BAB 4

Romance Completed 8583

Anak mata Azim sesekali mencuri pandang wajah Soffea yang berhadapan dengannya. Wajah itu nampak sedikit pucat. Sedikit cengkung dari dulu. Kulitnya yang sawo matang, nampak seakan pucat kekuningan jika diperhatikan sebetulnya. Namun, wajah itu tetap ada serinya, seri yang telah memikat hatinya beberapa tahun lalu, namun dia sendiri yang meleraikan rasa itu hampir setahun yang lalu hanya kerana hatinya dirasakan mula berubah arah, mahukan Safiah yang lebih cantik, pandai melayan, dan senang mengikut kata-katanya. Tidak seperti Soffea, yang terlalu menjaga adab dan sopan, yang terlalu menjaga segala-galanya. Dan kerana itu dia bosan mahu terus menanti!

“Sikitnya makan, kakak. Kenapa? Ibu tengok muka tu pucat je. Sakit ke?” Ibunya di sebelah menggosok belakangnya. Soffea menggeleng dalam senyuman. Dia tidak selesa lama-lama di situ. Dia sedar, anak mata Azim sering mencuri pandang ke arahnya.

“Kakak nak naik dulu, ibu. Nak buat panggilan ke pejabat kejap. Ada benda nak kena sahkan.” Katanya perlahan, lembut seperti biasa. Segelas air masak turut dibawa bersama. Ibunya hanya memerhati tanpa kata.

“Apa tak kena dengan budak ni. Setiap hari pucat aje muka. Bila ditanya jawapan dia, okey, tak apa-apa, baik. hmm..itu je la.. Badan makin kurus. Nak kata tak makan, makan.. risau saya.” getus ibu namun tidak mendapat balasan daripada sesiapa. Abahnya diam, buat-buat tidak dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience