke pintu depan.”Arahnya kepada Ain yang menurut patuh.

“Doktor.. terima kasih..” terucap kata-kata itu dari bibirnya yang mula memerah kembali hari ini. Affan geleng. Ada senyuman kecil di bibirnya. Anak matanya merenung tepat pada anak mata Soffea.

“Itu dah memang tugas dan tanggungjawab saya. Tak perlu awak berterima kasih. Apa yang penting sekarang, awak ingat dan ikut pesanan saya. Okey, cik minah carrot?” usik Affan di hujung kata-katanya. Soffea menjegilkan mata namun disambut dengan tawa Affan dan Safiah yang berpadu menjadi satu.

“Err.. doktor. Ibu pesan, hujung minggu ni ibu nak buat majlis kesyukuran. Ibu jemput doktor datang sama. Ibu harap doktor dapat datang. Dan dia kirim salam juga ucapan terima kasih.” tutur Safiah sambil menolak kerusi roda yang dibawa Ain kepada Soffea. Affan menangguk, berjanji akan datang sekiranya tiada aral yang melintang. Kerjanya kadang kala tidak menentu masa.

“Semoga cepat sihat sepenuhnya..dan dapat melalui hari-hari yang indah lagi selepas ini.” Ucap Affan sambil membiarkan Soffea berlalu bersama Safiah. Dia menarik dan menghembus nafas perlahan. Matanya tepat memandang ke pintu utama walaupun bayangan Soffea telah hilang dari pandangan.

“Kalau suka mengaku aje pada tuan punya badan, doktor… Tak de la sakit jiwa sorang-sorang..” Ain tersenyum sambil berlalu. Affan membulatkan mata. Ain memang nak kena. Akhirnya mereka sama-sama tergelak. Affan angguk kecil.. Ye..mengaku.. kata gentlemen.. gentlemen kena la berani mengaku.. bisik hatinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience