BAB 18

Romance Completed 8583

Sepanjang hampir tiga jam mereka di dalam dewan bedah. Ibu begitu gembira apabila tiba-tiba petang semalam, Affan mengesahkan mereka sudah mendapat penderma yang sesuai. Namun buat masa ini identiti pendermanya masih dirahsiakan atas permintaan sehingga pembedahan selesai. Ibu sekeluarga sabar menanti diluar bilik. Dalam hati masing-masing berdoa, mengharap hanya pada yang Esa. Dialah yang menentukan segalanya.

Affan keluar bersama seorang daripada team worknya. Doktor Maria. Ada senyuman terukir di bibir keduanya. Semua yang ada lantas menerpa.

“Alhamdulillah. Pembedahan dah berjaya. Sekarang kami cuma menanti tindak balas daripada Soffea. Dalam tempoh 24jam ni, Insyaallah, dia akan kembali sedar. Saya harap tidak akan ada apa-apa komplikasi yang berlaku. Tapi, apa-apa pun, sekarang masih terlalu awal untuk saya beri jaminan mak cik, pak cik. kerana kita tidak tahu sejauh mana tubuh Soffea mampu menerima hati daripada penderma. Kita doakan saja ya. Mudah-mudahan Allah mendengar dan memperkenankannya.”

Tenang Affan menuturkan kata-kata. Semua yang ada diam tidak berkutik. Hanya mampu mengangguk. dan pasrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience