BAB 1

Romance Completed 8579

“Assalamualaikum, doktor handsome!” sapanya dalam gurauan. Sejak enam bulan yang lalu, dia mula agak selesa dengan doktor yang seorang ini. Affan Iskandar yang leka menulis sesuatu dalam failnya mendongak dengan senyuman. Salam Soffea dijawab dalam hatinya.

Dia memberi isyarat agar Soffea masuk. sudah hampir setengah tahun gadis ini menjadi pesakitnya. Dia yang memantau segala perkembangan gadis manis ini sejak enam bulan lalu. Dalam tempoh itu, dia sedar hubungannya dengan Soffea agak rapat sebagai seorang doktor dan pesakit. Dia tahu seorang doktor tidak sepatutnya berhubungan rapat dengan pesakitnya, namun hati kecilnya terasa sering mahu mendekati gadis ini. Gadis yang pada pandangannya sangat unik dan luar biasa tabahnya.

“Come, please have a seat, Soffea.” Ujarnya sambil menutup fail. Dia merenung Soffea.

“How are you today?” soalnya ramah, sambil mencapai stetoskopnya, bersedia memeriksa tahap kesihatan Soffea hari ini. Soffea tidak pernah miss temu janji bersamanya. Semangat gadis ini kuat biarpun mengetahui, penyakitnya itu di tahap yang agak membahayakan.

Kanser hati tahap ketiga, walaupun peluang masih ada melalui pembedahan pemindahan hati, namun, Soffea tidak punya banyak masa lagi untuk menanti penderma. Sukarnya mendapat penderma, memungkinkan segala-galanya. Memikirkan soal itu, dia tidak sanggup menatap wajah pesakitnya itu setiap kali datang membuat pemeriksaan bulanan. Dia tahu, riak tenang di wajah gadis bernama Khadijah Aisyah Soffea itu hanya sekadar menutupi lara di hati.

“Okey.” Jawab Soffea ringkas. Senyuman tidak pernah lekang pada bibirnya. Affan senyum sambil menarik kerusinya lebih dekat kepada Soffea. Dia melakukan pemeriksaan mata, kuku dan sempat memerhati kulit lengan Soffea yang nampak agak kekuningan. Biasanya pesakit kanser hati akan menunjukkan simptom-simptom begini. Kukunya sedikit pucat, dan mata putihnya tidak lagi sejernih dahulu. Affan mengeluh kecil.

Sesungguhnya, kanser hati adalah sejenis kanser yang tidak memberi banyak masa kepada pesakit mahupun doktor untuk melengah-lengahkan rawatan berbanding penyakit kanser lain. Dalam kes Soffea, dia masih mempunyai peluang menjalani rawatan, memandangkan kansernnya masih belum mencapai tahap kronik iaitu stage 4, namun, melihat kepada perubahan yang berlaku ke atas diri Soffea, dia dapat merasakan, sel kanser dalam tubuhnya itu merebak secara sangat aktif dan cepat. Setiap minggu, mungkin akan ada perubahan-perubahan lain lagi terhadap diri gadis itu akibat fungsi hatinya yang terganggu.

Affan resah andai masih tidak menemui penderma. Tanda-tanda kanser itu semakin teruk jelas pada fizikal gadis ini bila diperhati. Sebagai seorang doktor, dia tahu, telah banyak yang berubah pada diri Soffea berbanding enam bulan lalu. Berat badannya mula menyusut. Itu satu lagi bukti nyata! Dan gadis ini akan cepat penat, biarpun tidak melakukan kerja yang terlalu berat.

“Awak masih bernasib baik kerana pada masa ini, ia masih terkawal walaupun ada kalanya ia merebak dengan cepat. Tapi yang penting, ia masih belum mengganggu arteri utama keluar masuk darah, jadi buat masa ini saya masih lega untuk itu. Anyway, awak betul tak mahu Kimoterapi?”

Soalannya di hujung ayat dibalas dengan gelengan yang laju daripada Soffea. Dia tidak mahu. Dia tahu kesan rawatan Kimoterapi sangat besar. Affan sendiri pernah menjelaskan kepadanya kesan sampingan rawatan itu. Dan doktornya itu memberinya pilihan sama ada mahu menjalani rawatan itu atau tidak.

“Ubat yang saya bekalkan ini, hanya boleh membantu melengahkan seketika pergerakan sel kanser sahaja, Soffea. Jalan terakhir yang kita ada adalah menjalani pembedahan dan pemindahan hati. tapi..bukan senang mendapat penderma.”Dia berterus terang dan melihat Soffea mengangguk. Setelah berbual seketika dan memberi pesanan serba sedkit kepada Soffea, gadis itu meminta diri untuk pulang. Bulan hadapan, dua minggu lagi dia perlu kembali ke sini. Affan mempercepatkan tarikh temu janji kerana dia tidak berani mahu menunggu pada bulan hadapan untuk melakukan ujian selanjutnya ke atas gadis itu. Sebulan, apa-apa mungkin terjadi dengan kehendakNya.

Share this novel

Zarahana75
2021-11-17 18:15:15 

Update bab 24?


NovelPlus Premium

The best ads free experience