BAB 22

Romance Completed 8579

Ruang tamu penuh dengan tetamu yang terdiri daripada penduduk-penduduk taman perumahan tempat tinggalnya. Solat hajat kesyukuran diadakan selepas solat Zuhur dan diteruskan dengan jamuan makan. Rancangan mahu mengadakan majlis pada waktu malam terpaksa dibatalkan memandangkan imam yang akan mengimamkan solat hajat perlu ke tempat jemputan lain untuk majlis yang sama. Tambahan pula, ibu bimbang Soffea akan kepenatan jika nanti terpaksa melayan tetamu hingga lewat malam. Jika diadakan pada waktu siang, pada malamnya Soffea pasti tidak akan diganggu oleh tetamu lagi dan boleh berehat awal.

Dari tengah hari hingga ke petang, ada seseorang yang dia sedang nantikan namun sayang dia yang dinanti tidak juga kunjung tiba. Wajahnya yang sedikit keruh disembunyikan dengan senyuman bila berhadapan dengan ibu dan abah. Safiah yang memerhati hanya tersenyum nakal. Dia semacam tahu siapa yang sedang ditunggu. Nalurinya mengatakan sesuatu. Hmm..

Menjelang petang, sebuah kereta tiba di hadapan pintu pagar. Soffea berlari anak menuju ke pintu sehingga ditegur abah. Soffea senyum sipu, sedar kesilapannya. Dia tahu abah bimbang akan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya. Melihat gerangan yang datang, Soffea hampa namun bibirnya tetap senyum.

“Assalamualaikum..” Nazrin mengucap salam sambil menghulurkan sesuatu kepada Soffea.

“Hadiah untuk orang yang baru sihat.. Terima kasih sebab masih ada di sini.” ucap Nazrin sambil merenung anak mata Soffea. Soffea senyum sambil menggeleng. Puji-pujian hanya untuk Allah kerana membenarkan dia masih di sini, bersama insan-insan kesayangannya.

“Kenapa tak diajaknya Nazrin masuk. Masuklah.” Tegur abah sambil menghulur tangan bersalaman dengan Nazrin. Lelaki yang pernah menyentak tangkai jantungnya dulu dengan kata-kata sinis dan tajam, namun dia sedikit pun tidak marah, malah berterima kasih.

“Pak cik, maafkan saya atas kebiadapan dan kekasaran kata-kata saya tempoh hari. Mungkin pak cik terasa hati..” mohon Nazrin. Abah hanya menggeleng sambil tersenyum. Soffea pula kebingungan. Apa yang mamat ni cakap kat abah? Dia ni bukan boleh kira ni..

“Kau cakap apa kat abah aku?” Soalnya pantas. Abah tergelak. Nazrin angkat kening. Soffea membulat matanya.

“Tak ada apa.. dia cuma buat abah sedar kesilapan abah selama ni. Abah patut berterima kasih pada dia. Kakak jangan pandang anak bujang orang macam tu, berdosa..” ujar abah dalam gurauan. Soffea sengih. Dia saja main-main, mahu lihat Nazrin kalut. Ha ha.. kan dah kalut tu..tapi sayang abah pula jadi penyelamat.

“Kenapa kau lambat? Kim pun tak datang-datang lagi. Katanya Dylan ada hal di ibu pejabat kat sini.” selanya ketika Nazrin sedang makan.

“Ada hal.. Fiqa kirim salam.” Katanya sambil meneruskan makan. Soffea hanya menemaninya makan. Safiah sedang sibuk membantu ibu mengemas pinggan gelas yang sudah dibasuh sekejap tadi. Tetamu sudah lama pulang, tetapi makanan masih banyak bersisa, dan sudah disimpannya khas untuk Kim dan tetamu yang belum datang.

“Aku nak tumpang solat maghrib kat sini boleh?” tanya Nazrin. Soffea angguk sambil menunjuk ke bilik atas.

Soffea baru selesai mengerjakan solat maghribnya ketika kedengaran suara Kim dan Dylan di ruang tamu. Dia pantas mengenakan kembali tudungnya dan turun ke bawah. Kim dipeluknya. Dylan disapa dengan senyuman. Ibu kelihatan gembira menyambut kedatangan Kim. Dia tahu ibu terhutang budi. Sedang sibuk melayan kim dan Dylan makan, kedengaran suara memberi salam. Nazrin yang kebetulan baru turun dari bersolat di bilik tamu di tingkat atas menuju ke pintu. Azim.. dan… ada sebuah lagi kereta yang baru sampai. Siapa pula.. macam kenal keretanya.

Abah menerpa ke pintu. Tangan Azim disambut seadanya. Dan kerana sudah biasa dengan rumah itu, Azim terus ke dapur di mana Kim dan Dylan serta yang lain sedang makan dan berkumpul. Azim dan Soffea sempat berpandangan sekilas. Soffea melayan seadanya, malah lebih membiarkan Safiah yang melayan makan minum Azim. Ketika Kim dan Dylan sudah di ruang tamu, tinggal mereka berdua di ruang makan setelah ibu naik mandi sekejap. Safiah pula ke bahagian belakng mengemas pinggan yang masih berbaki.

“Fie sihat? Erm.. So sorry untuk apa yang berlaku sebelum ni..” ucap Azim perlahan. Soffea hanya mendiamkan diri. Mahu ditinggalkan Azim makan sendirian tidak manis pula. Dia berdoa Safiah akan segera masuk kembali ke situ.

“Semua dah lepas, Azim. Tak perlu diingat.” Jawabnya kaku.

“But I still love you.. I juzt realize…” beraninya Azim. Soffea mengetap bibir. Apakah makna cinta pada lelaki ini. Sungguh dia menyesal kerana suatu ketika dulu dia pernah memuja lelaki ini sepenuh hati.

“Awak ingat cinta tu boleh ditukar-tukar ke? Tak sukakan saya, awak ambik Pia.. lepas tu tiba-tiba nak saya pulak, dan buang Pia? Tak payah la Azim. Saya tak mahu. Dah lama tutup buku. Nama awak dah padam.. mintak maaf.” Soffea agak geram namun masih menahan kata-kata. Safiah yang masuk merenungnya dan Azim. Tiada riak langsung diwajah adiknya.

Belum sempat apa-apa, kedengaran suara abah memanggilnya dan ibu. Dia bergegas ke hadapan. Tergamam.

“Doktor..eh.. erm.. tak sangka doktor datang. Ingat dah tak datang tadi..” ujarnya, mengawal rasa teruja sambil menyalami Puan Zaharah yang ikut serta. Afiqa pun ada. Baru dia tahu Afiqa itu adiknya Doktor Affan. Patutlah cantik.. abangnya handsome!

“Mana boleh tak datang, kak. Ada orang tu macam teruja sangat je nak datang sini. Balik je kerja pukul 7 tadi terus ajak mama datang sini.” ujar Afiqa disambut anggukan Puan Zaharah. Affan menggaru kepala sambil tersenyum pada ibu yang baru turun dari bilik. Soffea dan ibu sekali lagi sibuk di ruang makan melayan Affan dan keluarganya. Sesekali mata Affan mencuri pandang wajah itu. Rindu dua hari tak jumpa. Gilakah? Ha ha..

Gelak tawa memenuhi ruang makan. Nazrin paling kuat mengusik Soffea tatkala dia dan Affan teraccident di sinki. Soffea dengan wajah malu, Affan dengan wajah selamba. Afiqa juga kaki mengusik. Merah padam muka abangnya diusiknya sambil disokong mamanya. Abah tersenyum gembira. Dia kemudiannya mengambil peluang berbual dengan Affan di ruang tamu. Nazrin dan Azim juga berada di situ, bersama Kim dan Dylan yang masih mahu belum pulang kerana mahu menyertai suasana yang meriah itu. Affan sempat bertanyakan khabar Kim.

Soffea dan ibu turut menyertai mereka di ruang tamu. Ditangannya terdapat dua pinggan potongan buah-buahan. Bersantai, berbual dan bergelak tawa, Soffea tidak sedar ada sepasang mata sedang ralit merenungnya. Kim yang menyedarinya hanya tersenyum kecil dan sempat pula mencuit lengan Dylan, menyuruh Dylan turut memerhati sama. Dylan tersenyum. belum sempat mahu membuka mulut mengusik, ada suara yang terlebih dahulu melakukannya.

“Assalamualaikum, sedara.. berdosa pandang anak dara orang lama-lama.” usik Nazrin sambil menyiku Affan. Lelaki itu tergamam. Wajah memerah bila sedar diri mula menjadi perhatian ramai. Hmm… Soffea yang baru tersedar apa yang berlaku menunduk. Apalagi saat anak matanya berlaga dengan renungan Affan. Ibu..apasal tiba-tiba rasa macam nak pitam ni..??

“Renung-renung apa kelas, bro.. orang gentlemen, tak main renung-renung..luahkan terus..” Nah.. Kali ini Afiqa mengusik tanpa berlapik. Affan menjeling adiknya. Afiqa jelir lidah pendek sambil melentokkan kepala kepada mamanya. Puan Zaharah sekadar senyum, malas nak menyampuk walaupun dia sebenarnya nak sangat menyertai Nazrin dan Afiqa.

“Apa-apa aje la budak-budak ni. Makan lah. Jangan dok berbual saja..” Abah yang masih keliru mencelah. Ibu hanya diam sambil mengusap kepala Soffea. Dia lebih senang memerhati sahaja. Penat siang tadi kian terasa pula.

“Err… Kim… nah, makan lebih sikit buah ni.. baik untuk tubuh awak..nanti nak balik Australia kan..” Affan mencapai pinggan buah dan menghulurkannya lebih dekat pada Kim yang tersenyum menyambut. Sudah merah padam muka Affan. Hai.. Doktor..Doktor..

“Aikk.. apasal pulak pada kak Kim pulak yang doktor bagi.. Orang lain camne? Kak Fie..pun baru lepas sakit jugak..” Safiah mahu menyambung usikan lagi kerana dia melihat muka gelabah Affan.

“Sebab….. saya perlukan dia untuk approve sesuatu yang penting..” balas Affan perlahan namun maksudnya mendalam, hanya Kim dan Dylan serta Sofffea saja yang faham.. Kim tergelak kuat tiba-tiba.

“Doktor.. hmm… berikan saya satu je sebab kenapa saya perlu approve doktor..”

“Apa yang approve-approve pulak ni..” soal ibu tak faham. Apatah lagi melihat perubahan pada wajah anak gadis di sisinya itu. Kim tergelak lagi.

“Doktor, saya hanya perlukan satu sebab.. kalau boleh bagi satu sebab yang boleh diterima, doktor tak perlu jalani ujian saringan.. saya akan terus approve!”

Usik Kim sambil menjeling wajah Soffea. Dia cuma mahu Affan mengaku di hadapan semua jika benar telahannya, Affan mencintai Soffea. Soffea menjeling tajam pada Kim. Kim sengih. Yang lain menjadi pemerhati. Semua senyap, walaupun tidak faham duduk perkara sebenar, namun perhatian mula diberi kepada Kim dan Affan. Teruja mahu tahu. Azim lebih-lebih la lagi.

“Sebab… saya.. saya memang mencintai sahabat baik awak, yang namanya Khadijah Aisyah Soffea binti Mohd Rais.. sejak beberapa bulan lalu.. seikhlas hati, dan insyaAllah, cinta ini datangnya dari Dia..”

Affan menjawab dalam satu nafas. Terang dan jelas, macam nak jawab lafaz akad pulak.. Soffea yang mendengar tergamam, memandang ibu yang sedang tersenyum. Abah yang baru mengerti juga mengukir senyum sambil menepuk bahu Affan. Azim panas punggung, akhirnya meminta diri untuk pulang. Safiah juga tidak lagi mahu melayannya seperti sebelum ini. Entah kenapa. Namun malam itu, ada Azim atau tidak, suasana tetap sama. Pelakon tumpuannya adalah Affan dan Soffea. Soffea langsung tidak berkutik. Namun saat pandangan Affan menyapa wajahnya, dia mengukir senyum paling manis.

“Cantik! Jawapan anda diterima, dan dengan ini secara rasminya Doktor Affan..ehh.. silap, Doktor Affan Iskandar bin..apa ye..hehe…” Kim berhenti berkata sambil memandang Affan.

“Arshad” afiqa menjawab sambil tersengih.

“Haa… dengan rasminya Doktor Affan Iskandar Bin Arshad, saya approve awak untuk jatuh cinta dan mengahwini serta menjadi teman hidup sahabat baik saya, insyaAllah jika ini sudah jodoh yang Dia tetapkan..”

Kim berkata sambil tergelak-gelak. Dylan menggeleng-geleng. Perangai tak ubah macam budak kecik. Affan senyum. Dia sebenarnya tidak menyangka dia mampu berterus terang di hadapan semua orang sebegitu rupa.

“Saya tak mahu bercinta sebelum kahwin..maafkan saya..”

Soffea tiba-tiba bersuara. Ibu dan abah terkejut namun akhirnya kembali senyum bila memahami maksud sebenar si anak.. Puan Zaharah senyum gembira. Affan menghembus nafas. Faham maksud si buah hati pengarang jantung. Huhu.. cinta bersambut! Syokkkkk…

“Jadi saya akan kahwini awak secepatnya dan selepas tu baru kita bercinta..”balas Affan yakin. Tak tahu malu dah bila sedar dia mendapat green light dari semua pihak. Nazrin sengih-sengih menepuk bahu Affan.

“Hmm..kalau macam tu, Affan ajaklah Soffea kahwin cepat.. kalau boleh sebelum kami pulang ke Australia ye..” cadang Kim sambil menaik-naikkan kening.

“Dalam masa dua minggu ni..?”Soffea terkejut. Gila kau Kim..

“Kata tak nak bercinta sebelum kahwin…”balas Kim dan suasana gegak gempita.. Soffea menunduk sambil menyandarkan kepala di bahu ibu. Ibu.. malu! Affan senyum memandang lakunya. Hai pujaan hati, tiba-tiba malam ni rasa tak sabar pula nak kahwin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience