BAB 8

Romance Completed 8583

Puan Zaharah senyum dari tadi. Dari mula-mula masuk ke dalam kereta, sampailah dipertengahan jalan, senyum itu masih ada di bibir. Pelik Affan melihatnya.

“Mama ni kenapa senyum dari tadi?” Soalnya ketika kereta berhenti di traffic light. Mamanya senyum lagi makin lebar. Dia memandang anak sulungnya itu.

“Betul ke tadi tu kawan Affan? Kawan biasa je?.”

Soalnya ingin tahu. Kalau kawan biasa, takkan la anak bujangnya ini pandang gadis itu secara luar biasa. Affan mengangguk.

“Kawan.. dan sebenarnya dia tu…pesakit Affan la ma..”Affan masih mahu menyembunyikan perasaan sebenar yang sedang berputik dalam hatinya sejak belakangan ini.

“Takkan pandang kawan.. err.. pesakit macam pandang kekasih. Ingat mama tak nampak? Kebetulan pakai baju warna sedondon pulak tu.” bidas mamanya. Affan terbatuk kecil. Haish.. Gatal pulak tekak ni dengar mama cakap camtu.

“Dia sakit kronik jugak.. Masa dah tak panjang. Kadang-kadang Fan mengharapkan agar ada miracle yang terjadi..”

Ujar Affan bersungguh. Cuba lari dari topik. Dia tidak mahu membicarakan soal hati. Takut untuk mengakui dia sememangnya menyukai Soffea.

“Percayalah pada takdirNya. Pada qadha dan qadar Tuhan, Fan. Yang penting sekarang Fan cuba buat yang terbaik. Yang selebihnya, serahkan pada Allah. Tapi kan… mama pun harap akan ada miracle jugak. Nanti bolehlah dia jadi menantu mama..”

Affan lantas berpaling ke arah mamanya. Mama?? Biar betul, belum apa-apa lagi mama dah bagi restu..?? Alamakkk.. Syoknya…

Dia diam sahaja. Tidak mahu membalas kata-kata mamanya. Tidak mahu mengakui pada mama, hatinya kini menyukai Soffea. Tidak mahu mengakui pada hatinya sendiri bahawa dia mula betul-betul terpikat dengan gadis bernama Khadijah Aisyah Soffea itu. Gadis yang sederhana cantiknya, tidak tinggi dan tidak rendah, berkulit sawo matang, tapi manis dan sopan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience