BAB 17

Romance Completed 8583

“Pia nak dermakan hati Pia untuk kakak, bu..” ujar Safiah perlahan. Ibu terkejut. Abah juga. Nazrin merenung dalam wajah adik kawan baiknya itu.

“Darah Pia kan tak sama dengan kakak.. Darah Pia sama dengan abah.” Jawab ibu dalam senyuman sayu. Kepala Safiah diusap penuh kasih. Safiah menunduk. Menyesal kerana dialah penyebab semua yang terjadi malam ini.

“Tak ada apa yang kita boleh buat sekarang ni..melainkan berdoa. Kadang-kadang saya hairan.. manusia itu akan selalu menghargai sesuatu bila sesuatu tu dah hampir hilang daripadanya..”

Nazrin melepaskan rasa yang terbuku, lantas berlalu pergi. Menuju ke kafe, dan kemudian ke surau. Dia puas. Sakit hatinya mengenangkan semua penderitaan jiwa Soffea kerana ayah dan adik sendiri. Safiah mula tersedu sedan. Abah menunduk lemah. Tajam menikam kata-kata Nazrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience