BAB 20

Romance Completed 8583

Nazrin mengupas buah epal yang dibawa dan memotongnya kecil-kecil agar mampu dikunyah oleh Soffea. Afiqa yang duduk di sisi Soffea menyuapkan buah yang sudah dipotong kepada Soffea. Sesekali bibir pucat Soffea mengukir senyum melihat Nazrin dan Afiqa. Nazrin dan Afiqa sama-sama bertuah memiliki antara satu sama lain.

“Kak kena cepat sembuh tau..sebab ada orang tu tak lalu makan selagi akak macam ni.. Fiqa ada kat depan mata pun dia boleh buat tak tau..”Adu fiqa. Nazrin menaikkan kening. Marah-marah sayang kepada Fiqa yang mengadu keapda Soffea. Soffea tergelak.

“Maafkan akak” ujar Soffea sambil memegang tangan Afiqa. Afiqa senyum nipis.

“Fiqa tak kisah abang Nazrin dengan kakak rapat macam mana pun. Fiqa tahu dia cuma cinta Fiqa sorang je.. he he.. Fiqa akan cuba faham persahabatan akak dengan abang Nazrin.”

Balas Afiqa mesra. Soffea senyum kecil mendengarnya. Nazrin tersengih. Dalam mereka berbual, pintu bilik diketuk. Wajah abah dan ibu terjengul. Soffea menunduk tiba-tiba. Abah.. Dia tidak pasti apakan tengah hari semalam benar-benar realiti atau sekadar bermimpi. Mungkin mimpi. Dia melihat abah.. Abah memeluknya erat. Di mata abah ada air mata. Ye.. dia tau, dia bermimpi. Sekarang abah ada dihadapannya. Ini baru realiti. Benarkah semalam cuma mimpi? Soffea berdehem.

“Kakak, macam mana hari ini?”Soal ibu sambil mengambil tempat yang dikosongkan Afiqa. Soffea sekadar mengangguk. Ibu mengusap kepalanya.

“Ibu suap bubur ye..?” Tukas ibu lagi. Soffea menggeleng pula. Tidak berselera mahu menelan apa-apa. Sekadar buah epal manis yang dibawa Nazrin yang masuk ke perutnya sebentar tadi.

“Kakak.. jangan buat ibu susah hati lagi. Makanlah sikit.” Desak ibu lagi. Bimbang melihat Soffea yang pucat. Soffea merenung ibu. Tangan ibu dicapai. Dikucup penuh kasih.

“Maafkan kakak. Kakak tak bermaksud nak susahkan ibu dan semua orang. Maafkan kakak. Kakak memang banyak menyusahkan ibu.. kakak tak mampu jadi anak ibu yang baik, selalu buat ibu menangis. Kakak sayang ibu.. ibu je yang kakak ada..”

Lirih Soffea bersuara, menyentak tangkai hati abah. Nazrin berpaling ke arah lain. Sebak hati tiba-tiba. Soffea, gadis yang selalu tenang dan ceria.. tapi kalau tiba bab drama-drama sedih, kalah mak cik Wan Maimunah.

“Kakak..maafkan abah. Abah banyak salah dengan kakak. Abah buat kakak menderita. Maafkan abah.”

Abah mendekati sambil menggenggam tangan Soffea. Soffea terkedu. Kiranya semalam bukan mimpi? Abah memang memeluknya semalam? Ya Tuhan, benarkah? Dia mendongak mencari anak mata abah.

“Abah tau abah jahat.. Abah kejam degan kakak. Abah banyak sakitkan hati kakak. Abah banyak dosa dengan kakak. Maafkan abah. Abah bukan abah yang baik. Abah..”abah terseak-esak. Soffea menutup mulut abah. Tidak sanggup biarkan abah berkata-kata lagi. Walau apa pun, abah tetap abahnya. Abah yang dia sayang sangat-sangat.

“Kakak yang buat salah pada abah.. Kakak bukan anak yang baik untuk abah, kakak mengecewakan abah..”ujarnya perlahan. Abah menggeleng. Kepala Soffea dikucup lembut. Soffea tiba-tiba tersedu-sedu. Dia lantas melingkarkan tangannya ke pinggang abah dan melekapkan kepalanya di dada abah. Sungguh dia merindukan saat ini. ibu yang melihat menahan air mata. Sesungguhnya apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Dia sedar kini.

“Kak..Pia mintak maaf..Pia berdosa dengan akak..maafkan Pia ye?”Safiah hadir memeluknya. Mereka berpelukan. Soffea turut meminta maaf daripada adiknya itu. Mereka membalas senyum.

Drama sebabak terganggu bila pintu diketuk. Dylan muncul bersama Kim yang berkerusi roda. Wajah Kim sedikit pucat. Namun senyuman di bibirnya berseri. Soffea menutup mulut. Tidak menyangka akan bertemu Kim hari ini. Nazrin yang melihat mengukir senyyum. Dia tahu kenapa Kim berkerusi roda. Cuma dia, Dylan dan Affan yang tahu.

“Kau Kim.. kenapa ni? Apa dah jadi?”

Soal Soffea kalut. Kesakitannya bagai dilupakan melihat keadaan Kim yang nampak lemah. Kim senyum sambil menggeleng.

“Kau ni kan.. Kau tu yang sakit teruk daripada aku, nak jugak sibuk-sibuk bimbangkan aku.. aku okey la..” sela Kim membuat yang lain tergelak kecil. Nazrin sengih. Itulah Soffea. Kadang-kadang kesakitan orang yang dia bimbangkan, walaupun diri sendiri pun tengah sakit.. Itulah keunikan Soffea. Selalu berfikir akan kebahagiaan dan kebaikan orang lain melebihi kebahagiaan diri sendiri.

“Aku okey.. kau tu, berkerusi roda segala..apa hal ni? Dylan? Tell me.” Soffea memandang Dylan. Membuat mimik muka kanak-kanak merayu mahukan sesuatu dari si ibu.. Dylan memandang Kim. Kim mengalih pandang pada Nazrin. Erm…

“Puan Kim macam ni, sebab dia dah buat sesuatu yang tersangat mulia untuk seorang sahabat yang sangat bertuah..”

Suara Affan kedengaran dari belakang. Kesemua pasang mata yang ada dalam bilik terarah kepadanya. Kim senyum memandang Soffea. Soffea memandang Affan. Tidak percaya. Benarkah apa yang dia faham sekarang ini? Dia mengalih pandang pada Dylan yang tenang. Dylan mengangguk. Soffea menutup mulut, terkejut. Dia tiba-tiba menampar lengan Kim.

“Sakitlah minah carrot.. Kau apasal..?” Kim memuncungkan mulut. Soffea diam merenungnya. Kelopak mata itu berair. Kim senyum. Dia menggenggam tangan Soffea.

“Ingat tak dulu, masa aku kemalangan kat sekolah, aku tak sedarkan diri sampai seminggu, dan aku perlukan darah. Kau yang dermakan?? Ingat tak? Seminggu kau jaga aku, tiap hari lepas sekolah kau melawat aku, bawak macam-macam suruh aku makan. Ingat tak? Kalau bukan sebab kau, aku mungkin dah tak ada kat dunia ni lagi, Fie.. jadi sekarang, jangan kata apa-apa bila aku buat macam ni pada kau.. Okey..” ucap Kim perlahan. Soffea tersenyum dalam tangis, mana mungkin dia lupa semua itu. Setiap yang ada dalam bilik itu tertunduk. Hari ini mereka menjadi saksi sebuah persahabatan yang sangat mulia. Persahabatan yang sejati.

“Terima kasih.”ucap Soffea. Tiada kata-kata lain yang mampu terucap. Kim menggenggam tangannya makin erat. Tangan kirinya pula tidak lepas dari Dylan. Ibu memeluk Kim sambil mengucup pipinya. Kim senyum manis.

Soffea memandang Dylan sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Dia memandang ke sekitarnya. Memandang satu persatu wajah yang ada. Ibu, abah..Safiah, Nazrin dan Afiqa. Dylan dan Kim.. dan…hmm..Doktor Affan. Baru dia tersedar, dia masih belum mengucapkan terima kasih keapda lelaki itu. Namun kata-kata itu tidak terluah saat ini. Yang dia mampu, menghadiahkan senyuman paling manis untuk doktornya itu. Affan membalas. Dalam hati sedikit kaget menerima senyuman semanis itu daripada Soffea. Haih.. kenapakah? Sudah tahu mahu tanya lagi kenapa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience